Tumpang bangga melihat pencapaian yang diraih oleh pelumba basikal wanita negara, Siti Nur Alia Mansor ini.
Siti Nur Alia telah mengharumkan nama negara di arena sukan basikal apabila mencipta sejarah negara dan dirinya tatkala terpilih menjadi pelumba wanita pertama negara juga Asia Tenggara untuk menyertai pasukan berbasikal jelajah dunia, Canyon-SRAM Racing Team yang berpangkalan di Sepanyol.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
Atlet berbasikal lebuh raya Terengganu yang baharu berusia 21 tahun ini turut meluahkan rasa tak percaya dengan apa yang diraih dan dan telah lama diidamkannya di majlis meraikan kejayaan beliau ke pasukan profesional Canyon-SRAM Racing Team di Wisma Darul Iman seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.
Menurut wanita ini, tawaran kontrak selama setahun daripada pasukan yang berada di kedudukan kelima dunia itu bagaikan mimpi jadi nyata.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
Selain itu, atlet basikal yang pernah meraih pingat perak dan gangsa dalam acara pecut dan 500 meter ujian masa pada kejohanan Sukma Perak 2018 turut meluahkan rasa terharunya dengan pengiktirafan yang diberikan kepadanya.
Ads
“Jun lepas saya telah dihubungi oleh Adam Szabo, bekas jurulatih Terengganu Cycling Team (TSG) yang kini melatih pasukan Canyon-SRAM Racing Team. Beliau menyatakan minat untuk mengetengahkan bakat saya bersama pasukan mereka.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
“Saya mengambil masa sebulan untuk bersetuju selepas memikirkan masa depan dan perkembangan kerjaya dalam arena berbasikal,” katanya pada majlis tersebut.
Ads
Pada majlis tersebut, atlet Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu ini turut menerima sumbangan wang saku RM3,000 daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
Bakal berlepas ke Jerman pada 13 Januari sebelum ke Sepanyol, wanita ini berjanji bakal mengharumkan nama negara.
Ads
“Ini adalah batu loncatan atau permulaan untuk saya mengejar impian yang lebih besar iaitu beraksi di pentas sukan terbesar, Olimpik.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
Saya akan membalas pengorbanan dan jasa semua pihak termasuk keluarga, jurulatih dan keluarga besar basikal Terengganu dengan mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia di pentas dunia suatu hari nanti,” katanya.
Menepati kriteria, Che Puan Sarimah Ibrahim dipilih sebagai duta kesihatan untuk hospital pakar tulang, ALTY Orthopaedic Hospital.
Kredit Foto: Instagram Sarimah Ibrahim
Majlis perlantikan bagi pengacara, penyanyi serta pelakon berketurunan Melayu-Ireland ini diadakan di premis hospital yang terletak di Menara ALTY, Jalan Ampang pada 15 Jun 2022 dalam suasana ringkas bersama media.
Objektif kerjasama ini adalah bagi memacu kesedaran tentang penjagaan kesihatan tulang yang baik. Sebagai seorang yang prihatin dengan kesihatan, CP Sarimah akan menyertai usaha-usaha bersama ALTY untuk meningkatkan kesedaran melalui beberapa siri inisiatif pendidikan.
Inisiatif tersebut merangkumi program kesedaran komuniti dan siri video pendidikan penjagaan tulang di kalangan rakyat Malaysia.
CP Sarimah menyuarakan keterujaannya apabila dilantik sebagai duta bagi kolaborasi selama setahun ini yang julung kali diadakan. Menurutnya, sebagai selebriti sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia.
“Sebagai selebriti saya akan lakukan yang terbaik untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai termasuklah diri sendiri tentang betapa pentingnya penjagaan kesihatan tulang.”
Selain bergelar duta kesihatan, CP Sarimah juga bakal mengacarakan program-program berkaitan penyakit tulang bersama lapan doktor pakar di ALTY Orthopaedic Hospital.
Kredit Foto: Instagram Sarimah Ibrahim
Turut serta dalam sesi temu bual bersama media ialah Dr. G Ruslan Nazaruddin yang merupakan Pakar Perunding Bedah Ortopedik & Penggantian Sendi.
Selesai majlis, pihak media diberi peluang untuk menjelajah beberapa ruang utama di hospital antaranya wad pemulihan serta bilik EOS yang dikhususkan untuk rawatan low-dose radiation alterative.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular di media sosial video dikongsikan seorang pengguna Tik Tok tentang keprihatinan dan kejujuran seorang penghantar makanan yang terlibat dengan satu kemalangan secara tidak sengaja melanggar sebuah kereta mewah di ibu kota. Mengakui kesilapan dan tidak lari selepas melanggar kereta tersebut betul-betul membuatkan ramai tersentuh dengan kejujuran remaja berumur 19 tahun, termasuk pelakon dan dramatis Fasha Sandha.
Oleh demikian, Fasha Sandha menyampaikan hasratnya untuk bertemu dengan adik Shazril, dan kurang daripada 24 jam, dengan kuasa viral akhirnya Fasha diketemukan dengan remaja berkenaan. Hasrat Fasha tersebut menjadi kenyataan setelah abang iparnya berjaya membantu mempertemukan mereka.
Fasha, menerusi hantaran di Instagram, menitipkan rasa syukur apabila dapat bertemu dengan penghantar makanan yang tular itu, malah memuji sikapnya yang baik budi pekerti.
“Dengan izin Allah. Dapat berjumpa ‘adik Grab contoh’ viral ni. Semoga kita dapat mengambil teladan daripada kisah adik grab ni.
Semoga adik ni sukses. Namanya Shahril Bin Zakaria, 19 tahun , tidak aaktif di media sosial katanya. Baik budinya. Terima kasih banglong (abang ipar saya) yang tolong menghubungkan kami. Alhamdulillah,” tulis Fasha.
Dalam video berkenaan, kelihatan Fasha yang dtemani suami Aidil Aziz melayan dan menjamu adik Shazril dan keluarganya dengan nasi arab.
Hantaran Fasha itu turut dibanjiri dengan komen netizen yang meluahkan rasa terharu melihat tindakan murni Fasha dan suaminya yang sudi menghabiskan masa bersama penghantar makanan itu, tidak kurang juga ramai yang menitipkan doa buat mereka.
NONA cukup mengagamui keprihatinan Fasha Sandha serta kejujuran dan keikhlasan anak muda seperti Adik Shazril tersebut.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita dan meja solekan tidak dapat dipisahkan kerana ia salah satu sudut yang paling digemari. Di sini bermacam jenis peralatan solekan disimpan seperti kosmetik dan produk kecantikan memenuhi ruang meja seperti bedak asas, berus, minyak wangi, lipstik dan sebagainya.
Jika anda seorang yang gemar mengumpul koleksi solekan dalam jumlah yang banyak, pastikan ia disimpan dengan rapi agar tidak merosakkan keindahan meja solekan serta ruang bilik tidur. Hendak mencarinya pun mudah jika disusun dengan cara yang betul. Berikut beberapa tip mudah untuk merapikan meja solekan.
GUNAKAN BEKAS
Bukan hanya menjejaskan pandangan bahkan ia juga boleh merosakkan produk itu sendiri. Sebaiknya sediakan bekas untuk merapikan koleksi barangan solekan anda. Contoh, boleh gunakan gelas untuk menyimpan berus atau peralatakan berbentuk panjang. Boleh juga menggunakan rak jenis acrylic.
MENGIKUT FUNGSI
Bagi memudahkan pencarian, susun peralatan solekan mengikut fungsinya. Produk yang jarang digunakan boleh diletakkan di bahagian belakang berbanding produk-produk yang sering digunakan.
JENIS
Mengasingkan produk mengikut jenisnya membantu anda agar tidak terbeli produk yang sama. Produk juga akan lebih terjaga. Contoh, produk cecair sebaiknya dipisahkan dengan bedak supaya jika ia tertumpah tidak akan merosakkan produk-produk lain.
SUSUNAN WARNA
Selain lebih kemas, cara ini juga dapat menjadikan meja solekan anda tampak cantik di samping mudah mencari warna yang dimahukan. Antara produk yang boleh disusun mengikut warna ialah lipstik dan pembayang mata. Warna yang tersusun rapi memberikan kesan artistik.
JAGA KEBERSIHAN
Habuk dan kotoran dari kosmetik boleh menjadikan meja solekan kelihatan bersepah dan tidak terurus. Sesibuk mana pun tiada salahnya untuk membersihkan meja solekan dan peralatan solekan secara teratur. Jangan lupa perhatikan juga tarikh luput produk. Jika sudah tamat tempoh sebaiknya dibuang terus. Meja solekan pun lebih lapang.
POSISI MEJA
Pencahayaan yang baik mengelakkan meja solekan daripada malap atau terlalu gelap. Letakkan meja solekan anda berhampiran dengan tingkap untuk mendapatkan pencahayaan yang maksimum. Anda juga boleh menambah lampu tambahan di meja solekan agar kelihatan menarik. AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!