Telur rebus, telur mata dan telur dadar merupakan antara sajian yang digemari golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Selain rasanya yang enak, ia juga salah satu sumber protein yang baik untuk keperluan tubuh.

Pun begitu, anda perlu bijak memilih telur yang selamat untuk dimakan kerana telur yang sudah rosak dan busuk boleh menjadi punca kepada sesuatu penyakit.

IKLAN

Disebabkan ia mudah didapati dan dijual dengan harga yang murah, telur bukan sekadar dihidangkan sebagai menu harian seisi keluarga. Malah ia cukup sinonim diberikan kepada tetamu terutamanya ketika majlis perkahwinan.

Meskipun murah dan ringkas, anda sebagai pengguna perlu memastikan kualiti telur tersebut demi menjamin kesihatan diri. Semak panduan memilih telur yang kami kongsikan ini.

Kenali Sifat Fizikal Telur

(a) Kulit

Kulit atau cengkerang disifatkan sebagai pelindung telur. Ketika mahu membelinya, pastikan tiada bahagian kulit yang kelihatan retak atau tertanggal. Kulit yang masih dalam keadaan sempurna dikatakan mempunyai telur yang masih segar untuk dimakan.

Begitu juga warna kulit telur. Pilih yang berwarna lebih pekat dan cerah serta mempunyai sejumlah butiran kecil di permukaan kulit kerana ia menunjukkan telur berkenaan baru diproses dan sesuai untuk dinikmati. Kulit telur yang mengilap dan licin berkemungkinan sudah disimpan lama.

(b) Ukuran

Ramai di antara kita yang lebih cenderung memilih telur yang bersaiz besar kerana percaya ia memiliki isi yang banyak. Walhal dalam soal memilih telur, sebaiknya beli yang berukuran sedang dan kecil. Ini kerana telur berkenaan datang dari ayam muda yang kebiasaannya mempunyai kulit telur lebih tebal. Kebaikan kulit telur tebal ini adalah ia sukar dijangkiti oleh bakteria.

(c) Bentuk

Pilih telur yang berbentuk lonjong kerana telur seperti ini mempunyai kuning telur lebih banyak berbanding telur berbentuk agak bulat.

IKLAN

(d) Aroma

Bau telur juga mampu membezakan sama ada ia masih elok atau sebagainya. Cium aroma telur ketika sedang membeli. Telur yang bagus tidak mengeluarkan aroma kurang menyenangkan.

Antara cara lain yang boleh menyakinkan anda bahawa telur tersebut masih elok adalah dengan menggoncangkannya. Isi dalam telur yang tidak berbunyi jika digoncang menunjukkan ia sesuai untuk dimakan.

Bagaimana Mengetahui Kesegaran Telur?

IKLAN

Rendam dalam air
Sediakan gelas atau bekas lut cahaya yang berisi air secukupnya. Masukkan telur ke dalamnya dan amati posisi telur setelah sampai ke dasar. Telur yang terbaring sempurna di dasar gelas menunjukkan usia telur masih baru.

Sukar Bezakan Kualiti Telur SEGAR Dan Telur LAMA? Cuba Trik Ini Supaya Tak Tertipu Lagi

Sukar Bezakan Kualiti Telur SEGAR Dan Telur LAMA? Cuba Trik Ini Supaya Tak Tertipu Lagi

Jika telur dalam posisi berdiri atau melayang ia sudah agak lama di simpan. Manakala telur yang berdiri tegak atau mengapung adalah telur yang sudah lama iaitu antara dua ke tiga minggu.

Memecahkan telur
Usia telur juga boleh dilihat apabila ia dipecahkan di atas piring. Telur yang masih baru akan kelihatan kental. Sementara yang sudah berusia satu minggu mempunyai bahagian putihnya yang lebih melebar.

Berbeza pula telur yang berusia 2 hingga 3 minggu. Bahagian putih telur lebih meluas.

Tip Penyimpanan

  1. Pisahkan telur yang baru dibeli dengan telur yang sudah disimpan sebelumnya. Adalah baik jika telur yang lama dihabiskan terlebih dahulu supaya anda dapat menikmati telur yang segar setiap hari.
  2. Semakin lama telur disimpan, semakin kurang khasiat dan kualitinya. Untuk menyimpan telur pula pastikan ia disimpan pada suhu antara 10 hingga 13 darjah Celsius. Dengan cara ini telur boleh bertahan sehingga tiga ke lima minggu. Suziana Abu Daud
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI