Mata merupakan organ yang mempunyai keistimewaan yang sukar digambarkan melalui kata-kata. Melalui mata, seseorang individu dapat melihat keindahan dunia ciptaan Allah dan sudah sewajarnya deria istimewa ini memerlukan perhatian yang sebaiknya.

“Sepanjang PKP Terlalu Kerap Menghadap Gajet, Beri Kesan Pada Kesihatan Mata”-Dr Maimunah Abdul Muna’aim

Mata sememangnya antara organ kompleks yang cukup besar maknanya kepada setiap manusia. Sejak berzaman, kita mendengar orang menyebut kata indah iaitu ‘dari mata turun ke hati’. Walaupun mata cukup penting, namun ramai yang terlupa beberapa perkara sensitif berkait mata apatah lagi semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini, mata terlalu terdedah di skrin komputer, kaca televisyen dan gajet.

IKLAN

NONA mendapatkan pandangan dari Pakar Oftalmologi (MATA)  Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Maimunah Abdul Muna’aim mengenai penjagaan mata terutamanya di kalangan kanak-kanak di saat mereka lebih banyak menghabiskan masa di hadapan skrin komputer dan laptop sama ada untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mahupun bermain permainan komputer.

“Sepanjang PKP Terlalu Kerap Menghadap Gajet, Beri Kesan Pada Kesihatan Mata”-Dr Maimunah Abdul Muna’aim

DR MAIMUNAH ABDUL MUNAI’AIM

NONA: Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, ramai ibu bapa dan anak-anak terdedah pada gajet untuk urusan kerja dan belajar secara online.  Apakah kesan jangka pendek dan panjang sekiranya terlalu terdedah di hadapan skrin?

DR MAIMUNAH: Memandangkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pastinya masa perlu di isi dengan aktiviti yang berfaedah. Di zaman berteknologi tinggi sudah pasti anak-anak lebih arif dengan penggunaan gajet. Tugasan yang diberi oleh guru sekolah juga dibuat  melalui  Google Classroom, kahoot dan aplikasi belajar secara maya. Tidak kurang juga gajet digunakan untuk bermain permainan atas talian dan menonton video. Aktiviti fizikal agak terhad  apabila berada di dalam rumah.

 

Kesan jangka pendek,jika melihat skrin atau melakukan kerja sekolah atau pejabat secara berterusan, anak-anak atau ibubapa itu sendiri akan terdedah dengan gejala “digital eye strain” di mana mereka akan merasa tidak selesa, mata kering dan kesat, mata rasa cepat penat, pedih, berair, penglihatan kabur dan pening. Ini daripada akibat mata kurang berkelip kerana asyik melihat gajet. Selain itu ada sesetengah daripada anak-anak kecil akan kerap mengelipkan mata tanpa disedari untuk menghilangkan rasa tidak selesa itu. Ibu bapa akan mula perasan dengan tabiat mata berkelip itu. Anak-anak juga mudah menjadi agresif jika ibu bapa melarang mereka bermain gajet.

“Sepanjang PKP Terlalu Kerap Menghadap Gajet, Beri Kesan Pada Kesihatan Mata”-Dr Maimunah Abdul Muna’aim

Manakala kesan jangka panjang pula dapat dilihat  apabila sepanjang tempoh PKP ibubapa dan anak-anak dikehendaki berada di dalam rumah untuk memutuskan rangkaian Covid 19 ini. Kita dapati penggunaan gajet telah digunakan dalam tempoh masa yang lebih lama berbanding hari biasa. Risiko pada anak-anak kecil jika berada di dalam bangunan untuk jangka waktu yang lama dan kurang pendedahan kepada cahaya matahari akan mengurangkan paras hormon dopamine di dalam saraf retina, dan menyebabkan bola mata membesar dengan tidak terkawal, dan seterusnya menyebabkan rabun jauh.

“Sepanjang PKP Terlalu Kerap Menghadap Gajet, Beri Kesan Pada Kesihatan Mata”-Dr Maimunah Abdul Muna’aim

Kajian mendapati kanak-kanak yang mempunyai rabun jauh mempunyai dopamine yang rendah berbanding kanak-kanak berpenglihatan normal. Dopamine merupakan tindakbalas kimia yang dihasilkan oleh tubuh apabila terdedah kepada cahaya matahari. Ia didapati bertindak untuk merencatkan proses pemanjangan bola mata yang menjadi antara punca rabun jauh. Selain daripada itu penggunaan gajet juga akan menyebabkan regangan bebola mata turut berlaku apabila proses akomodasi berlaku pada masa yang lama. Ini juga akan menyebabkan pemanjangan bola mata dan menyumbang kepada peningkatan kuasa rabun jauh pada kanak-kanak.

Cahaya biru pada skrin gajet menghasilkan gelombang biru yang bergelombang rendah tetapi bertenaga tinggi. Cahaya biru ini dapat menembusi kornea mata, kanta mata sehingga ke bahagian saraf retina mata. Sekiranya seseorang terdedah terhadap cahaya biru pada skrin gajet secara berterusan dan berpanjangan kajian menunjukkan ia akan memberi kesan jangka panjang yang boleh merosakkan sel saraf mata dan meningkatkan  risiko untuk mendapat penyakit degenerasi makula.

“Sepanjang PKP Terlalu Kerap Menghadap Gajet, Beri Kesan Pada Kesihatan Mata”-Dr Maimunah Abdul Muna’aim

NONA: Apakah saranan terbaik untuk ibu bapa had waktu gajet untuk anak-anak?

DR MAIMUNAH:Sebagai ibubapa, pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengajar anak-anak mengehadkan waktu bersama gajet.  Menurut garis panduan American Academy of Pediatrics 2016, bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah tidak digalakkan mengunakan gajet, bagi umur 2-5 tahun hendaklah di hadkan kepada 1 jam sehari dengan program yang berkualiti. Manakala bagi umur 6 tahun ke atas hadkan kepada 2 jam sehari tetapi dengan pengawasan rapi daripada ibu bapa. Tetapkan undang-undang setiap 20 minit untuk berhenti sebelum diberikan gajet kepada anak-anak, boleh setkan loceng ‘alarm’ di telefon bimbit sebagai ingatan untuk berehat, selain itu ibu bapa juga boleh beri ganjaran jika anak-anak mematuhi peraturan.

“Sepanjang PKP Terlalu Kerap Menghadap Gajet, Beri Kesan Pada Kesihatan Mata”-Dr Maimunah Abdul Muna’aim

Bagi memastikan kita menggunakan gajet secara berhemah anda dinasihatkan untuk mengamalkan beberapa amalan ini:

  • Peraturan 20/20/20, setiap 20 minit menggunakan gajet, luangkan 20 saat untuk melihat ke luar jendela atau ke arah objek sejauh 20 kaki(6 meter) jaraknya untuk merehatkan otot-otot mata.
  • Pastikan cahaya persekitaran yang terang apabila membaca atau menonton televisyen dan juga ketika menggunakan gajet
  • Postur yang betul juga amat penting semasa menggunakan gajet, amalkan duduk dalam keadaan tegak dan elakkan berbaring terutamanya baring terlentang ini kerana ia akan menyebabkan otot mata akan bekerja dengan lebih keras, jadi mata akan cepat letih dan mengalami kabur mata secara sementara
  • Jarak penggunaan gajet sebaik-baiknya sejauh 30cm ke atas. Jika menonton televisyen pastikan jarak sekurang-kurangnya 2 meter.

Saya sarankan jika  anda tinggal di rumah yang ada halaman, supaya galakkan anak-anak bermain atau bersenam ringkas di depan rumah bagi mendedahkan mereka dengan cahaya matahari untuk merangsang hormone dopamine, tapi jangan sampai keluar daripada halaman rumah, bagi yang tinggal di flat atau apartmen anda boleh menikmati cahaya matahari daripada balkoni rumah.

NONA: Pada pandangan Dr,apakah aktiviti yang boleh dilakukan untuk merangsang minda anak-anak kecil dan mengelakkan mereka dari pengaruh gajet?

DR MAIMUNAH: Banyak lagi aktiviti dan perkara yang boleh digunakan untuk mengisi waktu lapang anak kecil selain gajet. Sebagai ibu bapa  kita perlu bijak menentukan alternatif tersebut. Aktiviti mewarna, melukis membina lego, membaca buku antara perkara yang boleh di lakukan bersama-sama. Selain itu bermain monopoly, sahiba dan catur juga boleh merangsang minda anak- anak. Permainan tradisional seperti congkak juga amat digalakkan. Untuk anak-anak yang lebih kecil, bermain “kinetic sand” untuk sensori dan skill sosial adalah bagus untuk perkembangan mereka.

Bagi yang bersekolah rendah, ibu boleh mengajak untuk mencuba resepi baru, masak bersama-sama, kemas rumah bersama-sama.Jika  bapa pula boleh mengajak anak bercucuk tanam secara kecil-kecilan contonhya dengan cara hydrophonic, membasuh kereta bersama-sama, bermain ping pong di dalam rumah semasa dalam PKP ini juga amat menyeronokkan. Bagi Muslim pula mungkin boleh bertadarus bersama-sama atau boleh buat cabaran menghafal surah-surah pilihan bersama keluarga.

“Sepanjang PKP Terlalu Kerap Menghadap Gajet, Beri Kesan Pada Kesihatan Mata”-Dr Maimunah Abdul Muna’aim

NONA: Kaum lelaki juga suka melekat bermain permainan Computer Game. Bagaimana nak hadkan masa penggunaan dan cadangan terbaik untuk elak mata dari rosak?

DR MAIMUNAH: Kaum lelaki khususnya para suami seharusnya perlu bijak mengawal diri daripada terus melekat dengan gajet. Mereka perlu mengawal diri untuk tidak terlibat dengan permaianan atas talian yang berunsur keganasan, Selain itu mereka perlu menghindarkan diri daripada membeli permainan atas talian yang dirasakan memberi unsur negatif kepada diri. Mereka harus bijak mengurus masa dengan baik jika mahu terlibat dalam permainan atas talian ini. Para suami  boleh berbincang dengan isteri waktu yang sesuai untuk bermain, seelok-eloknya bermain selepas isteri siap kerja rumah kerana suami boleh membantu menjaga anak-anak. Selain itu untuk mengeratkan lagi hubungan suami isteri mungkin kedua-dua boleh bermain bersama-sama jika semua kerja rumah telah siap dan pastikan anak-anak  tidak terabai semasa bermain permaianan atas talian ini.

“Sepanjang PKP Terlalu Kerap Menghadap Gajet, Beri Kesan Pada Kesihatan Mata”-Dr Maimunah Abdul Muna’aim

IKLAN

Cara terbaik untuk mengelak mata rosak hendaklah mengamalkan peraturan 20/20/20,  menggunakan “filter” sinaran lampu biru, untuk elak rasa tidak selesa titiskan pelembap mata jika merasa mata kering, menjaga pencahayaan semasa bermain dan juga boleh melakukan senaman ringkas pada mata semasa rehat. Di sini ada beberapa teknik senaman mata yang boleh dilakukan.

“Sepanjang PKP Terlalu Kerap Menghadap Gajet, Beri Kesan Pada Kesihatan Mata”-Dr Maimunah Abdul Muna’aim

KEBAIKAN TEKNIK SENAMAN MATA

  • Senaman mata dapat membantu menguatkan lagi otot-otot mata secara langsungnya akan membantu meningkatkan daya fokus dan penglihatan

TEKNIK 1-KERDIPAN MATA

  • Latihan kerdipan mata – untuk mengurangkan keletihan mata
  • Apa yang anda perlu lakukan?
  • menutup mata rapat selama 3-4 saat.
  • Seterusnya buka mata anda selama 3-4 saat semula.
  • Ulang latihan ini selama 7-8 kali setiap kali anda mengalami keletihan mata ketika menggunakan komputer.“Sepanjang PKP Terlalu Kerap Menghadap Gajet, Beri Kesan Pada Kesihatan Mata”-Dr Maimunah Abdul Muna’aim

TEKNIK 2- TEKNIK ANGKA LAPAN

  • Bayangkan terdapat nombor lapan gergasi pada jarak 3m di hadapan kita
  • Secara perlahan-lahan, cuba anda ikuti lakaran bayangan angka lapan tersebut
  • Lakukan latihan ini pada satu arah untuk beberapa mini (3-5minit) sebelum menukar kepada arah yang bertentangan untuk beberapa minit (3-5minit) juga.“Sepanjang PKP Terlalu Kerap Menghadap Gajet, Beri Kesan Pada Kesihatan Mata”-Dr Maimunah Abdul Muna’aim

“Sepanjang PKP Terlalu Kerap Menghadap Gajet, Beri Kesan Pada Kesihatan Mata”-Dr Maimunah Abdul Muna’aim

TEKNIK 3- ‘PALMING’

  • ‘Palming’- teknik menekup mata :Pastikan anda duduk dengan selesa di hadapan meja dengan siku di atas meja
  • Letakkan tengah tapak tangan anda menutupi mata sepenuhnya,
  • Pastikan mata anda dapat berkedip tanpa gangguan dan halangan di bawah telapak tangan serta tidak menekan mata dengan kuat.
  • Biarkan dalam keadaan begini untuk beberapa minit (3-5 minit).

“Sepanjang PKP Terlalu Kerap Menghadap Gajet, Beri Kesan Pada Kesihatan Mata”-Dr Maimunah Abdul Muna’aim

Teknik 4: Penumpuan dekat dan jauh

  • Pegang objek pada jarak 10cm
  • Pandang objek selama 2-3 saat
  • Alihkan pandangan pada objek 6m di hadapan
  • Ulang latihan ini sekurang-kurangnya 10 kali

TEKNIK 5- ZOOMING

  • Regangkan tangan sejauh yang boleh dengan tangan digenggam dan ibu jari
  • Tumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibu jari
  • Bawa ibu jari anda secara perlahan-lahan menghampiri mata
  • Perlahan-lahan gerakkan tangan anda menjauhi mata anda sejauh yang mungkin dan tangan meregang ke sisi.

 

IKLAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI