Sekian lama tidak berkongsi video masakan, akhirnya Datin Paduka Eina Azman kembali ligat di dapur. Antara mereka yang gembira dan ternanti-nantikan video tersebut.. sudah tentulah peminat beliau. Yang menariknya, Datin Eina ajar cara memasak yang sangat mudah dan senang dibuat. Tak hairanlah video masakan beliau mencecah ratusan ribu viewers!

IKLAN

Alahai, kecur air liur tengok menu masakan Datin Eina. Paling best, kebanyakan hidangan yang beliau buat adalah sajian tradisional. Nasi Lemak Sambal Sotong, Gulai Tempoyak Ikan Patin, Kari Ayam, Ikan Bilis Petai dan macam-macam lagi. Sesuai untuk mereka yang menggemari hidangan tradisi dan baru hendak belajar memasak.

Tak sangka dengan gaya Datin Eina yang urban, mewah dan mempunyai pembantu rumah.. dia tetap sanggup turun ke dapur dan menyediakan sendiri makanan untuk keluarga tersayang. Patutlah Datuk Paduka Kaiser makin sayang. Ini rupa-rupanya rahsia rumah tangga mereka. Bak kata orang-orang lama, hendak pikat hati suami adalah dengan jaga perutnya.

Senangnya DATIN EINA AZMAN Masak, Patutlah Peminat Ternanti-Nanti Video Masakan Beliau!

Senangnya DATIN EINA AZMAN Masak, Patutlah Peminat Ternanti-Nanti Video Masakan Beliau!

 

https://www.instagram.com/p/BoaZzNnAWcx/?hl=en&taken-by=eina_azman

IKLAN

https://www.instagram.com/p/Bolt1lZgaXN/?hl=en&taken-by=eina_azman

Semasa menyediakan menu Peria Katak Goreng, ibu muda ini juga ada berkongsi tip masakan. Katanya, “Tip untuk hilangkan rasa pahit, peria katak tu boleh direndam dalam air dengan garam selama setengah jam.”

IKLAN

Jangan sangka wanita cantik dan pandai bergaya tidak tahu memasak. Buat para isteri dan ibu, kalau lepas ini tidak ada idea hendak masak apa atau teringin hendak belajar menu tradisi.. jenguk Instagram Datin Eina. Boleh dijadikan rujukan masakan.

 

Foto: Instagram Datin Eina Azman

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI