Selepas hampir sebulan dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU), kini pelakon Nad Zainal dikhabarkan beransur pulih dan menunjukkan tindak-balas yang positif. Berita gembira itu dikongsikan oleh pengarah dan penerbit Shahrulezad Mohameddin yang menyatakan bahawa Nad sudah dipindahkan dari ICU.

Ads

Selepas Sebulan Di ICU, NAD ZAINAL Kembali Sedar Dan Boleh Berbual Serta Ketawa

Tambahnya lagi, pelakon Cinta Buta itu tidak lagi ditidurkan dan berada dalam keadaan sedar. Kini, Nad sudah boleh berbual dan bergelak tawa. Namun, masih lagi dalam kawalan doktor kerana paru-parunya masih lemah dan tidak kuat.

Nad kini bukan di ICU dan tidak lagi ditidurkan. Dia sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa.

Menurut Shahrulezad, oleh disebabkan keadaan Nad yang masih lagi belum sembuh sepenuhnya, dia memerlukan rehat yang panjang untuk memastikan luka di paru-parunya kembali baik. 

Selepas Sebulan Di ICU, NAD ZAINAL Kembali Sedar Dan Boleh Berbual Serta Ketawa

Mengenai perkembangan Nad, dia lebih selesa untuk tidak selalu berkongsi mengenainya untuk memastikan tiada sebarang spekulasi yang wujud yang boleh menyinggung perasaan kedua ibu bapa pelakon tersebut. 

Selepas Sebulan Di ICU, NAD ZAINAL Kembali Sedar Dan Boleh Berbual Serta Ketawa

Tambahnya, dia dan rakan-rakan berbuat demikian bagi mengelakkan berita tidak sepatutnya disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Ads

Alasan saya tak kongsi perkembangan terkini Nad kepada umum kerana saya kasihan ibu bapa dia dan mengutamakan kesihatan Nad sendiri.

Selepas Sebulan Di ICU, NAD ZAINAL Kembali Sedar Dan Boleh Berbual Serta Ketawa

Jelasnya lagi, sebelum ini banyak berita yang tidak enak wujud selepas Nad dikhabarkan masuk ke hospital. Berita tersebut sedikit-sebanyak menganggu perasaan kedua ibu bapa Nad kerana dia merupakan anak tunggal.

Nad anak tunggal, jadi bila berita bukan-bukan bersepah sana-sini bayangkan perasaan ibu bapa dia berdepan fitnah.

Selepas Sebulan Di ICU, NAD ZAINAL Kembali Sedar Dan Boleh Berbual Serta Ketawa

Ads

Terdahulu pada 22 November, media melaporkan Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah. Mendapat perhatian ramai mengenai keadaannya itu, kenalan artis melancarkan derma menerusi Tabung Kecemasan Nad Zainal.

Tabung tersebut yang dilancarkan pada 29 November lalu digunakan untuk urusan pembayaran hospital. Berjaya mengumpul lebih dari RM 40 ribu, hasil sumbangan dari rakan-rakan artis, rakan-rakan media, industri fesyen, peminat Nad Zainal dan lain-lain lagi diberikan kepada keluarga Nad Zainal.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Sumber gambar: Instagram Nad Zainal

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI