Masih dengan ketampanan yang sama, namun kini dengan imej rambut panjang dan senyuman baru yang menawan jutaan mata, Shahir sekali lagi tampil sebagai juara dalam program realiti Hijrahkan Laguku yang berkonsepkan ketuhanan. 

Merupakan bekas anggota kumpulan nasyid, Saujana, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir yang pernah popular dengan lagu ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan’ juga diiktiraf sebagai Artis Baharu Lelaki Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2010.

IKLAN

Tuah dianugerahkan rupa paras fizikal yang menarik, beliau sebelum ini cukup menyerlah sebagai penyanyi, penulis lirik, pelakon, model iklan dan pengacara.

Shahir AF8 Dulu & Sekarang, Kini Tampil Lebih Matang Selepas Rugi Teruk Buat Bisnes Sarung Tangan!

 

Shahir AF8 Dulu & Sekarang, Kini Tampil Lebih Matang Selepas Rugi Teruk Buat Bisnes Sarung Tangan!

 

Bakat nyanyiannya masih lagi berbisa apabila Shahir membuat kemunculan semula dalam program realiti Hijrahkan Laguku anjuran TV Alhijrah, sekaligus dimasyhurkan sebagai juara di konsert akhir.

Tuah lagu Madahku yang diubah daripada lagu asal Madah Berhelah (Ziana Zain) dan lagu duet Perjalanan Jiwa bersama Datuk Nash jelas menambah hati juri serta peminat lagu-lagu ketuhanan pada konsert yang berlangsung pada Sabtu.

Kemenangan Shahir telah mengetepikan tiga finalis lain iaitu Datuk Nash, Mark Adam dan Iwan Syahman yang berkongsi kedudukan naib juara sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.

Terdahulu pertandingan yang berjalan selama lapan minggu itu turut disertai oleh empat penyanyi lain iaitu Pengeran Adam, Zaf VE, Zack Kool dan Rahmad Mega.

Berusia 33 tahun dan merupakan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Shahir yang berasal dari Kampar, Perak berjaya membawa pulang hadiah utama Hijrahkan Laguku bernilai RM100,000.

Siapa Superhero di mata Shahir? Jom tonton video eksklusif ini…

IKLAN

 

Nampak lebih matang dengan imej baru ni, Shahir juga kelihatan profesional dan bijak menjawab soalan. Mungkin atas faktor usia, beliau juga kini lebih mesra dan menyenangkan!

 

PERNAH DITIPU

Dalam temu bual eksklusif, anak sulung kepada lima adik-beradik itu mendedahkan dia mengalami kerugian sebanyak RM12 juta setelah menjadi mangsa penipuan ketika menjalankan perniagaan membekalkan sarung tangan pada tahun 2020.

IKLAN

Shahir berkata, dia bersama beberapa rakan kongsi menjadi mangsa penipuan dan kes berkenaan kini masih dalam proses undang-undang.

“Sebelum ini saya ada melibatkan diri dalam dunia perniagaan bersama beberapa rakan dan ditipu membabitkan 400,000 kotak sarung tangan untuk dibekalkan kepada hospital.

Shahir AF8 Dulu & Sekarang, Kini Tampil Lebih Matang Selepas Rugi Teruk Buat Bisnes Sarung Tangan!
Imej baru Shahir

 

Apabila barang-barang yang ditempah itu sampai di pelabuhan, kami periksa dan dapati yang sampai itu adalah kotak-kotak kosong sahaja dan kami dah kena scam.” Shahir

Jelas Shahir, akibat penipuan yang berlaku sekitar Oktober 2020 itu, mereka telah mengalami kerugian sebanyak RM12 juta.

Menurutnya lagi, mereka telah mengambil tindakan undang-undang berhubung kes penipuan tersebut dan ia masih lagi dalam siasatan.

Dalam pada itu, selepas muncul juara pertandingan program realiti nyanyian Hijrahkan Laguku, Shahir menyatakan dia mahu kembali bergiat aktif dalam dunia nyanyian.

“Untuk tahun 2022, saya akan kembali aktif menyanyi dan dah ada perancangan untuk hasilkan album kompilasi bersama peserta Hijrahkan Laguku yang lain.” Shahir

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI