Apa yang tinggal di sebalik baju kekal di sebaliknya. Tetapi, apa yang tidak seronok adalah jika apa yang berada di sebalik baju mudah terlihat daripada pandangan luar.

Lemak di bahagian coli sering kali mudah dilihat terutama jika kita memakai baju yang sedikit ketat. Lemak degil ini sukar dihalang tetapi jika kena caranya, anda boleh melangkah yakin dengan pilihan busana yang mengikut potongan badan dan masih tampak flat di bahagian belakang.

(a) Back to basics

Tentunya coli menjadi barangan peribadi untuk wanita. Informasi dan pengetahuan mengenai coli jarang sekali diambil berat para wanita sehingga menyebabkan mereka memilih bra yang salah.

Faktor seperti harga yang mahal, malu bertanya dan pilihan terhad merupakan alasan yang sering diberi. Bagi anda yang ingin menjaga payudara agar tidak kendur dan mengelakkan berlakunya lemak terkumpul di bahagian coli, pilih bra yang sesuai dengan harga yang berpatutan.

(b) Ambil ukuran

Perubahan badan seorang wanita berlaku sebanyak enam kali dalam hidupnya disebabkan berat badan meningkat dan menurun, kehamilan atau perubahan hormon. Untuk mendapatkan sokongan terbaik untuk payudara, ambil semula ukuran setahun sekali atau ketika tubuh anda mengalami perubahan drastik.

(c) Hargai tubuh

Pilih coli yang meletakkan payudara anda secara seimbang. Payudara yang kecil boleh kelihatan padat apabila ia berada di tengah-tengah tubuh.

(d) Elakkan lemak hodoh!

Ramai beranggapan coli umpama sebuah jambatan. Apabila bra sudah mula merenggangkan tali getah dengan lebih panjang, ini bermakna lemak di bahagian belakang badan anda semakin banyak. Oleh itu, sebelum anda memakai coli, bongkokkan sedikit tubuh ke hadapan dan pasangkan bra anda dari depan ke belakang. ‘Kemaskan’ lemak di bahagian tepi payudara masuk ke dalam mangkuk coli.

(e) Fahami pakaian dalam

Hanya dua perkara yang perlu anda ingat ketika memakai bra dengan tulang. Satu, ketika anda menyusu badan dan kedua, ketika anda selepas melalui pembedahan. Bra bertulang memberi kestabilan maksimum dan menyokong payudara dengan lebih baik.

(f) Consider seams

Seamed bra membentuk payudara di dalam mangkuk coli dengan lebih baik kerana T-shirt bra hanya berbentuk bulat. Seams boleh mencipta efek berbeza contohnya ia memberi impak payudara yang lebih anjal dan besar.

(g) Ketatkan coli

Pada awal pembelian, coli itu tentu terasa kemas dan ketat di bahagian belakang. Namun, anda perlu sering mengetatkan coli agar payudara tidak kelihatan kendur dan boleh menyebabkan ia kelihatan ‘jatuh’ dan lembik.

(h) Beri nafas payudara

Usah biarkan payudara termapan hingga menyukarkan ia bernafas. Coli minimizer menolak tisu payudara ke bawah lengan sehingga memberi gambaran fizikal seseorang lebih lebar dan tebal. Pemampatan jangka panjang akan menyebabkan tisu payudara hilang keanjalan.

(i) Ubah gaya pemakanan

Berhenti mengambil makanan yang tidak berkhasiat. Mulakan dengan senaman dan pemilihan makanan yang betul. Lemak berlebihan pada bahagian coli menunjukkan kegemukan. Jauhi makanan berlemak, manis dan masin. Selain mengelakkan daripada terkesan lemak coli, ia juga membantu memelihara kesihatan diri anda.

(j) Senaman

Tingkatkan senaman kardiovaskular untuk membakar lemak dan meningkatkan stamina. Joging, berjalan, bersenam dan berbasikal adalah antara aktiviti yang boleh membantu anda mengurangkan kadar lemak di dalam badan. Jika anda benar-benar ingin membakar lemak, cuba naikkan kadar otot pada tubuh. Barulah anda Nampak fit! KR

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI