Wanita bermisai adalah perkara biasa. Ramai juga wanita yang berkumis cuma ketara atau tidak kelihatan rerambut halus yang tumbuh di atas bibir. Rupa-rupanya selama ini Datin Fouziah Gous juga menghadapi masalah misai di atas bibir.
Dalam laman Instagramnya Datin Fouziah turut berkongsi telah mendapatkan rawatan buang misai di spa, walaupun pada mulanya suami, Dato’ Md Zhafran Md Yusof membuat kejutan menghadiahkan rawatan spa untuknya.
“Abang buang misai tadi!! Ok al kisahnya macam ni! Suami I konon-konon sweet la siap buat appointment dekat @phiclinicmalaysia untuk special massage.
View this post on Instagram
I tak tahu pun dia booked for massage. Sampai clinic PHI je, I nampak ada macam-macam treatment! So mulalah mengadu dekat DR @drmimilim, suami I selalu tanya ‘You ni lelaki ke perempuan’ sebab misai makin menebal! Ya! Bukan rambut I je yang tebal, misai pun sama naik!!! So massage tolak ke tepi, kita buang misai dulu! .
So kejap lagi you balik rumah mesti bangga tengok isteri dah rupa Fouziah bukan lagi Fauzi,” kongsi Datin Fouziah.
Terdapat pelbagai rawatan untuk menghilangkan misai bagi wanita, antaranya;
Laser
Kaedah ini menimbulkan kesan sampingan seperti kulit kemerahan atau perubahan warna kulit jadi lebih gelap. Namun, kesan sampingan menggunakan kaedah laser tidak lama.
Cukur
Mneghilangkan misai di atas bibir dengan bercukur, waxing atau cabut biasanya akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan atau kadang-kadang berlaku infeksi pada bahagian yang dicukur atau dicabut.
Pil
Pil KB jenis tablet co-cyprindiol untuk mencegah tumbuh misai. Mengelakkan misai tumbuh dengan ubat-ubatan biasanya bertahan sehingga 6 bulan. kesan sampingan yang biasa berlaku adalah seperti sakit perut, sakit kepala, mual dan pening.
Ubat Anti-androgen
Ubat jenis ini lebih kuat berbanding dengan Pil KB. Uabt ini hanya diberikan jika Pil KB yang dimakan tidak membawa apa-apa kesan. Wanita mengandung tidak digalakkan untuk mengambil ubat jenis ini keran dikhuatiri membahayakan kandungan.
Krim
Pengunaan krim untuk menanggalkan misai seperti Eflornithine berfungsi untuk memperlambatkan pertumbuhan rerambut tersebut. Krim ini biasanya dapat digunakan bersama-sama dengan terapi laser.