Nona kini berada di dalam aplikasi   
Nona kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Sukar Membaca & Menulis, Tapi Pesakit DISLEKSIA Sebenarnya KREATIF! Sama Seperti 4...

Sukar Membaca & Menulis, Tapi Pesakit DISLEKSIA Sebenarnya KREATIF! Sama Seperti 4 Selebriti Wanita Ini

Sebut sahaja disleksia, ramai yang sudah membayangkan reaksi seseorang membaca dan menulis secara terbalik. Secara saintifiknya, disleksia adalah gangguan kemampuan berkaitan membaca dan menulis yang menyebabkan individu terlibat tidak mampu melakukanya dengan baik.

IKLAN

Di Amerika Syarikat, dianggarkan 80 peratus daripada rakyatnya tidak mampu membaca dengan baik dan menderita disleksia. Meskipun ia berlaku dengan kerap dan meluas, gangguan disleksia bukan disebabkan perbezaan etnik, jantina mahupun taraf kehidupan. Ia boleh berlanjutan seumur hidup dan jika tidak diatasi boleh menjadi semakin parah.

Salah satu punca disleksia adalah keturunan. Kajian menunjukkan individu yang mempunyai sejarah disleksia berisiko lebih tinggi untuk mengalaminya. Ada ahli akademik menyatakan, pesakit disleksia tidak menggunakan bahagian otak kiri mereka untuk mengeja dan membaca sekali gus menghadapi kesukaran untuk menyambungkan sesuatu huruf membentuk perkataan dan sebagainya.

GEJALA YANG SERING DIALAMI PESAKIT DISLEKSIA

Kebanyakan mereka yang menderita disleksia terjadi ketika masih di usia muda. Antara gejala yang dikenal pasti adalah seperti berikut.

  • Mereka kreatif dan pandai
  • Sukar untuk membaca dan menulis
  • Petah berbicara
  • Memiliki tulisan yang buruk atau sukar dibaca
  • Bingung menulis dan membaca huruf, kata termasuk angka
  • Menghadapi masalah untuk membaca arah
  • Pendengaran yang lebih tajam
  • Khalayan yang kuat
  • Mempunyai masalah penglihatan

Mereka juga lazimnya mempunyai masalah dalam hubungan sosial kerana kurang rasa percaya pada diri dan depresi.

IKLAN

Sukar Membaca & Menulis, Tapi Pesakit DISLEKSIA Sebenarnya KREATIF! Sama Seperti 4 Selebriti Wanita Ini

LANGKAH UNTUK TANGANI

IKLAN

Tiada rawatan atau teknik khusus untuk menyembuhkan pesakit disleksia. Sebagai alternatif, ibu bapa digalak untuk mendaftarkan kelas khusus untuk membantu mereka.  Anak-anak yang menderita disleksia turut disarankan menemui ahli terapi bahasa dan membaca serta seorang psikolog-saraf. Paling penting, ibu bapa sentiasa memberi kata-kata semangat dan tidak berhenti mengajar mereka membaca, bertutur dan menulis dengan lebih baik setiap hari.

Antara selebriti wanita antarabangsa yang pernah mengalami masalah pembelajaran tetapi kini mencipta kejayaan dan dikenali ramai adalah Jennifer Aniston, Keira Knightley, Cher dan Salma Hayek.

Malah, Pengarah tersohor yang mengaut keuntungan berbilion ringgit hasil kutipan filem Box Office seperti Transformers iaitu Steven Spielberg juga merupakan salah seorang penghidap penyakit ini. Begitu juga Tom Cruise dan Orlando Bloom.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI