Jika anda kaki Instagram, nama Fazulkafli pastinya sudah tidak asing lagi. Mana tidaknya, meninjau laman Instagram miliknya iaitu @fazulkafli, dia lebih selesa dikenali sebagai Faz Barbie atau Barbie Malaysia. Mempunyai pengikut seramai 193K di laman Instagram, pemilik perniagaan Scrub District dan Skinny Dollz ini sering menjadi perhatian lantaran penampilannya yang berbeza dan lebih dikenali kerana menampilkan imej seksi.

IKLAN

Empunya nama sebenar, Farah Hazwani Zulkafli lebih selesa disapa Barbie ini bercerita dengan panjang lebar bagaimana gelaran Barbie itu melekat di dalam dirinya.Menurut Barbie, gelaran Barbie Malaysia itu ‘melekat’ pada dirinya ketika baharu sahaja melangsungkan perkahwinan dengan suami tersayang, Asadel Farhaan Hamdan pada tahun 2016.

“Selepas berkahwin, saya mula mewarnakan rambut dengan rona blonde. Memandangkan saya memiliki kulit yang putih dan ketinggian bagaikan seorang model, ramai yang menggelar saya dengan panggilan Barbie. Saya juga selesa digelar Barbie dan sememangnya patung Barbie mempunyai keistimewaan di hati wanita,” ujar Barbie sambil wajahnya disolek dengan rona terang seperti merah jambu.

 

Selain dikenali sebagai instafamous, Barbie juga merupakan seorang seorang jutawan kosmetik yang sering memberi inspirasi kepada para pengikut laman Instagram melalui video secara langsung mahupun captions di setiap postingnya. Menurut Barbie lagi, dia mahu memberi dan menjadi inspirasi untuk wanita muda bangkit dan mengejar impian mereka.

“Saya percaya, dengan motivasi dan role model yang betul, setiap individu mampu mengejar impian. Berada di era media sosial, ramai wanita muda tidak sedar bahawa mereka mampu merubah taraf kehidupan mereka dan mengejar impian untuk berjaya. Saya menjadikan kisah kejayaan saya sebagai inspirasi untuk wanita mudah di luar sana berjaya,” ujar Barbie yang mengusahakan produk kecantikannya sendiri.

Sebagai seorang selebriti media sosial yang memiliki produk kecantikan jenama sendiri iaitu Scrub District dan Skinny Dollz, Barbie berkata sejak zaman remaja lagi dia mengimpikan memiliki empayar perniagaan sendiri. Hasil kerja keras dan dorongan keluarga, Barbie mengeluarkan produk skrubnya sendiri dan menjadi jenama pilihan nombor satu di atas talian di Malaysia.

“Saya berbangga dengan pencapaian Scrub District dan bagaimana ia berkembang dari semasa ke semasa. Akhir tahun 2018 saya melahirkan produk terbaharu iaitu Skinny Dollz Jus Kurus Barbie. Saya menjangkakan produk ibi bakal menjadi hit pada tahun 2019, Insyaallah,” ujar Barbie sambil menunjukkan produk terbaharu keluarannya.

Selain terkenal dengan imej seksi, dia juga dikenali dalam kalangan pengikutnya dengan sikap positif, yakin dan sering memberikan kata-kata semangat kepada orang lain. Sikap positif dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi banyak diwarisi dari didikan serta pendedahan kedua ibubapanya yang mementingkan pendidikan dan nilai kekeluargaan yang akrab.

IKLAN

Tambah Barbie lagi, keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Teknologi Maklumat banyak dipengaruhi oleh bapa tersayang, Zulkafli Kasim yang merupakan graduan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Senibina dari Australia.

“ Melihat kejayaan mama dan papa mendorong Barbie melanjutkan pelajaran dalam bidang Teknologi Maklumat kerana papa banyak mendorong dan membentuk keperibadian Barbie kini. I became strong and powerful woman because of him,” ujar Barbie yang sememangnya amat rapat dengan kedua ibu bapanya.

Menurut Barbie lagi, hubungan kekeluargaan sememangnya amat penting buat dirinya dan ia menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan yang dikecapinya kini.

“Barbie amat rapat dengan papa dan mama serta adik beradik. Malah Barbie anggap mama dan papa seperti rakan baik dan sentiasa berdiri di belakang Barbie untuk memberi sokongan dan dorongan dalam perniagaan. Jangan tidak tahu, Barbie sebenarnya amat manja dengan papa. Papa banyak mendorong Barbie untuk berjaya seperti sekarang ini,” ujar Barbie yang terpilih sebagai Malaysian’s Top Beauty Influencers 2018.

IKLAN

Melihat penampilan dirinya yang mempunyai tubuh yang langsing, sudah tentu faktor pemakanan menjadi salah satu perkara yang amat dititikberatkan oleh wanita cantik ini. Mana tidaknya, sebagai beauty influencer, sudah tentu Barbie mahu mengajak pengikutnya mengamalkan diet seimbang untuk mengekalkan kecantikan.

“Barbie mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amat prihatin soal pengambilan makanan. Makan organik tanpa garam, gula dan minyak menjadi pilihan. Barbie juga lebih selesa mengamalkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam diet seharian,” ujarnya.

Melihat deretan tas tangan serta kasut jenama mewah miliknya, Barbie berkata ia merupakan sebahagian koleksi peribadi kesayangannya yang disimpan rapi di kediaman miliknya yang terletak di kawasan kejiranan elit di ibu negara. Tambah Barbie lagi, antara jenama tas tangan kegemarannya termasuklah Hermes Birkin yang disifatkan sebagai so glamorous.

“Barbie suka tampil cantik dan menarik. Antara jenama pakaian kegemaran Barbie termasuklah Herve Ledger dresses,” ujarBarbie yang gemar mengunjungi London dan Paris sebagai destinasi untuk membeli belah.

“Barbie jatuh cinta dengan kota glamor dan gaya hidup seperti London dan Paris. Ia merupakan destinasi wajib dikunjungi untuk membeli belah. Malah London sudah menjadi rumah kedua buat Barbie kerana setiap tahun wajib berkunjung ke sana,” ujar Barbie seraya mengakhiri perbualan dan mengharapkan tahun 2019 memberi rezeki yang terbaik buat perniagaannya.