Hidup dalam sebuah negara yang aman daripada peperangan wajar disyukuri dengan penuh nikmat. Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan wanita dan kanak-kanak yang hidup dalam pelarian akibat peperangan yang melanda tempat tumpah darah.
Hidup dalam ketakutan dan sentiasa was-was dan tidak mempercayai orang di sekeliling. Lebih sedih lagi apabila melihat kanak-kanak terbiar tanpa menikmati keriangan seperti kanak-kanak yang lain dan tertinggal dalam pelajaran.
Sebagai seorang wanita yang prihatin terhadap keamanan negara, telah membawa Syafinaz Yunus bangun melakukan misi kemanusiaan di negara yang sedang bergolak.
Tidak mahu menoleh ke belakang kaki yang melangkah akan terus melangkah sehingga ke penghujung yang belum pasti masanya. “Terlalu banyak peranan yang boleh dimainkan oleh seorang wanita dalam setiap misi kemanusiaan.
Saya sendiri melalui pengalaman di Syria melihat seorang ibu sedang mengusung jenazah bayinya. Juga seorang ibu muda yang menangis kerana bayinya kelaparan akibat 3 hari tidak makan dan minum.
Selain daripada bantuan makanan, apa yang mereka paling perlukan adalah sokongan moral seorang wanita lain kepada mereka,” jelas Syafinaz yang bertugas di stesen TV Al-Hijrah sebagai pembaca berita dan pengacara program Analisis.
Ads
“Penderitaan yang mereka dilalui membuatkan ada yang berputus asa dengan kehidupan yang dilalui. Justeru mereka sangat perlukan motivasi daripada wanita lain untuk lebih kuat dalam meneruskan kehidupan.
Itu juga yang sering saya lakukan sewaktu di lapangan di negara perang. Saya akan peluk mereka, comfort them and tell them that they’re our inspiration. Kekuatan mereka adalah sumber inspirasi kita wanita seluruh dunia. Jadi mereka perlu terus kuat menghadapi ujian Allah ini. Itulah peranan seorang wanita kepada wanita lain lebih-lebih lagi di negara yang sedang bergolak,” tutur Syafinaz lembut.
Menurut Syafinaz, pegangannya ketika sedang melakukan misi kemanusiaan adalah kerana Allah SWT semata-mata. “Ini adalah sumbangan kecil saya sebagai ‘bekalan’ untuk dibawa pulang kelak.
Ads
Ini sahaja yang dapat saya bantu sebagai saudara seislam yang sedang dalam kesusahan. Selain itu ‘pedang’ yang boleh saya hunus untuk melawan pihak yang menzalimi mereka iaitu melalui penulisan. Melalui penulisan saya boleh menyampaikan kisah yang sebenar buat rakyat Malaysia.
Sehingga ke hari ini saya memperjuangkan dan membantu sehabis daya saudara Islam yang sedang dizalimi seperti di Palestin, Rakhine dan Syria.
Kalau diizinkan Allah SWT saya mahu membantu membebaskan Al-Aqsa daripada cengkaman mereka yang tidak bertanggungjawab,” kata Syafinaz bersungguh-sungguh. Tambah Syafinaz yang dapat dipelajarinya sepanjang terlibat dengan misi kemanusiaan adalah menjadi hamba yang bersyukur ketika menerusi misi-misi bersama Aman Palestin ke negara-negara perang.
Ads
Bersyukur dilahirkan sebagai umat Islam, bersyukur masih tinggal di negara yang aman, bersyukur dengan apa sahaja kurniaan-Nya tidak kira ujian mahupun rezeki. Namun, kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu kemanusiaan masih kurang. Masyarakat kita lebih gemar dengan isu sensasi berbanding ambil tahu apa yang sedang berlaku pada dunia Islam.
Menyingkap pengalaman ibu kepada seorang anak lelaki ini dalam misi kemanusiaan, “Pengalaman yang paling tak mampu saya lupakan apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Kem Yarmouk di Syria.
Melihat puluhan ribu saudara Islam dizalimi dan saudara Islam iaitu rakyat Palestin seakan mayat hidup kerana kebuluran disebabkan sekatan tentera Bashar Al-Assad. Dalam hati ketika itu bertanya, dimanakah perginya nilai kemanusiaan?
Nasihat saya jika ada wanita lain yang turut sama mahu meneruskan usaha kemanusiaan, teruskan niat murni itu. Banyakkan membaca isu-isu dunia dan kemanusiaan.
Dapatkan informasi berkenaan misi kemanusiaan di NGO yang diyakini kredibilitinya seperti Aman Palestin dan lain-lain,” tutur Syafinaz penuh semangat mengakhiri perbualan kami pada petang itu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suaranya tertahan, “Rafa dah kosong…” Meremang rasanya tatkala dengar sendiri cerita selebriti Lufya Omar tentang bumi P melalui sahabat karibnya Dr Mohanad AK.
Di sebalik kesibukan masa, ramai yang masih sudi melapangkan masa untuk berkumpul demi solidarit1 kemanusiaan. Terkini, jemputan ke majlis Bersamamu Rafa 2024 menemukan kami dengan selebriti jelita, Lufya Omar.
Tampil sopan berabaya, kecantikan ibu tunggal ini masih membuatkan setiap mata sejuk memandang. Orangnya mudah tersenyum, namun paling menyenangkan tentang Lufya adalah sifatnya yang cakna dan matang.
Kesempatan bercerita tentang isu Rafa, Lufya berkongsi kisah inspirasi seorang pensyarah asal P yang merupakan sahabat karibnya sejak 15 tahun lepas, Dr Mohanad AK.
Saban kali mengemas kini keadaan mereka dari P, Dr Mohanad turut menunjukkan situasi di Rafa yang dah kosong, bahkan meremang dibuatnya dengar cerita Lufya Omar tentang Dr Mohanad AK!
Turut merupakan wakil khas untuk Yayasan Nurjiwa milik biduanita Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dr Mohanad yang kini berada di negaranya banyak membuka mata rakyat Malaysia tentang realiti gen0sid di sana.
Dengarkan temu bual eksklusif Nona bersama Lufya ni, meremang dibuatnya..
SAHABAT KARIB
Lufya menceritakan kisah perjuangan Dr Mohanad AK, tentang kesedihan beliau yang baru saja kehilangan ibu tercinta serta tindakan tak berperikemanusiaan yang dilakukan di sana.
Dr Mohanad dikenali atas dedikasi dan pengorbanannya dalam membantu mereka yang memerlukan di kawasan konflik.
Perjuangannya bersama Yayasan Nurjiwa adalah contoh nyata keberanian dan semangat kemanusiaan yang tinggi. Lufya berkongsi keberanian sahabat karibnya Ketika memberikan bantuan perubatan dan sokongan moral kepada mangsa.
Melalui perkongsian ini, Lufya dan Dr. Mohanad AK berharap untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan solidariti dan persiapan menghadapi masa depan yang tidak menentu. Kisah mereka menjadi teladan untuk kita semua tentang nilai keberanian, pengorbanan, dan kepedulian terhadap sesama manusia.
Video ini diharapkan dapat menginspirasikan lebih ramai orang untuk terlibat dalam aktiviti kemanusiaan dan membantu mereka yang kurang bernasib baik, tidak kira di mana jua mereka berada.
Memang tidak dinafikan Sivasangari ialah atlet skuasy berjaya tanah air. Dalam usia 25 tahun pelbagai kejayaan membanggakan diraih jaguh sukan ini tidak hanya di dalam negara bahkan di persada dunia. Kemuncak kejayaan Sivasangari Subramaniam tahun ini adalah apabila dia berjaya merangkul kejuaraan London Squash Classic pada awal April lalu.
Sejak kemenangan itu atlet kelahiran Kedah ini disebut-sebut sebagai pengganti Datuk Nicol Ann David dan peminat sukan tanah air mula memberi perhatian kepada Sivasangari. Apa tidaknya, dia berjaya mengalahkan pemain ranking nombor 1, 2 dan 4 dunia untuk meraih kejuaraan London Squash Classic.
Sekaligus membolehkan Sivasangari menduduki tangga ke-13 dalam ranking Professional Squash Association (PSA) Tour World. Sebelum ini, dia berada di ranking ke-16 dunia.
Pencapaian itu pastinya menjadi detik terindah bagi Sivasangari kerana pada Jun 2022 dia terpaksa tarik diri daripada menyertai Sukan Komenwel Birmingham kerana terlibat dalam kemalangan.
Akibat daripada insiden tersebut, dia mengalami keretakan di bahagian muka dan tulang belakang serta menjalani pembedahan.
Sivasangari juga mengambil tempoh masa yang panjang untuk berehat dan sembuh daripada kecederaan itu selama beberapa bulan selain perlu memakai pendakap leher.
Terdahulu, Sivasangari menerusi hantaran di media sosial berkongsi kejayaan yang diraih sepanjang bergelar atlet.
“Pada tahun 2017, saya telah memenangi pingat EMAS bagi acara individu dan beregu campuran dalam SUKAN SEA Kuala Lumpur.
Pada tahun 2018 pula saya telah memenangi pingat PERAK dalam acara individu dan pingat GANGSA dalam acara berpasukan bersama pasukan saya di SUKAN ASIA Palembang. Saya ingat, itulah kenangan yang paling manis saya hadiahkan kepada negara sebagai seorang rakyat Malaysia.”
Berasal dari Sungai Petani, anak kepada Valli Nagappan dan Subramaniam Kaniappan ini mula bertanding secara serius ketika berusia lapan tahun. Sebelum menyertai sukan ini, Sivasangari pernah aktif dalam sukan taekwondo, badminton dan renang.
Dia berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 2019 untuk melanjutkan pengajian selepas menerima tajaan biasiswa di Cornell University. Kini dia bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda (dengan Kepujian) Komunikasi Sains dan selamat bergraduasi pada Mei 2023.
Dia juga mendapatkan bimbingan dan Latihan sukan skuasy daripada bekas lagenda skuasy Australia, David Palmer. Malah, menjadi pelajar universiti di Cornell pertama memenangi Individual National Championship dan dianugerah Ivy League Player of the Year.
Ketika Sukan Asia di Hangzhou, Sivasangari diberi penghormatan menjadi pembawa Jalur Gemilang di samping atlet Shah Firdaus bagi memimpin kontinjen Malaysia. Dia juga menerima Anugerah Khas di Anugerah Perdana Belia Negara 2023.
Pada tahun 2016, Sivasangari yang ketika itu baru berusia 17 tahun dianugerahkan pingat Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (ASK) daripada Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Anak Bukit.
Melihat kejayaan berterusan tersebut jelas terbukti Sivasangari kini atlet skuasy berjaya kebanggaan ramai rakyat Malaysia. Tahniah!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow, mewahnya dekorasi rumah milik pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya ni! Memang terpegun sungguh melihatnya.
Bermula dari pilihan perabot, susun atur, warna sehinggalah pada temanya seolah-olah berada di sebuah hotel mewah bertaraf lima bintang!
Baru-baru ini, Awal Ashaari yang merupakan seorang pelakon dan hos tanahair berkongsi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Selain koleksi foto ber’OOTD’ mereka sekeluarga, Awal turut berkongsi dekorasi rumah. Tenang dan segar je rasa bila melihat warna putih melatari segenap ruang rumahnya itu.
Video pendek berdurasi 18 saat yang dikongsikan itu memaparkan dekorasi rumahnya yang dihias cantik dengan perabot-perabot berjenama mewah termasuklah chandelier, pasu, aromaterapi serta gubahan bunga-bungaan dan pencahayaan di segenap ruang rumah.
Putih dan hitam menjadi warna dasar kepada kediaman mewah Awal dan Scha. So classy!
Betul-betul kena dengan personaliti dan jiwa pasangan yang terkenal dengan jolokan ‘ikon fesyen’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminat meluahkan rasa teruja dan kagum dengan keindahan dekorasi kediaman mewah Awal dan Scha.
Rakan-rakan artis tak ketinggalan turut meninggalkan komen. Malah, pelakon Janna Nick dilihat teruja dan bertanya secara spontan:-
Untuk info, Awal Ashaari dan Scha Alyahya sah bergelar suami isteri pada 4 Mei 2012. Kini usia perkahwinan bakal mencecah 11 tahun.
Semoga perkahwinan Awal dan Scha kekal bahagia bersama dua puteri mereka yang sangat comel iaitu Lara Alana (9 tahun) dan Lyla Amina (2 tahun).
Jom cuci mata tengok dekorasi rumah mewah Awal dan Scha.
Kredit Foto: IG Awal Ashaari, IG Scha Alyahya
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.