Puteri Kemboja Jenna Norodom terkenal dengan kebolehannya dalam tarian sehingga mendapat jolokan ‘Little Lisa’ kerana dikatakan memiliki persamaan dengan Lisa BLACKPINK.
Jenna Norodom adalah sosok yang menarik perhatian kerana memiliki kecantikan semula jadi di samping kelebihan bakat serta keturunan dirajanya.
Kredit Foto: Instagram @jnnanrdm
Keluarga Bangsawan
Jenna Norodom dilahirkan pada 11 Mac 2012 di Paris, Perancis.
Dia adalah anak perempuan kepada Puteri Bophary Norodom dan seorang ahli perniagaan dari Perancis, serta cicit kepada bekas Raja Kemboja, Norodom Sihanouk yang pernah menetap di China selama beberapa dekad.
Jenna Norodom juga fasih dalam lima bahasa iaitu Khmer, Thai, Cina, Inggeris dan Perancis.
Ads
Bakat Luar Biasa Dalam Seni
Jenna Norodom dikenali sebagai seorang pelakon, penyanyi dan pemuzik berbakat besar. Tahun lalu, Jenna Norodom mendapat populariti dan menjadi tajuk utama dalam pelbagai online media.
Puteri Kemboja ini turut mendedahkan dia adalah peminat tegar beberapa kumpulan K-pop seperti BTS, BLACKPINK, dan (G)I-DLE.
Jenna Norodom yang kini berusia 13 tahun menjadi popular dalam industri hiburan dan sering diundang ke pelbagai acara fesyen serta rancangan televisyen.
Jenna Norodom juga terkenal dengan bakatnya dalam nyanyian dan lakonan.
Ads
Jenna Norodom memulakan kerjayanya dalam industri hiburan sebagai pelakon dan penyanyi ketika berusia enam tahun.
Pada 2022, Jenna Norodom menyertai KWAVE Entertainment, sebuah agensi hiburan Korea yang beroperasi di Kemboja, untuk mengejar impiannya sebagai penyanyi K-pop.
Jenna Norodom banyak mengeluarkan lagu kolaborasi berjudul ‘You Da One’ bersama penyanyi tersohor BOBO.
Walaupun sangat meminati muzik, Jenna lebih memilih untuk memberi tumpuan kepada pengajiannya serta kerjaya yang dapat memberi manfaat kepada rakyat Kemboja.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau tengok aktres-aktres India kebanyakannya cantik-cantik belaka. Terutamanya kulit yang mulus, bersih dan sihat. Begitu juga rambut mereka yang panjang mengurai, lebat dan sihat. India mempunyai banyak petua kecantikan semula jadi yang terbukti berkesan.
Berdasarkan perubatan Ayurveda, rawatan kecantikan tradisional India menggunakan lebih banyak bahan semua jadi. Sebahagian daripadanya adalah herba yang mudah untuk diperolehi.
Berikut adalah rahsia kecantikan semula jadi wanita India yang sesuai untuk kulit dan rambut.
SERBUK CENDANA (Chandan)
Kayu cendana atau serbuk cendana ialah kayu aromatik yang dikisar halus. Serbuk ini sesuai untuk menyental. Dilaporkan oleh Boldsky, sifatnya adalah untuk membantu melambatkan penuaan serta melembutkan dan membersihkan kulit.
Caranya, campurkan serbuk cendana dengan susu, yogurt dan air mawar, kemudian gunakan sebagai skrub muka. Masker ini berguna untuk menyejukkan kulit dan mengecilkan pori-pori. Gosok perlahan-lahan selama 2 minit, kemudian biarkan selama 15 minit. Selepas itu, bilas dengan air sejuk.
KUNYIT (Haldi)
Kunyit sebagai salah satu ramuan rawatan kegemaran wanita India. Dilaporkan oleh The Huffington Post, kunyit mempunyai ciri anti-radang dan antiseptik yang baik. Antioksidan yang terkandung di dalamnya juga bagus untuk melawan tanda-tanda penuaan pramatang, jerawat, dan parut.
Masker kunyit digunakan secara meluas bagi merawat kulit yang terdedah kepada matahari. Muka dan badan pasangan pengantin turut dirawat dengan kunyit bagi menyerikan penampilan mereka di majlis perkahwinan. Selain diproses menjadi masker atau campuran lulur badan, kunyit juga diproses menjadi minuman kesihatan dan kecantikan.
AIR MAWAR (Gulabjal) Bunga ros yang ditumbuk atau direndam ke dalam air mawar juga merupakan bahan semulajadi yang banyak digunakan dalam rawatan kecantikan di India. Mahkota mawar kaya dengan antioksidan dan vitamin C. Ciri utamanya adalah menyejukkan dan melembapkan kulit.
Menurut pakar dermatologi, Dr. Kally Papantoniou memberitahu laman web gaya hidup Bustle, air mawar juga sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kering, sensitif dan jerawat. “Ia boleh melembapkan kulit, mempunyai sifat anti-mikrob semulajadi, dan mengandungi antioksidan semulajadi yang boleh membantu memulihkan dan mencegah kerosakan dan parut kulit.”
Air mawar biasanya digunakan sebagai campuran masker tradisional. Menurut blogger kecantikan India Shailja Vashisht, air mawar juga bagus untuk mencampurkan krim tangan dan mandian kaki buatan sendiri.
BUNGA RAYA Menurut artikel yang dilaporkan oleh Vogue India, bunga raya sering digunakan untuk penjagaan kulit muka dan rambut. Bunga ini banyak dihasilkan di Kerala. Bunga ini kaya dengan Alphahydroxy Acids (AHA) dan asid amino. Kedua-dua bahan ini berkesan untuk menanggalkan sel kulit mati. Kandungan vitamin C dan emolien dalam bunga raya adalah berkesan seperti botox. Selain itu, khasiat dalam bunga raya dapat melembapkan kulit sekaligus mengurangkan lebihan minyak dalam pori-pori kulit.
Khasiat dari bunga raya yang digunakan sebagai masker membantu melancarkan peredaran darah di kulit kepala, mengatasi keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut. Hancurkan mahkota bunga raya, kemudian gunakannya untuk mengurut kulit kepala dengan kerap.
MINYAK KELAPA DARA
Dilaporkan oleh India.com, minyak kelapa dara juga termasuk bahan semula jadi yang dipercayai wanita India bagi merawat rambut kering dan rosak. Minyak kelapa biasanya digunakan untuk mencampurkan minyak rambut atau sabun untuk pelembap badan semula jadi. Minyak kelapa tulen atau Virgin Coconut Oil (VCO) kaya dengan pelembap semula jadi yang bagus bagi merawat rambut, kulit kepala kering, siku kasar, hingga tumit merekah.
DAUN NEEM Aktres jelita Bollywood, Anushka Sharma percaya kecantikan kulitnya dengan masker semula jadi yang diperbuat daripada neem dan yogurt. Neem sering digunakan bagi rawatan kecantikan oleh wanita India.
Buah dan biji diekstrak menjadi minyak neem. Manakala bunganya digunakan sebagai ramuan aromaterapi dan minyak urut. Daun neem segar biasanya dikisar dan digunakan sebagai bahan kecantikan tradisional. Kadang-kadang daunnya dijemur di bawah sinar matahari dan dikisar menjadi serbuk.
Neem adalah herba yang mempunyai banyak khasiat. Tumbuhan ini mempunyai ciri anti-radang, anti kulat, dan antibakteria. Ciri-ciri ini menjadikannya berkesan bagis merawat pelbagai masalah kulit. Selain itu, neem juga membantu mencegah jerawat, pigmentasi, dan kulit berminyak.
DAUN INAI Wanita India juga menggunakan inai sebagai pewarna rambut dan kuku. Sebagai pewarna rambut, inai yang diperbuat daripada tumbuhan lebih mesra rambut dan kulit kepala. Selain itu, inai lebih sejuk pada kulit kepala dan tidak pecah seperti pewarna rambut moden.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ava Marie dan Leah Rose Clements pernah tular kerana kecantikan mereka pada usia yang masih kecil sehingga digelar kembar seiras tercantik di dunia.
Malah, sejak kecil lagi kedua-duanya sering mendapat pujian bukan hanya kecantikan wajah mereka bahkan turut memiliki bola mata kebiruan yang sangat mempesonakan.
Kini keduanya telah menginjak ke usia remaja. Cantik sangat, natural beauty!
Ava Marie dan Leah Rose Clements yang dillahirkan pada 2010 merupakan anak kepada pasangan Jaqi serta Kevin Clements.
Ketika menyertai agensi modeling pada usia enam tahun, kecantikan mereka mula menjadi bualan seluruh dunia.
Mereka juga menerima banyak tawaran dalam bidang modeling khususnya dari jenama-jenama pakaian serta majalah terkenal.
Pada 2017, bapa mereka telah membuka akaun Instagram untuk Ava Marie dan Leah Rose Clements sekaligus jumlah followers pun bertambah.
Di Instagram tersebut, pasangan kembar ini sering berkongsi rutin harian serta portfolio kerjaya modeling mereka.
Biarpun sudah popular, bapa pasangan kembar ini tetap mahu terus membimbing agar kedua-duanya tidak memilih jalan yang salah.
Ava Marie dan Leah Rose Clements sendiri dikatakan tidak pernah dipaksa dan melakukan (modeling) dengan gembira. Semoga pasangan kembar cantik ini terus sukses!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam anak dara! Itu perkataan pertama yang terlintas di fikiran apabila melihat penampilan terkini Datin Seri Zizie Izette.
Dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik, rutin gaya hidup sihat yang diamalkan Datin Seri Zizie bukan saja berjaya mengubah penampilannya dari segi fizikal bahkan kelihatan lebih ceria dan penuh stamina.
Tak dinafikan dalam usia 44 tahun kakak kepada pelakon berbakat besar, Shaheizy Sam ini kekal mempersona.
Malah sejak berkahwin dan mempunyai anak, aura Datin Seri Zizie makin berseri-seri. Jelas terpancar kebahagiaan yang dikecapinya hari ini.
Daripada perkongsian Datin Seri Zizie di Instagram miliknya, memang nampak perubahan ketara isteri Dauk Seri Bung Moktar Radin ini.
Yang pasti, hasil usaha keras workout dengan trainer berpengalaman di gimnasium membuahkan berhasil kerana dia kini tampil lebih muda, sihat dan langsing.
Buktinya, gambar terbaharu Datin Seri Zizie yang lengkap berpakaian sukan meraih perhatian peminat dan rakan artis. Rata-rata mereka memuji penampilannya yang ‘glowing’!
Mengenali Datin Seri Zizie Izette, beliau sememangnya seorang personaliti yang mudah mesra dan merendah diri orangnya. Membawa status VIP dan selebriti, pasti masyarakat beranggapan golongan ini gemar mengenakan jenama mewah dari hujung rambut ke hujung kaki.
Bukan hanya dikagumi kerana keperibadian diri bahkan kehidupan bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang serta keprihatinan Datin Seri Zizie menjaga kebajikan pembantu rumah turut menjadi perhatian.
Suatu ketika dulu, personaliti ini pernah menarik tumpuan peminat apabila turut membawa lima pembantu rumah pergi bercuti bersama anak-anak.
Lima anak kesayangan Datin Seri Zizie Izette ialah Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta puteri bongsu, Aalisa Belle Izette.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
The Devil Wears Prada mengupas realiti salah guna kuasa di tempat kerja, memperlihatkan peralihan dunia fesyen ke era digital dan konflik kepimpinan moden.