
Nama Young Syefura Othman, tidak asing lagi dalam dunia politik tanah air. Memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan bernaung di bawah parti DAP.
Wanita cantik yang lebih mesra disapa Rara masih muda dan kini menginjak ke usia 30 tahun. Young Syefura telah melanjutkan pelajaran dan memperolehi Diploma Kejururawatan dan pernah bekerja sebagai jururawat peribadi selama setahun. Setelah berhenti daripada menjadi jururawat Young Syefura membuka sebuah klinik Rawatan Alternatif Bekam dan Akupuntur.
Pada 7 Mac 2019 Young Syefura sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya seorang Pengurus Pelaburan, Muhamad Masyhur Abdullah, 33 tahun. Perkahwinan yang dibina selama 3 tahun itu runtuh lantaran tiada persefahaman lagi di antara suami isteri ini. Pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata sepanjang perkahwinan mereka.
Namun, kelibat Young Syefura sering mencuri tumpuan kerana tampil cantik namun ringkas dan menarik. ADUN Ketari ini selesa berbaju kurung, tudung bawal dan bergaya ringkas dengan seluar jeans.
1. Sering tampil bertudung bawal.




2. Menggemari baju kurung cotton.




3. Suka pakai seluar jeans.




*Dengarnya produk kecantikan kulit WARDAH bagi diskaun besar-besaran hari ini.
Bukan Lagi Rahsia, TUNKU HANIS Kongsi Tip Miliki Kulit Sihat Bermaya!

Walaupun Y.M. Tunku Hanis Y.M. Tunku Salman sibuk dengan jadual penggambaran namun tetap sama seperti gadis lain rutin menjaga kecantikan. Rejim kecantikan menjadi kewajipan buat Tunku Hanis bagi mengekalkan kejelitaan. Terang gadis yang aktif dalam sukan sejak zaman persekolahan ini, aktiviti luar banyak mempengaruhi rejim kecantikan dirinya. “Kalau hendak tahu kulit saya dahulu agak gelap kerana sering terdedah kepada cahaya matahari akibat aktif bersukan.
Saya sering diejek rakan-rakan kerana memiliki kulit yang sangat gelap. Ketika itu saya rasa rendah diri dan malu untuk bergaul dengan orang ramai. Kemudian saya nekad mahu mengubah diri untuk berubah. Ketika cuti sekolah hujung tahun saya keluar sendiri tanpa ditemani sesiapa mencari krim yang melindungi kulit. Produk yang telah berjaya mengubah penampilan saya dahulu adalah rangkaian penjagaan wajah Safi. Apabila cuti penggal telah berakhir dan saya memulakan sesi persekolahan ramai yang tidak mengenali diri saya kerana perubahan drastik itu.
Kini saya bersyukur kerana tidak mempunyai sebarang masalah kulit dan terus memastikan saya melakukan rutin penjagaan kulit wajah seperti membersihkan kulit, sapu penyegar dan pelembap. Produk yang menjadi pilihan saya adalah mampu membantu melembapkan kulit secara efektif agar kulit lebih lembut dan bermaya. Malah dapat melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB agar wajah tampil cerah berseri,” terang Tunku Hanis panjang lebar.
KERABAT DIRAJA
Walaupun mempunyai darah kerabat diraja namun gadis yang mudah mesra ini sentiasa sangat merendah diri. Bagi Tunku Hanis gelaran kerabat yang disandangnya itu bukan suatu yang luar biasa, beliau tetap menjalani kehidupan normal seperti orang lain. “Cuma kadangkala saya diberikan sedikit kelebihan dan sering mendapat layanan istimewa. Pun begitu, berstatus kerabat atau tidak, kita semua manusia yang sama. Meskipun saya berdarah kerabat namun hati saya sama seperti orang lain.
Ketika diajukan tentang salasilah keturunan diraja, tutur Tunku Hanis lembut, “Bapa saya berketurunan kerabat Negeri Sembilan. Saya merupakan cicit kepada Yamtuan Antah. Ayahanda saya merupakan cucu kepada Yamtuan Antah, Yang Dipertua Negeri Sembilan yang berasal dari Seri Menanti,” ungkapnya yang turut mempunyai darah Arab, Pakistan dan Baba Nyonya ini.
Sebagai anak muda yang hidup dalam era globalisasi ini, Tunku Hanis berbeza dengan rakan seangkatan dengannya. “Walaupun saya masih muda tetapi saya tidak suka membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Saya tidak suka berpesta dan lebih gemar menghabiskan masa dengan melakukan perkara yang berfaedah.
Saya gemar menyertai acara yang melibatkan ramai orang untuk meningkatkan rangkaian. Antara acara yang saya sertai adalah larian marathon, mendaki bukit, badminton dan sebagainya. Saya mempunyai visi untuk membantu dan menaikkan golongan muda ke peringkat yang lebih tinggi dan dihargai oleh masyarakat.
Justeru, saya sangat mengagumi kepimpinan Menteri Belia Dan Sukan, YB Brig. Jen. Khairy Jamaluddin. Beliau tahu apa yang dilakukan dan pandai mencari ruang untuk mendekati rakyat,” tegas Tunku Hanis tentang harapannya terhadap anak bangsa.
Tunku Hanis Y.M Tunku Salman bukan suatu nama yang asing di persada industri seni tanah air. 10 tahun bergelar anak seni, Tunku Hanis berjaya meletakkan dirinya dalam kelasnya yang tersendiri. Bakat semula jadi Tunku Hanis dalam seni lakonan sentiasa diterima oleh peminat drama tempatan dan tidak pernah putus menerima tawaran berlakon. Memberikan lakonan bersahaja dan mampu membawa apa sahaja watak yang diserahkan kepadanya. Malah gadis tinggi lampai ini sering diberikan watak antagonis kerana keberkesanan watak yang sering dilakonkan olehnya. HAMIZATUL MAIZAN MOHAMED
Tak Sangka CUKA & SODA PENAIK Boleh Hilangkan Bau Kurang Menyenangkan Dalam Bilik Tidur!

Bilik tidur yang menyenangkan serta nyaman adalah yang dihias cantik, bersih dan sesuai dengan keperluan. Tetapi bagaimana kalau ada bau yang kurang menyenangkan? Cantik macam mana sekalipun bilik tidur kalau ada bau yang mengganggu kenyamanan pun tiada gunanya.
Anda pasti akan rasa selesa kalau bilik tidur sentiasa dalam keadaan wangi. Cara ini boleh anda terapkan di bilik tidur.
JAGA KEBERSIHAN
Membersihkan ruang bilik tidur seharusnya dibuat setiap hari. Habuk bukan saja mudah masuk ke dalam rumah malah dari pakaian yang digunakan ketika keluar. Selain itu, gantikan sarung bantal, selimut dan langsir sekerap yang mungkin.
BUKA TINGKAP
Buka tingkap pada setiap pagi agar udara segar dapat masuk ke dalam rumah. Selain dapat menjaga aliran udara segar di dalam bilik tidur agar tidak berbau ‘kepam’ ia juga memberikan keselesaan. Cahaya matahari juga bebas masuk melalui tingkap sekaligus mengurangkan risiko bilik tidur berada dalam keadaan lembap.
JANGAN LONGGOK PAKAIAN KOTOR
Kadangkala bau hapak dalam bilik tidur berpunca daripada pakaian kotor yang dilonggokan di satu sudut. Peluh daripada aktiviti seharian yang melekat pada pakaian mengundang bau yang kurang menyenangkan. Sebaiknya cuci pakaian itu segera atau letakkan di ruang mencuci atau mesin basuh.
BERSIHKAN BAKUL SAMPAH
Pastikan bakul sampah yang disediakan dalam bilik tidur hanya untuk menampung sampah secara sementara, bukannya untuk tempoh yang lama. Jangan tunggu sampai sampah penuh baru hendak dibuang.
Membersihkannya secara kerap dapat mengelakkan bau kurang menyenangkan dalam bilik tidur. Usahakan juga untuk tidak membuang sampah basah mahupun cebisan makanan dalam bakul sampah. Bukan saja bau, serangga yang tak diundang pun akan datang seperti lipas, lalat dan semut.
MANFAATKAN CUKA DAN SODA PENAIK
Menurut petua cuka dan soda penaik berkesan bagi menghilangkan bau kurang menyenangkan. Caranya, gosok dinding bilik tidur dengan kain yang telah dibasahkan dengan campuran cuka dan air bagi menghilangkan bau hapak. Setelah kering bau akan hilang. Manfaatkan juga satu gelas soda penaik yang diletakkan pada salah satu sudut dalam bilik tidur untuk menyerap bau kurang menyenangkan itu.
PENGHARUM
Selain menggunakan pengharum khas, anda juga boleh menggunakan pewangi pada sarung bantal, selimut, cadar dan langsir setelah dicuci. Gunakan juga pengharum pada permaidani, pengalas kaki serta seluruh aksen kain dalam bilik tidur.
Nak Cantik & Langsing, Kena Rajin Amalkan Tip DATIN MASTURA Ini! Mudah Je

Soal penampilan sememangnya menjadi antara agenda utama seorang insan bergelar wanita. Biarpun telah melalui proses melahirkan anak, soal penampilan diri baik dari segi luaran mahupun dalaman tidak boleh dipandang ringan. Mengakui soal penampilan diri penting untuk keyakinan diri, Datin Mastura Yusof sememangnya amat menghargai kuasa penampilan diri dalam membentuk personaliti dirinya.
Melihat koleksi pakaian yang dibawa untuk sesi fotografi ini, ternyata wanita yang mempunyai empat orang cahayamata ini sememangnya bijak bergaya dan mempunyai citarasa yang baik dalam bidang fesyen. Bijak menyesuaikan gaya dengan majlis yang bakal dihadiri, penampilannya tampil anggun dalam busana yang digayakan sepanjang sesi fotografi ini.
“Tidak dinafikan saya amat menggemari bidang fesyen.terutamanya fesyen up to date. Pada pandangan saya,sense of fashion perlu ada dalam diri setiap individu dan fesyen adalah sesuatu yang subjektif untuk ditafsirkan. Untuk bergaya, tidak semestinya seseorang perlu mengenakan pakaian atau aksesori berjenama mewah. Tetapi apa yang penting, kesesuaian pemilihan pakaian serta aksesori yang digayakan. Bagi diri saya sendiri, saya lebih gemar gaya yang simple.
Pada hari-hari biasa apabila keluar bersama anak-anak, saya lebih selesa mengenakan tshirt dan jeans. Hanya apabila perlu menghadiri majlis formal, saya akan menjadi lebih teliti dalam memilih pakaian agar ia bersesuaian dengan majlis yang bakal dihadiri.
Pada pandangan saya, feysen perlu diikuti bagi menunjukan gaya dan penampilan seseorang dan sikap seseorang itu,”ujar Datin Mastura memulakan bicara memperkatakan tentang fesyen kegemarannya.
Selain itu, wanita cantik ini juga menggemari pelbagai aksesori seperti tas tangan, kasut dan sebagainya kerana menganggap aksesori adalah sebagai pelengkap gaya setiap wanita.
“Tidak dinafikan.aksesori adalah antara benda wajib ada bagi setiap wanita sebagai pelegkap gaya. Teapi jangan keterlaluan kerana aksesori bertujuan untuk pelengkap gaya. Jika ia digayakan secara keterlaluan, ia akan memberikan impak terhadap penampilan. Jadi, saya lebih gemarkan gaya yang minimalis tetapi nampak classy,” sambungnya lagi.
JAMU TRADISIONAL RAHSIA KECANTIKAN
Melihat susuk tubuhnya yang kecil molek, penulis tidak menyangka ibu kepada empat cahayamata ini bakal menjengah ke angka 40 tahun beberapa bulan sahaja lagi. Susuk tubuh yang menarik ditambah pula dengan wajah yang jelita, sebenarnya membawa penulis menyelongkar rahsia bagaimana Datin Mastura mengekalkan kejelitaannya.Sambil tersenyum dan melirik ke arah penulis, Datin Mastura sudi berkongsi rahsia awet mudanya itu.
“Jangan tak tahu, walaupun saya nampak moden, tetapi saya masih mengamalkan pengambilan jamu tradisional untuk mengekalkan kesihatan tubuh. Saya banyak mengamalkan makan makanan dari bahan-bahan semulajadi seperti mengamalkan minuman air akar kayu dan jamu yang diadun sendiri oleh ibu saya untuk mengekalkan kecantikan secara luaran dan dalaman. Dari situ, saya mula terfikir ingin komersialkan petua-petua serta amalan orang-orang tua dahulu yang terbukti berkesan kerana saya sendiri mengamalkannya.
Malah, rakan-rakan sering bertanya tentang rahsia bagaimana saya mengekalkan kecantikan pada usia bakal mencecah 40-an dan jawapan saya amat mudah. Saya gembira kerana amalan pengambilan jamu tradisional serta minuman akar kayu banyak membantu saya mendapatkan kesihatan fizikal dan dalaman yang baik. Sekaligus, ia mencetuskan idea buat saya untuk berjinak-jinak dalam perniagaan berasaskan kecantikan selepas mendapat galakan serta sokongan dari suami tersayang, Dato’ Sri Ahmad Sukimi Ibrahim,” ujarnya lagi.
KELUARGA
Sebagai wanita yang mempunyai kerjaya, tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan juga ibu tidak pernah dipandang ringan meskipun mempunyai pembantu untuk menguruskan rumah. Boleh dikatakan hampir semua wanita moden masa kini semakin bijak membahagikan masa natara karier dan rumahtangga walaupun tidak mempunyai banyak masa untuk diri sendiri.
Menyingkap rahsia wanita cantik yang mempunyai empat cahaya mata berumur antara 15 hingga 5 tahun, waktu berkualiti bersama keluarga digunakan sebaik mungkin untuk merapatkan lagi hubungan bersama keluarga.
“Saya mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki yang mana anak sulung kini sudah meningkat remaja dan berusia 15 tahun manakala satu-satunya anak perempuan sudah mencecah usia 5 tahun. Saya amat mementingkan masa berkualiti bersama anak memandangkan anak-anak sedang meningkat remaja dan pastinya memerlukan perhatian dari seorang ibu.
Jika mempunyai waktu lapang, saya gemar menghabiskan masa bersama anak-anak. Walaupun sedang sibuk memulakan perancangan untuk memulakan perniagaan dalam bidang kecantikan, ia tidak pernah membuatkan saya alpa dan lalai terhadap tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Menceburkan diri dalam bidang perniagaan adalah sunnah yang disarankan dalam Islam kerana punca rezeki juga datangnya dari cabang perniagaan.