RAJA FARAH RAJA AZIZ

Agak lama tak nampak kemunculan bintang filem Gol dan Gincu, Raja Farah di majlis-majlis hiburan. Sejak mendirikan rumah tangga, nama aktres ini seakan sepi daripada sebarang aktiviti lakonan. Apatah lagi apabila sudah bergelar ibu, tumpuan Raja Farah kini pastinya lebih fokus kepada anak-anak dan suami tercinta.

Ads

Raja Farah atau nama penuhnya Raja Farah Raja Aziz meniti usia 33 tahun. Dia selamat bernikah dengan Iskandar Ismail pada 6 September 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Imran Iskandar dan Ilham Iskandar.

Bahagia melayari hidup bersama keluarga tersayang, Raja Farah menerusi YouTube miliknya mendedahkan dia dan suami merancang untuk menimang cahaya mata ketiga sejak tahun 2020 lagi.

Dalam usaha tersebut, Raja Farah memberitahu dia juga berdepan dengan beberapa kali keguguran kira-kira setahun selepas dikurniakan zuriat sulung.

Sepi Dari Dunia Seni, RAJA FARAH Kini Bahagia Di Samping 2 Anak & Berniaga Dari Rumah

Sepi Dari Dunia Seni, RAJA FARAH Kini Bahagia Di Samping 2 Anak & Berniaga Dari Rumah
Raja Farah di samping suami tercinta
Sepi Dari Dunia Seni, RAJA FARAH Kini Bahagia Di Samping 2 Anak & Berniaga Dari Rumah
Suami & 2 anak tersayang
Sepi Dari Dunia Seni, RAJA FARAH Kini Bahagia Di Samping 2 Anak & Berniaga Dari Rumah
Perkongsian Raja Farah mengenai perancangannya untuk hamil anak ketiga di YouTube

Kongsi Raja Farah di saluran YouTubenya, “Saya ibu dua anak dan stay at home mom dan running my own business dan online business dari rumah. Anak pertama saya lahir tahun 2016 dan 2019 anak kedua lahir. In between ada beberapa kali keguguran.

First keguguran berlaku pada tahun 2017 and the second one pun berlaku pada tahun 2017.

I believe ramai yang tak tahu. Saya tak announce dalam Instagram, saya tak beritahu juga dekat mana-mana media. Tahun 2020 pada bulan Julai saya miscarriage lagi sekali untuk kali ketiga.”

Ads

Dalam video berdurasi 16 minit tersebut, pelakon filem Anak Halal ini terbuka berkongsi pengalaman sendiri untuk hamil anak ketiga. Raja Farah juga ada menunjukkan sebuah tulisan ‘ Ovulation & Pregnancy Tracking Diary’ yang mencatat segala butiran mengenai kitaran haid, ovulation dan sebagainya.

Sepi Dari Dunia Seni, RAJA FARAH Kini Bahagia Di Samping 2 Anak & Berniaga Dari Rumah
Raja Farah ketika melahirkan anak kedua pada tahun 2019

Sepi Dari Dunia Seni, RAJA FARAH Kini Bahagia Di Samping 2 Anak & Berniaga Dari Rumah Sepi Dari Dunia Seni, RAJA FARAH Kini Bahagia Di Samping 2 Anak & Berniaga Dari Rumah Sepi Dari Dunia Seni, RAJA FARAH Kini Bahagia Di Samping 2 Anak & Berniaga Dari Rumah

Enggan perkongsian itu disalah anggap, ibu ini berulang kali menyatakan tujuan dia memuat naik video berkenaan adalah untuk memberi ilmu kepada kaum ibu yang senasib dengannya yang turut berjuang mendapatkan anak. Memang nampak segala usaha yang dicurahkan ibu muda ini untuk menambah zuriat!

Ads

Tidak pernah berputus asa untuk terus mencuba, Raja Farah berkata, “Saya selalu beritahu diri sendiri, I’m ok. Walau pun dah 3 kali gugur atau buat pregnancy test negative ke, saya percaya it is not the right time.

Allah lebih tahu, Allah Maha Merancang. Kita berserah kepada Allah tapi dalam masa sama kita berusaha,” pesannya penuh semangat.

 

Kredit foto: Instagram Raja Farah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI