
Bila sudah lebih sebulan duduk di rumah dan memasak untuk seisi keluarga, pastinya terbit rasa buntu memikirkan menu apakah yang hendak disajikan untuk sajian berbuka puasa hari ini. Walaupun baru memasuki hari kelima umat Islam menunaikan ibadat berpuasa di bulan Ramadan, pastinya ada yang sudah jemu menghidangkan menu berasaskan nasi sebagai sajian berbuka. NONA tertarik dengan perkongsian resipi oleh Zeti Rafidah Abdul Khalid atau @zetikhalid yang mengubah menu piza Itali mengikut selera atau citarasa tempatan.
Andai bosan dengan piza yang dibeli, boleh saja mengolah topping mengikut cita rasa sendiri. Lapisan atas bersambal atau berkari, anda tentukan! Anda juga boleh membuat doh sendiri sama ada mahukan kulit yang tebal atau nipis serta rangup. Malah untuk kepelbagaian rasa, jangan terikat dengan perisa yang sama.
PIZA KARI TUNA
BAHAN DOH:
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak zaitun
1 cawan air suam
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh yis
BAHAN ASAS :
Keju Mozarella
Sos pasta readymade
Kari tuna dalam tin
Hirisan cili padi
CARA MEMBUAT:
Untuk menyediakan doh, gunakan hook roti, campurkan ke semua bahan ke dalam mixer. Pukul sehingga semua sebati sehingga doh menjadi elastik. Rehatkan doh dalam mangkuk sehingga saiz dua kali ganda (lumur mangkuk dengan sedikit minyak). Bahagikan adunan kepada empat piza (saiz 6 inci). Canai doh sehingga menjadi bulat. Ratakan sos pasta atas roti pizza. Ratakan kari tuna dan hirisan cili padi. Taburkan hirisan keju mozzarella dan hirisan cili padi. Bakar pada suhu 190C selama 10-15 minit atas sehingga garing.
PIZA SAMBAL SOTONG
BAHAN DOH:
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak zaitun
1 cawan air suam
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh yis
BAHAN LAIN:
Keju Mozarella
Sos pasta readymade
Sambal sotong (dalam tin)
Hirisan tomato ceri
CARA MEMBUAT:
Untuk menyediakan doh, gunakan hook roti, campurkan ke semua bahan ke dalam mixer. Pukul sehingga semua sebati sehingga doh menjadi elastik. Rehatkan doh dalam mangkuk sehingga saiz dua kali ganda (lumur mangkuk dengan sedikit minyak). Bahagikan adunan kepada empat piza (saiz 6 inci). Canai doh sehingga menjadi bulat. Ratakan sos pasta di atas doh diikuti sambal sotong. Taburkan hirisan keju mozzarella dan hirisan ceri tomato. Bakar pada suhu 190C selama 10-15 minit atas sehingga garing.
PIZA IKAN BILIS BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN DOH:
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak zaitun
1 cawan air suam
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh yis
BAHAN ASAS:
Bahan-bahan asas lain
Keju Mozarella
Sos pasta readymade
BAHAN UNTUK TOPPING IKAN BILIS PETAI:
2 ulas bawang putih |dikisar
3 biji bawang merah|dikisar
1 biji bawang besar|dikisar
50gm ikan bilis
Segenggam petai
cili giling
sedikit air
garam dan gula
CARA MEMBUAT:
Untuk menyediakan doh, gunakan hook roti, campurkan ke semua bahan ke dalam mixer. Pukul sehingga semua sebati sehingga doh menjadi elastik. Rehatkan doh dalam mangkuk sehingga saiz dua kali ganda (lumur mangkuk dengan sedikit minyak). Bahagikan adunan kepada empat piza (saiz 6 inci). Canai doh sehingga menjadi bulat. Sementara itu, goreng ikan bilis dan asingkan. Dengan minyak lebihan tadi, tumis bahan-bahan yang dikisar. Masukkan cili giling, sedikit air dan masak sehingga sambal garing. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali, masukkan petai dan ikan bilis. Gaulkan hingga sebati. Ratakan sos pasta di atas roti diikuti sambal ikan bilis petai. Taburkan hirisan keju mozzarella dan lebihan petai. Bakar pada suhu 190 selama 10-15 minit atas sehingga garing.
PIZA KARI HIJAU
BAHAN-BAHAN DOH:
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak zaitun
1 cawan air suam
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh yis
BAHAN ASAS:
Keju Mozarella
Sos pasta readymade
Kari hijau dalam tin / botol (readymade)
Dada ayam – masak bersama sos kari hijau
Hirisan cili padi
CARA MEMBUAT:
Untuk menyediakan doh, gunakan hook roti, campurkan ke semua bahan ke dalam mixer. Pukul sehingga semua sebati sehingga doh menjadi elastik. Rehatkan doh dalam mangkuk sehingga saiz dua kali ganda (lumur mangkuk dengan sedikit minyak). Bahagikan adunan kepada empat piza (saiz 6 inci). Canai doh sehingga menjadi bulat. Ratakan kari hijau di atas pizza dan sos kari hijau tadi bersama isi ayam. Taburkan hirisan keju mozzarella dan hirisan cili padi. Bakar pada suhu 190C selama 10-15 minit atas sehingga garing.
Foto: Nor Yanti Saharuddin