Siapa yang tak kenal dengan Serena Williams bintang tenis bertaraf dunia ini. Melihat kelincahannya beraksi di gelanggang tenis tidak mustahil wanita yang berusia 40 tahun ini berjaya menggondol gelaran juara Grand Slam singles titles selama 23 kali.

IKLAN

Serena Williams bintang tenis terkemuka dunia ini mula bermain tenis sejak usia 3 tahun dan kini merupakan antara atlet yang mendapat pendapatan tertinggi di dunia. Pendapatan Serena Williams dikatakan sebanyak US$41.5 million seperti yang dilaporkan oleh Forbes.

Serena Williams Bintang Tenis Dunia Bahagia Dengan Suami Kacak & Kaya Serta Anak Perempuan
Foto: Instagram @serenawilliams
Serena Williams Bintang Tenis Dunia Bahagia Dengan Suami Kacak & Kaya Serta Anak Perempuan
Foto: Instagram @serenawilliams

Pendapatan milik wanita yang dilahirkan di Saginaw, Michigan Amerika syarikat ini bukan sahaja melalui wang kemenangan ketika bertanding semata-mata.

Seperti yang diketahui jumlah kemenangan kejuaraan tenis boleh bernilai jutaan ringgit. Namun, apabila namanya yang menyinar dalam bidang sukan telah membuatkan hampir 20 syarikat korporat bekerjasama dengannya.

Serena Williams Bintang Tenis Dunia Bahagia Dengan Suami Kacak & Kaya Serta Anak Perempuan
Foto: Instagram @serenawilliams
Serena Williams Bintang Tenis Dunia Bahagia Dengan Suami Kacak & Kaya Serta Anak Perempuan
Foto: Instagram @serenawilliams

Serena Williams juga bijak melaburkan kewangannya sehingga layak bergelar jutawan. Malah wanita ini telah melancarkan rangkaian busananya sendiri di bawah label S by Serena pada tahun 2018.

Baru-baru ini, bintang tenis Amerika Syarikat ini telah mengumumkan bahawa tidak akan menyertai pertandingan tenis 2022 Australia Open kerana mengikut nasihat pasukan perubatannya. Pasukan perubatan Serena William menegaskan bahawa fizikalnya belum bersedia untuk bertanding dalam pertandingan tersebut.

IKLAN
Serena Williams Bintang Tenis Dunia Bahagia Dengan Suami Kacak & Kaya Serta Anak Perempuan
Foto: Instagram @serenawilliams
Serena Williams Bintang Tenis Dunia Bahagia Dengan Suami Kacak & Kaya Serta Anak Perempuan
Foto: Instagram @serenawilliams

Difahamkan Serena mengalami kecederaan di kaki ketika bertanding di Wimbledon ketika menentang Aliaksandra Sasnovich.

IKLAN

Bukan sahaja bertuah kerana berbakat dalam sukan tenis, Serena juga beruntung kerana mempunyai suami yang kaya raya dan penyayang. Baharu sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-4 baru-baru ini, terserlah kebahagiaan milik isteri kepada usahawan dan Cofounder Reddit.com, Alexis Ohanian.

Serena Williams Bintang Tenis Dunia Bahagia Dengan Suami Kacak & Kaya Serta Anak Perempuan
Foto: Instagram @serenawilliams
Serena Williams Bintang Tenis Dunia Bahagia Dengan Suami Kacak & Kaya Serta Anak Perempuan
Foto: Instagram @serenawilliams
Serena Williams Bintang Tenis Dunia Bahagia Dengan Suami Kacak & Kaya Serta Anak Perempuan
Foto: Instagram @serenawilliams

Pasangan ini juga sering berkongsi foto bahagia mereka di laman media sosial milik peribadi. Seronok melihat gelagat pasangan ini melayan anak sulung mereka Alexis Olympia Ohanian Jr. yang kini berusia 4 tahun.

Pasangan ini mula bertemu pada bulan Mei 2015 ketika Serena bertanding Itatian Open dan menginap di sebuah hotel di Rom yang sama. Setahun kemudian lelaki budiman ini telah melamar Serena di hotel yang sama.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI