Selepas genap setahun menyambut ulang tahun perkahwinannya dengan Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Che Puan Sofie Louise Johansson terus memikat hati rakyat dengan kebaikannya.

Terbaru, Tengku Mahkota Kelantan dan isteri berkenan menyumbangkan 12 buah penyaman udara kepada hospital-hospital di negeri tersebut sebagai tanda penghargaan mereka terhadap barisan frontliners.

IKLAN

Bahkan pasangan diraja ini juga pernah membuat Tekakor atau Swedish tea cakes untuk dihadiahkan kepada frontliners yang bekerja keras menyelamatkan negeri daripada ancaman Coronavirus.

Resipi Nasi Kaya Pulut, Lazatnya Menu Che Puan Sofie Dari Istana Kelantan Untuk Berbuka!

Resipi Nasi Kaya Pulut, Lazatnya Menu Che Puan Sofie Dari Istana Kelantan Untuk Berbuka!

Resipi Nasi Kaya Pulut, Lazatnya Menu Che Puan Sofie Dari Istana Kelantan Untuk Berbuka!
Tekakor

BERJIWA RAKYAT

Walaupun berasal dari Sweden, namun Che Puan Sofie pandai menyesuaikan diri dengan kehidupan diraja serta rakyat jelata. Penampilannya yang sopan dan berselendang amat manis dipandang, malah beliau juga tidak kekok, penyayang serta kerap mengiringi Tengku Mahkota Kelantan menyantuni rakyat.

Resipi Nasi Kaya Pulut, Lazatnya Menu Che Puan Sofie Dari Istana Kelantan Untuk Berbuka!
YTM Tengku Mahkota Kelantan dan isteri, YAM Che Puan Sofie Louise Johansson

Istimewa bulan Ramadan ini, Che Puan Sofie berkongsi masakan kuih tradisi Nasi Kaya Pulut atau Pulut Sekaya untuk berbuka. Kuih ni memang menyelerakan, teringat-ingat rasa pulut yang berlemak ditambah dengan manis lemak santan telur… memang terbaik.

TALAM PULUT SEKAYA

Resipi Nasi Kaya Pulut, Lazatnya Menu Che Puan Sofie Dari Istana Kelantan Untuk Berbuka!
DariDapur.com

Bahan-bahan lapisan bawah:

  • 2 cawan beras pulut (direndam 1-2 jam)
  • 2 1/4 cawan santan cair
  • Secubit garam

Bahan-bahan lapisan atas:

  • 6 biji telur ayam saiz A
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • Secubit garam
  • 3 sudu makan gula perang*
  • 1/2 cawan air*
  • 1 helai daun pandai disimpul*
  • 1/2 cawan gula*

Cara membuat:

(1) Buat lapisan bawah

Resipi Nasi Kaya Pulut, Lazatnya Menu Che Puan Sofie Dari Istana Kelantan Untuk Berbuka!

IKLAN

Resipi Nasi Kaya Pulut, Lazatnya Menu Che Puan Sofie Dari Istana Kelantan Untuk Berbuka!

Untuk membuat lapisan pulut, didihkan kukusan. Cuci bersih beras pulut dan masukkan dalam loyang 9 inci yang telah dialaskan plastik dibawahnya. Kemudian masukkan santan 1 1/4 cawan santan cair dan kukus 20 minit. Keluarkan sekejap, kacau dan tuangkan baki santan selepas 20 minit. Padat-padatkan dan cakar dengan garfu. Kukus semula 10-15 minit.

(2) Buat lapisan atas

Resipi Nasi Kaya Pulut, Lazatnya Menu Che Puan Sofie Dari Istana Kelantan Untuk Berbuka!

Resipi Nasi Kaya Pulut, Lazatnya Menu Che Puan Sofie Dari Istana Kelantan Untuk Berbuka!

IKLAN

Masak semua bahan yang bertanda * terlebih dahulu dan kemudian tapis. Kemudian sejukkan pada suhu bilik. Selepas itu, kacau atau kisarkan telur, santan, garam dan bahan yang dimasak tadi hingga sebati.

(3) Kukus 

Resipi Nasi Kaya Pulut, Lazatnya Menu Che Puan Sofie Dari Istana Kelantan Untuk Berbuka!

Untuk menyiapkan pulut sekaya, panaskan semula loyang berisi pulut tadi sekitar 10 minit dan barulah dituangkan adunan di atas pada loyang yang berisi pulut.

Kukus selama 30-45 minit dan balut penutup dengan kain untuk elakkan air menitik. Kalau belum masak, berair bahagian atas, kukus lagi 5-15 minit tapi tanpa penutup. Boleh lap air yang bertakung di atas permukaan telur santan dengan tisu. Sedia dihidangkan.

Walaupun resipi di atas bukan original dari buku ‘Resipi Warisan Cik Siti Wan Kembang’ macam Che Puan Sofie, tapi bolehlah pakai dan rujuk sikit-sikit kalau teringat sangat air tangan mak di kampung! Ihsan resipi Tok Aji Serban DariDapur.com. Selamat mencuba!

Sumber: Instagram Che Puan Sofie Louise Johansson

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI