Baru-baru ini penyanyi lagu Bunga Bunga Cinta ini telah berkongsi tentang hasratnya untuk menimang cahaya mata kedua. Misha juga merancang untuk memiliki anak perempuan pula. Khabarnya isteri kepada juruterbang ini telah menjalani ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) dan meneruskan rawatan selanjutnya.

IKLAN
Setahun Tak Jejak ‘Mall’ Pengorbanan Misha Omar Besarkan Anak Pramatang Kini Henti Rawatan Kesuburan Pula 
Foto: Instagram @mishaomar

Namun, pemenang Vokal Terbaik AJL 33 ini dikatakan sanggup menghentikan rawatan kesuburan untuk memiliki zuriat kedua semata-mata kerana peminat yang telah menyokong kerjaya seninya selama ini. Misha bakal mengadakan konsert yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 30 Oktober nanti bimbang sekiranya tidak dapat menyanyi dengan baik jika hamil.

Semoga Misha dapat membuat persembahan yang terbaik di konsert tersebut dan boleh meneruskan rawatan untuk mendapatkan zuriat. Teringat perkongsian Misha bersama Nona tentang anaknya Muhammad Idris Ezzwa, dilahirkan pramatang yang kini sudah berusia lima tahun.

Setahun Tak Jejak ‘Mall’ Pengorbanan Misha Omar Besarkan Anak Pramatang Kini Henti Rawatan Kesuburan Pula 
Foto: Koleksi Majalah Nona

“Idris dilahirkan sebagai bayi pramatang. Untuk menguruskan anak pramatang bukan mudah. Doktor sendiri menyarankan supaya Idris mendapat sepenuh perhatian sekurang-kurang setahun kerana antibodi tubuhnya belum matang.

Setahun Tak Jejak ‘Mall’ Pengorbanan Misha Omar Besarkan Anak Pramatang Kini Henti Rawatan Kesuburan Pula 
Foto: Instagram @mishaomar

Selama setahun juga kami tidak menjejak kaki ke pusat membeli-belah kerana udara yang tidak sesuai untuk Idris. Fokus saya ketika itu hanya untuk membesarkan Idris dengan baik dan alhamdulillah setelah dua tahun empat bulan, Idris menunjukkan perkembangan yang sangat positif,” tutur Misha.

IKLAN
Setahun Tak Jejak ‘Mall’ Pengorbanan Misha Omar Besarkan Anak Pramatang Kini Henti Rawatan Kesuburan Pula 
Foto: Instagram @mishaomar
Setahun Tak Jejak ‘Mall’ Pengorbanan Misha Omar Besarkan Anak Pramatang Kini Henti Rawatan Kesuburan Pula 
Foto: Instagram @mishaomar
Setahun Tak Jejak ‘Mall’ Pengorbanan Misha Omar Besarkan Anak Pramatang Kini Henti Rawatan Kesuburan Pula 
Foto: Instagram @mishaomar

Besar pengorbanan yang telah dilakukan oleh Misha bergelar seorang ibu. Wanita kelahiran Kelantan ini juga turut berkongsi pernah ‘kehilangan’ suara selepas melahirkan Idris. “Selepas melahirkan Idris saya mengalami masalah pada suara. Bila dengar suara sendiri, terfikir, suara ni kenapa ya, mendap jer.

Sebenarnya perubahan suara ini berlaku ketika mengandung lagi. Mungkin proses mengandung membuatkan suara saya ‘strech’. Jadi menyanyi perlu guna beberapa muscle yang penting untuk support vokal. Sehingga saya kena pergi sekolah vokal belajar dengan Dato’ Shafinaz Selamat,” tutur Misha.

IKLAN
Setahun Tak Jejak ‘Mall’ Pengorbanan Misha Omar Besarkan Anak Pramatang Kini Henti Rawatan Kesuburan Pula 
Foto: Instagram @mishaomar

Rasa cinta Misha terhadap dunia nyanyian sememangnya begitu besar. “Selagi saya mampu untuk menyanyi, masih larat untuk melangkah kaki dan masih boleh diterima peminat, saya akan teruskan bidang nyanyian. Saya sayangkan dunia nyanyian dan saya juga sayangkan keluarga saya. Saya perlu belajar untuk seimbangkan keduanya,” akhiri Misha.

Setahun Tak Jejak ‘Mall’ Pengorbanan Misha Omar Besarkan Anak Pramatang Kini Henti Rawatan Kesuburan Pula 
Foto: Instagram @mishaomar
Setahun Tak Jejak ‘Mall’ Pengorbanan Misha Omar Besarkan Anak Pramatang Kini Henti Rawatan Kesuburan Pula 
Foto: Instagram @mishaomar

Untuk rekod, Misha mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emi yang kini berusia 15 tahun. Misha mendirikan rumah tangga dengan Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI