Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk sudah beberapa kali menyerang. Mula-mula makan pil tahan sakit hilang sekejap rasa sakit. Lama-kelamaan rasa sakit sudah tidak dapat dibendung lagi. Sakit bahagian belakang datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit. Adakah ini tanda-tanda penyakit batu karang?

Apabila batu karang mula berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub ureter, pesakit akan mengalami rasa sakit di bawah abdomen. Rasa sakit ini berhenti apabila batu karang tersebut berhenti bergerak. Ini yang menyebabkan rasa sakit itu timbul dan tenggelam.

IKLAN

Air kencing mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat dan berlebihan, ia akan menjadi keras umpama batu. Batu ini terbentuk apabila terdapat mendakan mineral dalam air kencing. Batu ini boleh membesar dan menyekat pengaliran air kencing sehingga menyebabkan jangkitan dan sakit.

Tanda mengidap batu karang;

  • Air kencing penghidap mengeluarkan darah.
  • Air kencing akan menjadi keruh dan berbau busuk.
  • Sering berasa mual dan muntah.
  • Sentiasa terasa hendak kencing.
  • Demam dan menggigil jika berlaku sebarang jangkitan.

Tabiat Makan Buruk & Jarang Bersenam Punca LELAKI Hidap BATU KARANG. Rawat Sekarang Kalau Jumpa Tanda-Tanda Ini

Jenis-Jenis

(a) Batu kalsium

Jenis paling lazim. Batu kalsium membabitkan dua bahan iaitu kalsium dan oksalat.

(b) Batu struvite

Disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

(c) Batu asid urik

Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisme protein.

(d) Batu sistein

Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Masalah batu karang ini kerap menyerang lelaki kerana sering mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Gaya hidup yang lelaki amalkan tanpa disedari mengganggu sistem buah pinggang mereka.

IKLAN

Pemakanan yang tidak seimbang sehingga berat badan berlebihan menjadi punca utama penyakit ini. Ditambah pula kurang melakukan senaman bagi mengekalkan gaya hidup yang sihat memburukkan lagi keadaan.

Lelaki lebih berisiko mempunyai masalah batu karang kerana jumlah otot yang lebih besar berbanding wanita. Saluran urin lelaki yang kompleks juga dikatakan punca batu karang lebih menyerang lelaki.

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Jika anda sering mengalami sakit di bawah abdomen adalah disarankan untuk menjalani ujian bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Malah jika terdapat ahli keluarga yang mengidap penyakit ini lebih baik melakukan pemeriksaan awal. Melalui ujian tersebut, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan. Pengesanan di peringkat awal boleh diselamatkan dengan rawatan segera.

Tabiat Makan Buruk & Jarang Bersenam Punca LELAKI Hidap BATU KARANG. Rawat Sekarang Kalau Jumpa Tanda-Tanda Ini

IKLAN

Terdapat dua jenis penyakit batu karang dalam tubuh manusia iaitu:

Batu karang dalam ginjal

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi.

Dalam kebanyakan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan gangguan kepada perjalanan aliran air kencing.

Ini boleh membawa kepada penyakit di mana kuman-kuman akan merebak. Gangguan atau kuman merabak akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.

Batu karang hempedu dalam hempedu

Batu karang hempedu adalah formasi seperti batu yang terbentuk di dalam pundi hempedu dan ditemui dalam pelbagai bentuk dan warna. Terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair.

Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak. Batu karang hempedu boleh terperangkap sepanjang duktus sistk atau duktus hempedu sesama apabila ia keluar daripada pundi hempedu. Hamizatul Maizan Mohamed

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI