Kebahagiaan seorang isteri bukan terletak kepada kemewahan harta dan wang berjuta. Namun, rasa bahagia seorang isteri apabila suami yang dikahwini atas dasar cinta sentiasa berada di sisi di saat susah dan juga senang. Dipaksa berpisah walau atas dasar apa juga alasan, begitu merentap jiwa wanita yang bergelar isteri. Kekuatan wanita yang bernama Datuk Seri Dr. Wan Azizah ini memang tiada galang ganti.
Melihat linangan air mata yang membasahi pipi wanita tabah ini di saat pembebasan suami tercinta mampu menyentuh hati setiap wanita yang bergelar isteri. Hanya Datin seri seorang yang faham gejolak jiwanya selama hampir 20 tahun suami berada dalam tahanan politik.
Ads
Ads
15 TIP ISTERI SOLEHAH
Ads
1. Perkahwinan adalah sesuatu yang perlu dipertahankan sampai bila-bila. Bila ada masalah, cari penyelesaian. Jangan mudah putus asa!
2. Pilih seseorang yang lebih tua yang anda berdua percaya untuk dijadikan tempat rujukan bila ada masalah.
3. Jaga solat anda dan Allah SWT akan jaga perkahwinan anda.
4. Akui bila anda salah dan suami anda betul. Buang ego untuk menjadi punca perbalahan.
5. Bekerjasama dalam menjaga kerukunan rumah tangga.
6. Berkongsi suka dan duka. Jika sedang berduka jangan simpan dalam hati dan sentiasa ada masa untuk meluahkan perasaan.
7. Sentiasa bertolak ansur dalam mendirikan rumah tangga. Jangan berkira atau mengharapkan suami tahu peranan dirinya.
8. Apa pun yang berlaku, sentiasa letak Allah SWT sebagai yang utama.
9. Sabar adalah kunci kebahagiaan rumah tangga.
10. Dalam rumah tangga suami adalah syurga kepada isteri.
11. Jangan besarkan perkara yang remeh-temeh.
12. Jangan ungkit perkara yang sudah lepas.
13. Kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.
14. Ingat bahawa nak jadi isteri yang baik untuk mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
15. Suami bukan pembaca minda, jadi jangan harap dia sentiasa akan faham fikiran anda.
Sumber: Bercinta Selepas Nikah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak nekad melakukan penghijrahan pada lima tahun lalu, pada ulangtahun kelahiranya yang ke-38, pelakon cantik manis dan bertubuh kecil molek, Wan Sharmila yang lebih mesra dengan panggilan Lala semakin jarang muncul di kaca TV.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada menghadiri program serta majlis-majlis ilmiah keagamaan.
Selain, itu penampilan Wan Sharmila juga dilihat semakin sopan dan manis dengan jubah serta tudung labuh lengkap berstoking.
Masha-Allah memang sejuk mata memandang.
Terdahulu, tular penampilan Wan Sharmila yang berjubah hitam serta mengenakan niqab sewaktu menghadiri majlis ilmu baru-baru ini raih pujian warga maya.
Menerusi video yang dikongsi di akaun TikToknya, Wan Sharmila telah meluahkan rasa syukur kerana diundang untuk menghadiri majlis seperti itu.
Menurut Wan Sharmila, dia sebenarnya tidak ramai kawan tetapi Allah SWT hadirkan insan-insan yang baik dalam hidupnya kini.
“Saya tak ada ramai kawan. Tapi Dia Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa menilai pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila berada dalam majlis ilmu.
“Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah,” kongsi Wan Sharmila.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakannya memuji imej Wan Sharmila yang disifatkan sangat manis dan sejuk mata memandang.
“Ramai-ramai artis, suka tengok Lala ni. Dia punya vibe lain. Entahlah, tapi adore sangat. Moga dalam lindungan Allah selalu sis Lala.”
“Kita yang perempuan pun tengok macam ini boleh cair… jatuh sayang kat Wan Sharmila. Sejuk saja hati tengok dia.”
Semoga Wan Sharmila terus istiqamah dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Kagum dengan semangat usahawan wanita ini yang bagaikan tidak pernah lelah erti putus asa. Selepas berjaya mengusahakan produk kosmetik Sendayu Tinggi sejak tahun 1998 hingga sekarang, Bonda Rozita Ibrahim terus melakar pelbagai kejayaan baharu hari ini. Meninggalkan legasi Sendayu Tinggi kepada anak tersayang, kini tumpuan Bonda Rozita lebih terarah kepada servis hospitaliti berkonsepkan spa resort lebih dikenali sebagai Rumah Hutan Terapi Alam!
Dibuka kepada orang ramai sejak 2018, rata-rata tetamu yang pernah menginap di Rumah Hutan Terapi Alam amat berpuas hati dengan layanan dan servis yang diberikan. Pendek kata, tarikan dan keunikan Rumah Hutan Terapi Alam menjadi bualan ramai hingga ke hari ini.
Selaku pemilik Rumah Hutan Terapi Alam yang terbahagi kepada Rumah Hutan dan Rumah Sungai ini, Bonda Rozita bersyukur kerana minat dan usahanya menaik taraf tanah persendirian di Batang Kali, Selangor tersebut menerima sambutan hangat daripada pencinta alam semula jadi.
Sering berkongsi rutin dan aktiviti di kawasan eksklusif berkenaan, ibu kepada usahawan Dato’ Seri Aliff Syukri ini menjelaskan, “Rumah yang saya tinggal di Rumah Hutan adalah pembinaan yang pertama dibina pada 2016. Saya sangat sayang rumah ni dan kini saya buka kepada penginapan kerana saya sudah tinggal di Rumah Sungai Kampung Bubinga.”
Lebih istimewa, tidak sekadar menyediakan pakej penginapan yang mengetengahkan elemen tradisi Melayu, di sini juga terdapat pusat rawatan urutan tradisional.
“Rumah ni bersebelahan dengan Rumah Hutan dan tempat urut wanita. Terlalu istimewa kerana lokasinya yang sangat luas, best sangat mood terutamanya selepas hujan. Boleh nampak view Genting Highland dan sangat sejuk pada waktu malam, tak pasang aircond pun takpe! Perabot yang sangat mahal dan suasana bilik membawa mood sangat tenang rumah di puncak hutan yang nyaman.
Kawasan rumah ini caj penginapan lebih mahal kerana landskap, view, seni binanya. Ia tanah persendirian bukan untuk dilawati atau dibuka untuk public. Orang yang menginap di sini merasai pengalaman yang berbeza dengan kemewahannya tersendiri. Tanah persendirian dijaga sangat rapi dengan kos pembersihan, pemuliharaan sungai libatkan kos tinggi, batang kayu sampah-sampah berkutip setiap hari.
Landskap dan seni bina selfie spot sangat mahal. Kami sangat menjaga kualiti dan memasang pagar untuk privacy penginap,” kongsinya yang turut mengusahakan produk penjagaan dan kesihatan diri iaitu Jamu Ratu Malaya (JRM).
Bahkan pada awal-awal pembukaan Rumah Hutan Terapi Alam ini Bonda Rozita pernah dikunjungi usahawan kaya Singapura yang ingin membawa sejumlah pelancong menginap di sana. Bagaimana pun pelawaan tersebut ditolak secara baik kerana segala kemudahan dan infrastruktur ketika itu masih belum mencukupi.
Bonda Rozita Ibrahim sememangnya terkenal sebagai wanita yang berpandangan jauh dan sukakan cabaran. Namun pada hujung Oktober lalu dia mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki sekaligus mengehadkan pergerakan.
Menyedari kejayaan yang diraih hari ini menjadi inspirasi ramai wanita, Bonda Rozita turut berkongsi pesanan ini. “Pengalaman itu universiti kehidupan yang Bonda rasakan. Kejayaan tu bukan bentuk material atau status tapi cara kita mengawal emosi dan ketahanan diri melalui ujian hidup.
Cara Allah menyayangi kita bukan dengan mengurangkan masalah kita tapi dengan menguatkan iman kita! Walau sebesar mana gelombang masalah kita tetap bertahan tak akan menyerah. Cara Allah sayang kita maybe tak mudah jalan kita menuju sukses tapi dengan kesukaran tu nanti membawa kita semakin berkesan dan istimewa.
Hidup tu perjuangan, hidup tu sakit menjadi dewasa, hidup itu memenatkan supaya kita punya kekuatan! Perlu pengorbanan supaya kita tau kerja keras! Perlu air mata supaya ada sifat rendah diri, perlu dicaci supaya kita tahu rendah diri, perlu senyum untuk expresskan nilai syukur!”
Kredit: Instagram Bonda Rozita Ibrahim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejuk perut ibu mengandung! Kejayaan puteri cantik Ezzah Aziz Fawzy terima National Accounting Student Excellence Award (NASEA) baru-baru ini pastinya menjadi momen indah buat bekas personaliti televisyen berkenaan. Hadir menyaksikan majlis penganugerahan tersebut di samping suami tercinta, jelas terserlah wajah bahagia Ezzah.
Ezzah menerusi media sosial berkongsi detik gembira itu yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 12 Jun lepas.
Puteri bongsunya iaitu Alya Rezal Ahmad Rezal yang memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menerima National Accounting Student Excellence Award 2023 atas kecemerlangan dalam bidang akademik.
Ujarnya, “Terima kasih Malaysian Institute of Accountants (MIA) memilih Alya sebagai antara 17 penerima anugerah National Accounting Student Excellence Award (NASEA). Moga tercapai cita-citanya dan dapat memanfaatkan ilmunya kepada masyarakat.”
Majlis penganugerahan tersebut diadakan bersempena MIA International Accountants Conference 2024. Pada majlis itu, Alya anggun berbusana tradisi kurung dan bertudung polos coklat.
Difahamkan puteri Ezzah Aziz Fawzy ini melakar kecemerlangan bukan hanya dalam bidang akademik. Bahkan aktiviti kokurikulum termasuk di peringkat antarabangsa.
Sejak Ogos 2022 dan Januari 2023, Alya menghadiri lawatan pelajar ke Goodman School of Business di Brock University yang menerima tajaan penuh dari UMAP-Canada Scholarship.
Malah Alya juga menyertai program latihan praktikal sukarelawanan di PwC.
Ezzah mendirikan rumah tangga dengan suami, Ahmad Rezal Mohd Esa pada 5 Julai 1986. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Dr Fatin, Akif, Amanna, Farhan dan Alya.
Ibu jelita ini berkecimpung dalam arena penyiaran dan pernah bergelar pembaca berita, hos Nona, Wanita Hari Ini, Majalah 3 serta pengacara wanita Jejak Rasul.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sofea Shra curi perhatian apabila memakaikan Huda Kattan Baju Kebaya dalam acara eksklusif Huda Beauty sehingga busana tradisional Malaysia dipuji elegan dan eksklusif.