Walaupun seakan menyepi diri dalam industri seni sejak mendirikan rumah tangga namun kelibat Elfira Loy masih menjadi tumpuan. Malah seri ibu mengandung jelas terpancar di wajah wanita kecil molek ini.

IKLAN

Sejak mengumumkan dirinya hamil anak kedua pada Oktober lalu, Elfira Loy kelihatan makin jelita dan mungkin ini seri ibu mengandung seperti yang dikatakan oleh orang dulu-dulu.

Pemilik nama sebenar Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri ini khabarnya seakan tidak percaya bakal bergelar ibu kepada dua orang anak. Walau bagaimanapun sentiasa bersyukur atas rezeki yang dikurniakan kepadanya.

Seri Ibu Mengandung, ELFIRA LOY Sambut ‘Birthday’ Ke-28 & Bakal Timang Anak Kedua
Foto: Instagram @elfiraloy
Seri Ibu Mengandung, ELFIRA LOY Sambut ‘Birthday’ Ke-28 & Bakal Timang Anak Kedua
Foto: Instagram @elfiraloy

Kongsi Elfira tentang kandungannya di laman media sosial milik peribadinya, “Two months to go. I am so excited to start planning and decorating room for my baby number two.

Walaupun anak kedua tapi betullah lupa balik nak start dengan apa. Nasib baik adalah update dekat Muhamad Rayyan Khalaf Official page. So kita tengok tengok balik. Kita perlu start dengan apa ye kawan-kawan,” tulis Elfira Loy yang bakal menyambut anak kedua, dua bulan lagi dari sekarang.

Elfira Loy juga sudah mengumumkan jantina bayinya yang bakal lahir ini. Tahniah! Elfira Loy dan suami bakal menimang anak perempuan pula selepas ini. Bermakna pasangan sama cantik sama padan ini mempunyai sepasang anak. Mesti comel macam Abang Rayyan!

Seri Ibu Mengandung, ELFIRA LOY Sambut ‘Birthday’ Ke-28 & Bakal Timang Anak Kedua
Foto: Instagram @elfiraloy
Seri Ibu Mengandung, ELFIRA LOY Sambut ‘Birthday’ Ke-28 & Bakal Timang Anak Kedua
Foto: Instagram @elfiraloy

Teringat ketika dulu berbual dengan Elfira pengalaman bergelar ibu. “Nikmat jadi ibu begitu sukar digambarkan dengan kata-kata. Tanggungjawab itu bukan mudah tapi, saya terus cuba menyesuaikan diri.

IKLAN

Kehadiran anak mengubah kitaran hidup saya. Dulu masa Rayyan baru lahir, saya macam tak percaya sudah jadi mak. Pernah masa dodoikan dia saya tersasul bahasakan diri sebagai kakak. Apabila diingat balik momen itu, memang nak tergelak,” kongsi Elfira.

Seri Ibu Mengandung, ELFIRA LOY Sambut ‘Birthday’ Ke-28 & Bakal Timang Anak Kedua
Foto: Instagram @elfiraloy
Seri Ibu Mengandung, ELFIRA LOY Sambut ‘Birthday’ Ke-28 & Bakal Timang Anak Kedua
Foto: Instagram @elfiraloy

Umur baharu 28 tahun dan bakal bergelar ibu kepada 2 orang anak, seronok bukan? Hari ini juga merupakan ulang tahun kelahiran Elfira Loy yang ke-28 tahun. Selamat hari jadi Elfira Loy! Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta sentiasa berada di bawah rahmatNya.

IKLAN
Seri Ibu Mengandung, ELFIRA LOY Sambut ‘Birthday’ Ke-28 & Bakal Timang Anak Kedua
Foto: Instagram @elfiraloy
Seri Ibu Mengandung, ELFIRA LOY Sambut ‘Birthday’ Ke-28 & Bakal Timang Anak Kedua
Foto: Instagram @elfiraloy

Ramai teman-teman Elfira menitipkan ucapan Selamat hari jadi dan di antaranya ialah Mira Filzah, Hannah Delisha, Datin Elvina Mohamad, Nelydia Senrose, Scha AlYahya dan ramai lagi.

Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 selepas tidak sampai setahun berkenalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @elfiraloy

Baca juga; Sambut Anniversary ke-11, Che Ta Bagi ‘Hint’ Ayu Raudhah Hamil Anak Keenam

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI