Bergelar selebriti dan popular menjadi platform untuk dua selebriti, Maudy Ayunda dan Dian Sastrowardoyo mencurah idea dan bakti untuk membantu wanita Indonesia memperolehi pendidikan sehingga ke tahap tertinggi. Kedua-dua selebriti ini sememangnya terkenal dengan kelayakan akademik yang tinggi dan berjaya bukan sahaja dalam bidang seni, malah pelajaran.
Dian SastroMaudy Ayunda
Tidak hanya terlibat dalam industri hiburan di Indonesia, Maudy Ayunda dan Dian Sastrowardoyo masing-masing memuat naik program biasiswa bagi anak muda Indonesia. Informasi mengenai biasiswa tersebut dimuat naik di laman Instagram kedua-dua selebriti ini.
Menjengah Instagram @maudyayunda, program “Mentorship & Scholarship” yang dibuatnya ditujukan untuk mahasiswa tahap S-1. Pendaftaran program ini akan dibuka sehingga 15 September ini. Dian Sastrowardoyo turut berkongsi informasi program biasiswa kolaborasinya itu di akaun Instagram @yayasandian. Program “Perempuan Inovasi” ini terbuka untuk perempuan dari tahap SMP hingga ke peringkat profesional.
Menariknya, program yang diselenggarakan kedua-dua selebriti ini bukan program beasiswa pertama mereka. Dian dan Maudy pernah membuat program yang sama sebelum ini.
Program “Mentorship & Scholarship” yang dilaksanakan oleh Maudy sebelum ini pernah dibuka pada tahun 2018 lalu dengan nama yang sama. Di akaun Instagramnya. Maudy menjelaskan program kali ini lebih mempunyai perancangan yang teratur.
Ads
“Now we bring it back in full force, with even better clarity and structure 🙂,” tulisnya di akaun @maudyayunda.
Pada tahun 2020, Dian Sastro pernah memberikan peluang kepada empat orang penerima Biasiswa Dian Sastrowardoyo batch 1 dari universitas mereka.
Lulusan S-1 Filsafat UI ini rutin menyelenggarakan program biasiswa, khususnya untuk wanita. Bahkan, Dian amat mengambil perhatian terhadap isu pendidikan wanita dan menubuhkan sebuah yayasan diberi nama Yayasan Dian Sastrowardoyo sejak tahun 2009.
Ads
Berbeza dengan program biasiswa sebelum ini, kali ini Dian menjalinkan kerjasama dengan Markoding dan Magnifque Indonesia. Menurut laman markoding.org, biasiswa ini memberi tumpuan terhadap keterampilan digital, khususnya coding dan UI/UX, untuk wanita Indonesia, terutama bagi yang kurang berkemampuan.
“Saya sangat mendukung program Perempuan Inovasi untuk memberi pengetahuan buat wanita di Indonesia belajar mengenai inovasi dan keterampilan digital secara serius,” ujar selebriti berusia 41 tahun ini.
Ads
Manakala Maudy pula berharap program “Mentorship & Scholarship” yang diperkenalkan dapat memberikan manfaat dan kesempatan luas bagi target tujuannya.
“Through this program, my mission is to create a community of passionate change-makers that can create impactful ripples for Indonesia,” ungkap penyanyi lulusan Stanford University itu.
Untuk rekod, Dian Sastro merupakan lulusan jurusan filsafat FIB UI (S1) dan kemudian melanjutkan ke peringkat paska sarjana (Master) Manage,ent & Finance di MM UI dan lulus tahun 2014. Manakala Maudy pula memperolehi pendidikan di Oxford University dalam jurusan Philosophy, Politics, Economics.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum lihat keprihatinan Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam usahanya membanteras gejala buli. Enggan membezakan jurang perbezaan dengan rakyat, Puteri Diraja Selangor ini sanggup turun padang ke beberapa sekolah terpilih di sekitar Selangor untuk bertemu sendiri para pelajar sekolah. Satu usaha murni yang pastinya menjadi inspirasi kepada rakyat jelata!
Kerap memberi penekanan tentang isu buli di Instagram, Tengku Zatashah yang berangkat ke Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang semalam turut menyeru masyarakat dan pelajar sekolah amnya, agar berganding bahu menangani gejala tidak bermoral ini.
Tegasnya yang menyokong Kempen Kebaikan Nasional menerusi program #StandTogether yang menyemai sikap kebaikan di kalangan pelajar sekolah, “Baik Hati adalah mengenai semua orang bersikap ambil peduli dan baik. Jika anda melihat seseorang berdiri sendirian mengapa tidak anda bercakap dengan dia? Jika anda melihat seseorang duduk bersendirian di sudut kelas dan tidak bermain di padang permainan, mengapa tidak menjemput rakan anda untuk bermain bersama?
Tahukah anda 80% pelajar sekolah rendah di Malaysia pernah menjadi mangsa buli? Saya di sini pada hari ini mengatakan bahawa perkara ini merupakan topik yang sukar untuk anda akui. Tetapi saya juga di sini, menyeru anda untuk melakukan perkara yang positif.
Berdiam diri apabila melihat kejadian buli sama seperti anda menjadi pembuli kerana tidak berani melakukan apa-apa untuk membantu mangsa buli. Apa yang diperlukan oleh mangsa buli ialah kita sama-sama menjadi #baik hati.
Sila laporkan jenayah buli kepada guru dan ibu bapa anda. Apabila anda membenarkan jenayah buli terus berleluasa, kejadian ini akan hanya menjadi lebih teruk.”
Tambahnya lagi, menurut institut penyelidikan global (IPSOS) 71 peratus aktiviti buli siber di Malaysia berlaku dalam media sosial dengan 53 peratus pembuli siber adalah rakan sekelas mangsa.
Sumber: Instagram Tengku Zatashah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki rumah dengan dekorasi yang menarik menjadi dambaan semua orang. Bukan hanya sedap dipandang mata bahkan ia juga mampu mencipta keselesaan sepanjang di dalam rumah. 8 trik ini boleh dicuba agar dekorasi kediaman terlihat semakin chic!
PINTU UTAMA BERWARNA
Mengikut kepercayaan sesetengah budaya, merah merupakan warna simbol kepada tuah. Pintu berwarna merah diandaikan sebagai satu ungkapan ‘selamat datang’. Selain warna merah, dua warna pilihan lain yang banyak digunakan pada pintu utama ialah jingga dan kuning yang melambangkan kepada kebahagiaan serta kehangatan.
DINDING BERWARNA NEUTRAL
Menggunakan warna beige ataupun kelabu sangat sesuai diaplikasikan pada lantai pertama rumah bagi memudahkan anda untuk mengemaskini aksesori-aksesori ruangan supaya ianya sentiasa kelihatan baharu.
SUSUN ATUR SOFA SALING BERHADAPAN
Salah satu trik untuk menjadikan ruang tamu lebih hangat ialah dengan menyusun atur sofa saling berhadapan. Model kumpulan yang dipilih boleh berbentuk U dengan sofa panjang di hadapan coffee table dikelilingi dengan kerusi-kerusi lain yang lebih kecil. Atau, boleh juga dengan susun atur berbentuk H dengan sofa panjang saling berhadapan dengan sofa kecil, manakala coffee table di bahagian tengah. Kedua-dua model ini memudahkan penghuninya bersantai sambil duduk di sofa.
MENUKAR LANGSIR LAMA
‘Blank windows always better than ugly windows’. Sekiranya anda ingin menukar langsir pilihlah yang diperbuat daripada material kapas, linen ataupun sutera agar jendela anda kelihatan lebih indah.
GANTUNG CERMIN DI SETIAP RUANG
Cermin yang memantulkan cahaya boleh dimanfaatkan sebagai ilusi supaya ruang rumah kelihatan lebih luas. Namun begitu, kedudukan cermin yang kurang tepat boleh menjadikan ruang kelihatan kurang menarik berbanding daripada sebelumnya. Maka, letakkan cermin tegak lurus dengan tingkap. Pastikan tidak meletakkannya tepat berhadapan dengan tingkap kerana cahaya yang masuk akan dipantul keluar semula oleh cermin.
LUKISAN DI SETIAP DINDING
Agar lukisan kesayangan anda kelihatan eye-catching di dinding kedudukannya haruslah diperhatikan. Cari titik tengah lukisan kerana titik tersebut perlu berada tepat pada garis mata anda. Gantungkan lukisan setinggi garis mata agar mudah dilihat. Untuk dinding yang besar pilihlah lukisan dengan ukuran yang besar, ataupun anda juga boleh menggabungkan beberapa lukisan kecil menjadi satu kumpulan.
KARPET BAWAH SOFA
Selalu perhatikan panduan asas dalam menempatkan karpet di bawah sofa khususnya untuk ruang tamu, kaki sofa dan kerusi dalam satu kumpulan haruslah boleh masuk dalam satu karpet besar. Karpet perlulah mampu mendefinisikan tempat duduk pada ruang tamu. Paling tidak, dua kaki depan sofa dan kerusi boleh masuk ke dalam karpet. Jika menggunakan karpet yang kecil ruang akan kelihatan berselerak serta tidak kemas.
SUAI PADAN ALMARI TERBUKA
Supaya almari terbuka anda tidak kelihatan terlalu penuh dan berselerak, penuhi almari hanya dengan 50% daripada kapasiti total agar kelihatan lebih lapang dan tersusun. Anda boleh menyusun buku dalam satu rak kecil berbentuk vertikal dan horizontal. Kemudian tambahkan dengan pastu bunga di salah satu raknya. Keadaan akan menjadi lebih kemas dan seragam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Golongan wanita zaman kini memang luar biasa semangat mereka. Tidak terkecuali, Dato’ Nurul Hidayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang sangat komited dengan pekerjaan yang dilakukan. Selepas kejayaan mengusahakan Teedo Hotel di ibu negara kini anak kepada Timbalan Perdana Menteri ini rancak mengeluarkan produk minyak masak jenama sendiri!
Dalam temu bual bersama Dato’ Nurul Zahid menerusi podcast Inspirasi Nona, anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan Datin Seri Hamidah Khamis berkenaan teruja berkongsi perkembangan bisnes miliknya.
Difahamkan impian untuk mempunyai minyak masak jenama sendiri mula terbit sejak 10 tahun lalu. Ditanya mengapa memilih minyak masak, ini jawapan jujur Dato’ Nurul.
“Yang utamanya sebab memang saya sendiri suka masak. Saya nak lari dari mereka yang nak buat produk sambal atau produk-produk yang memang dah ada di pasaran – kosmetik dan sebagainya.
Saya nak tengok produk pengguna yang boleh digunakan oleh semua orang, semua lapisan, semua golongan termasuk lelaki perempuan. Jadi saya tengok mengeluarkan jenama minyak masak sendiri ni insyaAllah akan mendapat tempat di hati mereka.”
Katanya, dari segi logo, tagline dan pemasaran diurus sendiri. Malah Kak Long Cooking Oil dihasilkan di Malaysia daripada minyak sawit tulen dan mendapat pengesahan halal.
“Saya fikir selain buat minyak masak ni kalau ada rezeki, saya juga boleh berbakti kepada rakyat, berbakti kepada masyarakat dan memberi sumbangan minyak masak kepada mereka yang memerlukan.
Maksudnya bila ada mangsa banjir ke, kebakaran ke saya boleh hantar minyak masak saya. Kita akan launch di luar negara dulu.
Mahu Bukti Kemampuan Diri, Dato’ Nurul Zahid
Kalau di Malaysia ni, saya nak elakkan daripada orang kata easy access la. Orang kata persaingan yang senang sangat sebab saya anak kepada Zahid Hamidi.
Jadi saya bercadang untuk meniaga di luar negara dulu. Bawa minyak masak saya untuk cari buyer di luar negara bila establish insyaAllah dengan negara China, Pakistan mungkin di negara yang perlukan minyak masak seperti Afrika Selatan.
Kita akan start di luar dan kita akan bawa jenama Kak Long tu secara co currently di dalam negara juga.”
Selain ligat membina legasi perniagaan, isteri Dato’ Saiful Nizam Mohd Yusoff ini turut sibuk dengan urusan pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Selangor.
Semoga urusan Dato’ Nurul Zahid berjalan lancar seterusnya memberi manfaat dan inspirasi kepada masyarakat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.