Mungkin bagi sesetengah orang berjaya menghabiskan menghabiskan 114 Surah dalam AlQuran adalah perkara biasa. Namun, tidak kurang juga yang berbangga dengan diri sendiri dapat khatam Al-Quran lebih-lebih lagi dengan bacaan dan tajwid yang betul. Ia merupakan suatu tanda aras pada diri mencapai sebuah kejayaan.
Kejayaan Erra Fazira khatam AlQuran baru-baru ini telah menyuntik inspirasi wanita lain untuk meneruskan bacaan walaupun dihambat dengan kesibukan tugas harian. “Alhamdulillah, happy moment! Setelah bertahun, akhirnya,” tulis wanita yang berusia 47 tahun ini di platform media sosialnya.
Foto: Instagram @errafaziraFoto: Koleksi Majalah Nona
Tergambar riak ceria di wajah pelakon utama Drama Gerak Khas ini sambil mengalunkan bacaan AlQuran. Tambahnya lagi, “Kali ni mencabar nak selesaikan (bacaan AlQuran) sebab cuti lebih banyak. Terima kasih ustaz di atas segala ilmu dan kesabaran mengajar kami. TAHNIAH!! Let’s do this again...!!” coretnya.
Teringat saat menemubual Erra Fazira ketika membuat sesi penggambaran bersama Majalah Nona tentang kerap dilihat menghadiri kelas mengaji atau cenderung ke arah program spiritual, jelasnya, āSebenarnya aktiviti ini sudah lama saya aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Namun, kewujudan platform media sosial ini semakin memudahkan saya untuk berkongsi dengan peminat setiap aktiviti yang dilakukan. Seperti belajar mengaji Al-Quran saya lebih seronok mengajak teman-teman rapat untuk bersama-sama memperbaiki bacaan dan memperbetulkan tajwid.
Foto: Instagram @errafaziraFoto: Koleksi Majalah NonaFoto: Instagram @errafazira
Kadang-kadang timbul juga rasa malas untuk meneruskan pembelajaran tetapi kawan-kawan akan menjadi pemangkin menaikkan semangat untuk terus belajar. Namun, saya tetap menyimpan hasrat untuk mendalami ilmu agama dengan lebih sempurna seperti yang tersemat dalam hati setiap insan yang bergelar Muslimat,” ucap pelakon filem Sembilu yang bergandingan dengan Dato Awie ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejayaan yang dikecap oleh wanita ini sememangnya boleh dibanggakan malah menyuntik inspirasi buat wanita lain untuk berjaya dalam mengejar cita-cita. Manakan tidak, dalam usia perniagaan yang masih lagi āhijauā Eriyca Baiduri berjaya mengemudi perniagaan yang berasaskan kecantikan ini naik dengan begitu drastik.
Wanita berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa ini terus bangkit dalam arus perdana membangunkan ekonomi wanita agar tidak tertinggal ke belakang. Melakar kejayaan from zero to hero turut menyuntik inspirasi kepada wanita muda agar terus berjuang dalam setiap aspek kehidupan.
Berkongsi kisah kejayaan Eriyca atau lebih dikenali sebagai Madammu di kalangan komuniti Noir Health & Beauty Sdn. Bhd., akur tanpa keyakinan tinggi dalam diri untuk mengecap kejayaan mungkin dia tidak mampu berdiri di tempatnya kini.
Walaupun personaliti wanita ini di luarnya nampak lembut dan feminin, tetapi tidak mudah menyerah kalah dan mampu melakukan apa sahaja walau dihalang pelbagai rintangan.
āKecintaan saya dalam dunia perniagaan ini memang dibentuk sejak di bangku sekolah lagi. Dalam usia yang begitu muda saya sudah mula berkecimpung dalam dunia perniagaan. Dahulu saya pernah mengendalikan sebuah restoran yang berlokasi di tengah Bandar Raya Kuala Lumpur. Minat saya dalam bidang masakan telah saya realisasikan dengan membuka restoran tersebut.
Wanita dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan begitu juga dengan saya. Kemudian pada tahun 2017 saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan atas talian dengan mempromosi produk kecantikan. Alhamdulillah, apa yang saya usahakan tidak sia-sia dan perjalanan perniagaan saya ini telah dipermudahkan oleh Allah SWT.
Saya bermula dari bawah tanpa menggunakan modal yang besar. Di fasa awal perniagaan ini saya melakukan semua proses daripada penghantaran, pembungkusan, penstoran dan sebagainya. Pendek kata ketika itu saya adalah majikan dan saya juga adalah pekerjanya. Operasi perniagaan juga bermula dari rumah sahaja,ā tutur Eriyca memulakan bicara.
Noir Health & Beauty berkembang dengan pesat dan kini Eriyca boleh tersenyum bangga apabila operasi perniagaannya sudah mempunyai pejabat sendiri. āSaya bersyukur kerana usaha saya untuk menaikkan Noir Health & Beauty telah menampakkan hasilnya.
Walaupun baharu sahaja setahun lebih beroperasi namun jenama ini sudah mampu berdiri kukuh dalam kelasnya yang tersendiri. Kedatangan tahun baru 2019 disambut dengan pembukaan pejabat baru Noir Health & Beauty.
Pembukaan pejabat baru lebih memudahkan operasi dan memberi peluang kepada wanita yang bersungguh-sungguh mahu mengubah kehidupan mereka. Saya mahu membantu wanita lain untuk menjana pendapatan dan dalam masa yang sama menjaga kesihatan dan kecantikan diri,ā ujar Eryica yang mempunyai niat murni membantu golongan wanita agar mereka menjadi lebih maju dan berdaya saing.
Merancang mewujudkan legasi dalam dunia perniagaan, wanita ini turut merancang untuk menghasilkan produk kecantikan premium pada harga mampu milik serta mencetus sejarah tersendiri untuk berada di papan Bursa Saham Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang.
āSaya mempunyai banyak perancangan dan impian untuk melebarkan lagi jenama NOIR dalam bidang kosmetik. Banyak lagi yang perlu diterokai untuk memastikan cita-cita serta azam NOIR untuk tempuh 10 tahun akan datang terlaksana,ā ujar Eryica yang yakin kuasa wanita mampu memiliki segalanya seraya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Peranan jentera barisan hadapan khususnya para petugas kesihatan sangat penting dalam mengawal penularan pandemik COVID-19 biarpun golongan inilah paling terdedah kepada risiko jangkitan.
Tanpa mereka pasti kita akan berhadapan dengan saat paling getir dalam menangani wabak berbahaya ini. Lebih-lebih lagi, negara kita kini sekali lagi terpaksa berhadapan dengan gelombang COVID-19 yang ketiga.
KISAH PERIBADI YANG TERSENDIRI
Di sebalik komitmen yang ditunjukkan oleh para petugas barisan hadapan, mereka juga sama seperti insan-insan lain. Punya keluarga serta kisah peribadi yang tersendiri. Pun begitu, komitmen terhadap masyarakat dan negara tetap perlu diutamakan.
Dr Amanda Elli antara petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa kenal erti lelah. Berusia 28 tahun, Dr Amanda kini bertugas di Unit COVID salah sebuah pejabat kesihatan daerah. Terdahulu, graduan dari National University of Ireland, Galway ini pernah ditugaskan di jabatan Kecemasan dan Trauma salah sebuah hospital kerajaan.
Senyuman tidak pernah lekang di bibir doktor cantik kelahiran Kuala Lumpur ini. Sentiasa komited, berfikiran positif dan ceria itulah yang diamalkan Dr Amanda sepanjang bertugas. Namun, di sebalik keceriaan itu tersimpan satu kisah di mana Dr Amanda dan suami terpaksa berjauhan selama 7 bulan sejak Februari lalu demi tugas.
TERPAKSA BERPISAH
Pasangan ini bertemu jodoh di aplikasi media sosial iaitu Tinder. Walaupun pada mulanya Dr Amanda kurang percaya dengan ācinta onlineā namun inilah yang dikatakan takdir.
āSaya bergelar isteri kepada M. Syaiful Hisam pada Februari lalu. Namun, detik indah sebagai pengantin baru hanya dikecapi sementara kerana tiga hari selepas itu saya terpaksa āmelepaskanā suami yang perlu meneruskan tugasnya sebagai Drilling Engineer Specialist di offshore.
Walaupun lama terpisah, suami tetap positif dan sentiasa memberi kata-kata semangat. Bohonglah kalau kata tak sedih. Kami sentiasa berusaha untuk berhubung walau dalam apa jua cara seperti melalui Facetime dan video call. Kadang-kadang bila internet connection terganggu terasa seperti bercakap dengan dinding pun ada. So mental kena kuatlah.
Sepanjang ketiadaan suami, saya tinggal bersama keluarga. Tak dapat bayangkan kalau keluarga saya pun jauh. Syukurlah keluarga sentiasa ada bersama saya. Ibu bapa saya pun masih manjakan saya seperti anak kecil walaupun saya dah berkahwin.
KEMBALI BERTEMU
7 bulan berlalu akhirnya suami memaklumkan dia akan pulang ke tanahair. Ketika itu suami berada di Arab Saudi. Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu. Ternyata ia bukanlah satu jangka masa yang singkat. Hanya mereka yang benar-benar kental terutama dari segi mental akan berjaya melaluinya detik sukar ini.
Sejujurnya, bila suami memaklumkan yang dia akan pulang saya merasa sangat gembira sampai tak tidur malam. Setiap hari yang berlalu saya akan catat dalam diari. Saya kumpul sikit-sikit duit simpanan dengan niat dapat membelikan hadiah sebagai kejutan buat suami.
Pada mulanya saya merasa agak kekok juga dan tidak tahu bagaimana hendak bersemuka dengan suami. Maklumlah dah lama kami tak bertemu. Walaupun rasa gembira tetapi bercampur sayu kerana saya dapat merasakan pertemuan ini hanyalah sementara. Walau bagaimana pun, saya bersyukur kerana suami bebas daripada COVID-19.
JAGA SUAMI DALAM TEMPOH KUARANTIN
Suami menjalani tempoh kuarantin bermula pada 18 September 2020 sehingga 1 Oktober 2020. Sepanjang suami ditempatkan di pusat kuarantin, saya adalah antara doktor yang bertugas. Segala urusan dan layanan yang diberikan adalah sama seperti pesakit-pesakit kuarantin yang lain.
Saya hanya mampu menghantar makanan segera yang diluluskan oleh agensi kerajaan. Minuman dan makanan dalam botol kaca atau tin tidak dibenarkan sama sekali. Jadi saya kirimkan air koko ā3 in 1ā buat suami.
Apa yang saya belajar dari pengalaman ini ialah erti kesetiaan serta saling mempercayai. Tanpa dua perkara ini sukar untuk sesebuah hubungan itu kekal lama. Sudah lumrah dalam kerjaya kami akan sentiasa berjauhan. Maka kepercayaan dan kesetiaan kami sangat kuat. Semoga ianya kekal sampai bila-bila.
NASIHAT BUAT WANITA
Buat wanita-wanita bergelar frontliner mahupun isteri-isteri yang suaminya seorang frontliner, sentiasalah bersabar dan berfikiran positif. Memikul tanggungjawab sebagai seorang frontliner adalah satu amanah yang tidak harus dipersiakan. Semua yang berlaku pasti ada hikmah yang lebih besar.
Sekiranya kita dalam kesedihan disebabkan pandemik COVID-19, sentiasalah ingat bahawa kita tidak bersendirian. Kita semua sedang menghadapinya bersama-sama. Kita jaga kita.ā
Semoga Dr Amanda dan suami terus saling mencintai dan menyayangi antara satu sama lain seterusnya dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah kelak.
Semoga para petugas barisan hadapan kita terus cekal bersama amanah yang tergalas di bahu. Bersama-samalah kita menjaga SOP dan berdoa agar wabak ini segera lenyap dari muka bumi.
Kredit Foto: Instgram @dr_princessamandaelli
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan kejayaan yang diraih Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid baru-baru ini. Bukan sekadar dikurniakan raut wajah cantik penuh kelembutan bahkan anak kepada Datoā Ziela Jalil ini juga seorang wanita bijak dan doktor perubatan berkaliber!
Hidup jauh di perantauan dan berkhidmat sebagai doktor di Ireland sedikit pun tidak mematahkan semangat ibu jelita kepada dua anak ini untuk berbakti kepada masyarakat.
Dr Julia yang kini bertugas di Mercy University Hospital menzahirkan rasa syukur atas penghargaan yang diberikan hospital berkenaan pada awal Julai lepas.
āAlhamdulillah Ra Rabb. 2 tahun berkhidmat di negara orang, Allah bagi rezeki dianugerahkan pingat dan certificate of excellence. Tergamam tak terkata. Sesungguhnya rezeki Allah tu luas dan mewah.
Doakan semoga Allah permudahkan juga perjalanan menjadi Consultant Anaesthesiologist in the future inshaAllah. Aamiin.ā
Sebagai ibu, pastinya Datoā Ziela Jalil menjadi antara individu paling gembira dengan khabar tersebut dan pengarah tersohor ini memuat naik video sijil serta pingat yang diterima puteri kesayangan di media sosial miliknya.
Luah Datoā Ziela, āMasyaAllah TabarakAllah. Haza Rahmatun Min Rabbi, rezeki Allah datang dalam berbagai cara, rezeki Allah yang tak ternilai buat anakku yang solehah, ini hasilnya berkhidmat LillahitaAllah, penuh keikhlasan, bersungguh-sungguh, disiplin yang tinggi.
Alhamdulillah. Berkhidmat di negara asing, diberi penghargaan walaupun dia bukan Irish, apa yang membanggakan dan paling penting dia adalah Asian-Malaysian, wanita Muslim yang bertudung pula tu. Bekerja di negara orang dan dihargai.
Syukur alhamdulillah Ya Rabb di atas pencapaian anakku yang solehah ini. Semoga Ya Allah kau sentiasa melindungi dan meluaskan rezekinya dengan rezeki yang penuh barakah untuk dunia dan juga untuk akhiratnya.ā
Julai lepas juga merupakan ulang tahun perkahwinan keenam Dr Julia dan suami tercinta, Dziya Faqhran.
Hasil perkongsian hidup, graduan Royal College of Surgeons Ireland (RCSI) ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tun Alayna Zeeya dan Tun Ameena Zeeya.