Walau Al-Quran Dah Terkoyak, EZZATY ABDULLAH Tetap Selesa Mengaji Di Samping Anak!

Walau Al-Quran Dah Terkoyak, EZZATY ABDULLAH Tetap Selesa Mengaji Di Samping Anak!

Besar dugaan bila sudah bergelar seorang ibu. Hendak pergi ke mana saja pun mesti hendak bawa si kecil. Pendek kata, bawa masuk ke tandas pun sanggup asalkan keselamatan anak terjaga.

Mengintai kehidupan aktres comel, Ezzaty Abdullah yang menjadi ibu pada Disember tahun lalu nyata tak ubah seperti rutin harian ibu-ibu lain. Selain sibuk dengan kerjaya dan perniagaan yang diusahakan, isteri kepada Azwan Kombos ini tidak lupa menggalas tanggungjawab sebagai ibu.

Meskipun mengalami pelbagai pengalaman pahit antaranya terpaksa dibedah kerana menghidap Breast Abcess atau bengkak susu sewaktu awal kelahiran Harum Dalia.. namun Ezzaty tabah meniti perjalanan ‘indah’ ini di samping keluarga tersayang.

Terbaru, sebuah video yang dimuat naik Ezzaty bersama anaknya ketika sedang mengaji Al-Quran mencuri tumpuan pengikutnya di Instagram. Lengkap bertelekung dan memegang Al-Quran, amalan bintang KL Gangster Underworld ini yang cuba menyesuaikan Harum Dalia dengan bacaan ayat-ayat suci sememangnya wajar dijadikan ikutan.

“Dulu masa ibu mengaji, Harum duduk diam je. Sekarang sibuk nak belek juga Al-Quran sampai koyak dah Al-Quran ibu. Harap besar sikit lagi nanti sibuk nak mengaji sekali ye baby ibu.”

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Ezzaty amalkan rutin tersebut bahkan dia sudah mula memperdengar ayat suci ini kepada Harum sejak anak sulungnya itu baru berusia lima bulan.

Mengakui masih lemah dalam penguasaan tajwid dan sebagainya, namun rata-rata netizen yang menonton video Ezzaty mengaji Al-Quran menzahirkan rasa kagum dan sedia memberi suntikan semangat buatnya agar terus kekal ‘rapat’ dengan kitab suci ini.

Ezzaty dan Azwan Kombos sah bergelar isteri pada 16 Julai 2016. Hasil perkongsian hidup selama hampir dua tahun, pasangan selebriti ini dikurniakan seorang anak perempuan comel yang diberi nama Harum Dalia.

Sumber: Instagram Ezzaty Abdullah

Tahniah! Puteri Sarah & Syamsul Yusof, Hamil Anak Kedua

Tahniah! Puteri Sarah & Syamsul Yusof, Hamil Anak Kedua

Patut lar berseri-seri wajah Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang ditemui semalam semasa majlis pelancaran produk Jamu Mutyara milik Tya Ariffin yang berlokasi di Wow KL. Rupa-rupanya Syaikhul Islam Mohd Shamsul bakal menjadi seorang abang. Puteri Sarah sudah sebulan lebih mengandung anak keduanya ini.

Bercerita tentang kehamilan keduanya, Puteri Sarah tidak menyangka hamil kerana suaminya Syamsul Yusof, begitu sibuk dengan projek filem Munafik. “Sebenarnya saya dah start untuk hamil lagi sejak   Syaikhul 12 bulan. Saya terpaksa ceaser masa melahirkan dia dahulu sebab masa tu baby dah buang air besar dalam perut. Atas nasihat doktor saya akur untuk menunggu tempoh setahun untuk hamil.

Saya pun tidak mahu terlalu stres, kalau ada rezeki saya terima dan kalau tak ada tak mengapa. Saya risau juga dan berbincang dengan suami kerana umur saya pun dah 32 tahun. Risau juga kalau nak tunggu lama-lama. Alhamdulillah, rezeki yang tidak disangka-sangka dari Allah SWT, apabila saya disahkan mengandung. Syukur sangat!,” bicara Puteri Sarah penuh ceria.

Pelakon yang pernah membintangi drama Dunia Anita ini antara wanita yang beruntung kerana tidak mengalami fasa ‘mabuk’ yang melampau ketika mengandung. Menurutnya belum lagi diuji dengan fasa itu sepanjang tempoh kehamilannya ini. Namun ketika mengandungkan Syaikhul dahulu dia mabuk ketika bulan ketiga kehamilan dan berakhir dalam tempoh sebulan sahaja.

Ketika ditanya tentang jantina anak yang didamkannya kali ini, tuturnya, “Kalau ikut kata suami, dia mahukan semua anaknya lelaki,” ulas Puteri sarah sambil tertawa.

Bercerita tentang perkembangannya terkini, cerita Puteri Sarah, “Saya sekarang sibuk travel ke sana ke mari dalam rangka mempromosikan produk kosmetik terbaharu, Mattness by Shara. Alhamdulillah, walaupun kosmetik ini belum dilancarkan sepenuhnya, tetapi sudah mendapat sambutan di luar jangkaan. Produk ini telah berjaya menembusi pasaran Singapura dan juga Brunei.

Apa yang lebih menggembirakan selain berita kehamilan ini saya turut teruja apabila produk kosmetik saya bakal masuk ke setiap Pasar Raya Aeon seluruh negara. Sebenarnya saya dah lama nak buat produk kosmetik ini tetapi sekarang baharu dapat direalisasikan. Mungkin rezeki anak.

Apa yang lebih membanggakan apabila perjalanan Mattness by Shara ini tak ada bantuan suami dan 100 peratus atas usaha saya sendiri daripada segi modal dan operasi. Memang saya nak buktikan saya boleh buat sendiri.

Bagi saya mengandung bukan alasan nak duduk goyang kaki. Kalau dah kata rezeki mesti Allah SWT akan bantu. Saya kalau bekerja atau travel sentiasa bawa anak bersama. Sebab ayah dia sibuk, saya yang ada dengan Syaikhul selalu. Jadi saya tak nak kalau sibuk dengan urusan kerja terpaksa tinggalkan dia selalu.

Macam orang cakap sambil menyelam minum air, saya menikmati kualiti masa dengannya dengan pergi makan sama-sama atau kadang-kadang bawa dia pergi zoo. Suami telah memberi keizinan kepada saya untuk bergerak bebas untuk melakukan apa sahaja. Tapi suami selalu berpesan agar pandai jaga diri dan menjaga nama baik suami. Biasanya saya akan bawa mama sebagai peneman,” terang Puteri Sarah yang tidak akan berlakon lagi kecuali berlakon dengan produksi suami atau bapa mentua sahaja.

Kredit foto: Instagram @puterisarahliyana

 

 

 

 

Cara Berkesan BERSALIN Mudah Tanpa Koyakan & Jahitan, Yang Penting No.5 Tu Jangan Terlupa!

Cara Berkesan BERSALIN Mudah Tanpa Koyakan & Jahitan, Yang Penting No.5 Tu Jangan Terlupa!

Menjelang 9 bulan kehamilan, kebanyakan ibu pasti berasa cemas menunggu saat-saat untuk melahirkan permata tersayang khususnya yang pertama kali merasai pengalaman bakal melahirkan. Dalam pada masa rasa cemas tu, pasti ada sedikit rasa tak sabar untuk menatap wajah anak yang selama ini dikandung bukan? Tapi para ibu di luar sana harus ingat, bila tiba masanya bersalin tu pastikan segala barang kelengkapan untuk bersalin lengkap dan anda tahu tip proses melahirkan yang betul supaya proses tersebut dapat berjalan dengan lancar.

Rupa-rupanya, ada tip yang boleh membantu para ibu di luar sana untuk memudahkan proses bersalin tanpa sebarang koyakan. Jangan tak percaya, sebenarnya ada ramai wanita di luar sana yang berjaya menjalani proses bersalin tanpa koyakan dan jahitan! Anda hanya perlu tahu teknik meneran dengan cara yang betul da ini tipnya.

1. JALAN- JALAN SATU MALL

Patut lah selama ni pergi mall, selalu ternampak ibu yang tengah sarat mengandung masih lagi larat untuk pusing satu mall window shopping. Kadang-kadang terfikir juga, baik mereka duduk rumah saja rehatkan diri. Rupa-rupanya untuk memudahkan proses bersalin nanti. Tip ini sangat berkesan diamalkan tapi berhenti kalau rasa sakit ya. Tak pasal-pasal nanti terberanak pula dalam mall.

 

2. AIR SELUSUH

Air selusuh sangat sinonim dengan wanita hamil dan sudah hampir dalam proses kehamilan. Air ini dikatakan digunakan untuk melancarkan dan memudahkan proses kelahiran. Ada baiknya air selusuh ini disediakan oleh suami sendiri. Senang saja caranya, sediakan air masak atau air zam zam dan ikut langkah di bawah.

a) Baca Surah Al-Fatihah (1X)

Cara buat air selusuh

b) Bacakan Surah Al-Hasyr ayat 21-24cara buat air selusuh

c) Bacakan selawat Syifa’

tcara buat air selusuh

d) Bacakan doa Selusuh

cara buat air selusuh

Terjemahannya:

” Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.”
e) Bacakan doa pemudahdoa2-selusuh

Terjemahannya:

“Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin.

Kemudian, simpan air selusuh ini di tempat yang elok dan minum semasa masuk dalam labor room.

 

3. PASTIKAN MAKAN

Jangan sesekali biarkan perut anda kosong dan pastikan makan sebelum ke bilik bersalin untuk mendapatkan tenaga. Kalau tak ada tenaga macam mana nak meneran untuk keluarkan baby dalam kandungan. Nak meneran pun kena ada tenaga yang kuat. Cukuplah dengan makan roti atau telur rebus.

4. SENAMAN KAGEL

Senaman ini sesuai dilakukan ketika kandungan telah memasuki usia 7 bulan dan ke atas bagi tujuan untuk menguatkan otot pelvik. Senaman ini juga sangat ringas dan mudah dilakukan di mana-mana sahaja.

Caranya senang saja

a) Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing

b) Tahan selama 2 – 3 saat

c) Lepas tu, anda lepaskan perlahan – lahan dan rehat

d) Buat 25 kali setiap satu sesi. Anda boleh buat 3x sehari

e) Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.

 

5. MENERAN DENGAN BETUL KETIKA BERSALIN

Ketika merasakan kontraksi awal bersalin, nafas dalam-dalam melalui hidung dan keluarkan perlahan-lahan melalui mulut.

Tiba masa betul – betul nak teran, tarik nafas dalam – dalam ikut mulut dan lepaskan sekali nafas secara perlahan – lahan mengikut mulut juga. Ini bagi mengelakkan kepala bayi masuk kembali.

Paling PENTING, jangan sesekali angkat punggung anda bagi mengelakkan koyakan ketika bersalin. Bila dah sakit nak bersalin ni mesti kita akan lupa dengan petua ni. Tugas anda untuk mengingatkan suami anda tentang petua ni ketika meneran dan pada masa yang sama suami perlu bantu isteri.

Jiwa Penyayang SHARIFAH AMINAH, Tekad Besarkan 5 Anak Walau Bukan Dari Darah Dagingnya!

Jiwa Penyayang SHARIFAH AMINAH, Tekad Besarkan 5 Anak Walau Bukan Dari Darah Dagingnya!

Masuk tahun ini, sudah sepuluh tahun Sharifah Aminah Syed Mohssain bergelar ibu kepada lima orang anak. Secara luaran, tiada apa yang membezakan wanita berusia 39 tahun ini dengan ibu-ibu lain yang mempunyai anak kecil dan dalam masa sama sibuk dengan kerjaya masing-masing. Naluri keibuan yang terpancar pada wajah Sharifah Aminah menutupi segala kekurangan diri.

Realitinya, lima anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang itu bukan berasal dari darah daging Sharifah Aminah. Sebaliknya, mereka adalah anak angkat yang telah dijaga dengan sempurna oleh Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bandar Tun Razak itu sejak kecil lagi.

Dialah ibu dan dia jugalah bapa kepada lima anak bertuah Muhammad Mukhlis Daniel, 10 tahun; Muhammad Mohssain Danish, 9 tahun; Mysarah Aqeelah Wafaa dan kembarnya, Muhammad Aqeel Wafiyy, 8 tahun; dan Muhammad Aqmal Wafeeq, 3 tahun. Bayangkan tanpa bantuan insan bergelar suami dan menguruskan segala keperluan seorang diri Sharifah Aminah teguh mendepani hari mendatang.

Baginya, itu adalah kepuasan yang dicari selama ini. Berkongsi kasih bersama anak kecil yang memerlukan. Sungguh mulia!

Namun, tanggal 25 Disember tahun lalu… tugas yang digalas Sharifah Aminah selama ini dikongsi bersama lelaki bergelar suami. Selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan keluarga, Muhamad Anizan Kadir… wanita berjiwa penyayang ini mengakui hidupnya lebih sempurna sekarang.

Sharifah Aminah bersama suami tercinta, Anizan

“Niat untuk ambil anak angkat ini bermula secara kebetulan waktu hari jadi saya yang ke-29. Masa tu tahun 2008 apabila seorang sahabat baik datang ke rumah saya dan membawa bayi lelaki yang baru berusia 53 hari.

Memandangkan dia belum berkahwin dan tak ada rumah yang sesuai, saya bersetuju membiarkan bayi tersebut tinggal di rumah sementara menunggu dia cari rumah. Diam tak diam, enam tahun juga saya jaga bayi tersebut dan kemudian baru kawan jaga sepenuhnya.

Bila sudah selalu bersama dan tiba-tiba terpaksa berpisah, memang saya rasa sedih. Kalau dulu, setiap hari dia ada bersama tapi selepas kawan turut jaga anak pertama saya, Mukhlis, kami bergilir-gilir jaga. Sebab sedih tak dapat selalu jumpa, adik perempuan saya pergi carikan anak angkat yang baru pula untuk saya secara sah. Dari situlah, saya mula ambil anak angkat kedua dan seterusnya.

Masa anak ketiga sebenarnya majikan saya yang mahu mengambil anak angkat sebab dia belum dapat anak lagi. Tapi bila bayi sudah lahir, lain pula jadinya dan dia beritahu belum bersedia lagi. Tak mahu hampakan keluarga bayi tersebut, saya yang ambil dan jaga anak kembar mereka.

Ingatkan sampai situ saja, tapi rupanya ada lagi anak kelima yang kawan saya bawa seorang wanita sarat mengandung ke rumah pukul 2 pagi. Seminggu kemudian dia bersalin dan sama seperti kes sebelum ini, pasangan yang mahu ambil anak angkat mungkir janji. Jadi, saya ambil juga anak ini dan ibunya sekali untuk tinggal bersama.

Ambil anak angkat ini bukan mudah sebab banyak proses yang perlu dilakukan. Kita kena berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memaklumkan kita telah mengambil anak angkat, berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan menandatangani beberapa dokumen oleh ibu bayi terbabit sebelum diserahkan kepada kita. Selepas 2 tahun menjaga anak, baru secara rasminya proses pengambilan anak angkat berlaku.”

Membahasakan diri dengan gelaran Umi di hadapan anak-anak, Sharifah Aminah juga tidak terlepas daripada persepsi negatif masyarakat yang menganggap usaha murninya itu adalah semata-mata untuk melindungi status diri. Meskipun terkadang timbul sekelumit rasa benci dengan tohmahan khalayak, wanita cekal ini membulatkan hati untuk terus memperjuangkan nasib lima anaknya.

“Tak dinafikan saya terima banyak sangat feedback orang ramai. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang mengata serta menjaja cerita. Kononnya saya yang melahirkan anak ini dan terpaksa menyorokkan mereka kerana saya sudah berkahwin dan menjadi isteri kedua.

Saya tak mahu ambil peduli dengan cakap-cakap orang luar. Cukuplah ahli keluarga sokong dan menerima anak saya seperti darah daging sendiri. Alhamdulillah, semua anak saya disusukan adik perempuan saya. Jadi kepada wanita yang ada keinginan mengambil anak angkat; jaga, sayangi dan lindungilah mereka macam anak sendiri.

Jangan sesekali abaikan kerana mereka adalah amanah Allah untuk kita walaupun realitinya kita bukan insan yang melahirkan mereka ke dunia. Paling penting, ambil anak ini dengan prosedur yang betul dan sah di sisi undang-undang supaya nasib mereka terbela kelak,” pesannya.

Jangan Ambil Risiko Korbankan NYAWA Anak Anda, Ni Perkara Penting Sebelum Anak Dijaga Pengasuh!

Jangan Ambil Risiko Korbankan NYAWA Anak Anda, Ni Perkara Penting Sebelum Anak Dijaga Pengasuh!

Susulan pelbagai tragedi yang menimpa anak-anak di bawah jagaan pengasuh, pemilihan mencari pengasuh untuk menjaga anak kesayangan tidak seharusnya dipandang remeh. Mana tidaknya, kita harus menyerahkan si anak dengan seseorang yang kita belum pernah kenal. Tentu bermacam-macam hal bermain difikiran kita. Adakah selamat membiarkan anak dijaga pengasuh? Makanan apa yang diberi kepada anak? Dan sejauh mana kita harus memberi kepercayaaan kepada pengasuh untuk menjaga anak? Adakah kita perlu serahkan kepercayaan 110%? Iya lah, mereka akan bersama si anak lebih daripada separuh hari.

Bagi wanita yang berkerjaya, sememangnya tidak dapat dielakkan untuk menyerahkan tugasan menjaga anak kepada orang lain tidak kira sama ada kepada pengasuh mahupun taska. Mahu atau tidak, kita terpaksa meninggalkan anak untuk mencari rezeki. Kalau tempat kerja boleh bawa anak bersama-sama, seronok la kan?

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diambil kira dalam pemilihan pengasuh dan perlu diteliti dengan sebaik mungkin. Sebagai ibu dan ayah, kita harus memikirkan soal anak terlebih dahulu sebelum perkara lain. Ini antara beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu ayah terutamanya kepada pasangan muda yang baru pertama kali mendapat cahaya mata.

 

1. MELAWAT KAWASAN

Haa… ini penting. Sebelum menghantar anak terutamanya bayi yang masih kecil, perhatikan sekitar kawasan rumah pengasuh tersebut. Waktu pertama kali datang ke rumah, perhatikan kebersihan dalam rumah dan susun atur perabot. Ini kerana kebersihan rumah adalah sangat penting untuk seorang bayi. Kalau lantai berhabuk dan penuh berang-barang kecil bayi akan kutip dan makan saja apa yang dia nampak. Kalau rumah bersih, InsyaAllah pengasuh pun akan jaga anak kita dengan bersih. Pastikan juga susun atur perabut kurang bahaya untuk anak kecil.

 

2. KENALI LATAR BELAKANG PENGASUH

Sebelum habis maternity leave, pastikan anda dah survey dulu pengasuh-pengasuh pilihan untuk anak anda dan cuba berkenalan terlebih dahulu. Kemudian baru boleh pilih yang terbaik untuk menyerahkan tugasan menjaga anak anda. Selain bertujuaan untuk mengeratkan silaturahim, cara ini boleh membuat kita untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi terutamanya tentang latar belakang pengasuh termasuk siapa suami pengasuh tersebut dan adakah selama ini mempunyai pengalaman menjaga budak.

 

3. SARANAN DARI ORANG DIPERCAYAI

Jikan anda mendapat saranan daripada kenalan, jiran atau saudara-mara tentang pengasuh yang pernah menjaga anak mereka,ia adalah terbaik kerana ini membuktikan pengasuh itu mempunyai reputasi yang baik dalam penjagaan anak-anak. Namun, menjadi hak anda untuk menilai sendiri terlebih dahulu personaliti pengasuh tersebut.

 

4. BILANGAN ANAK DIBAWAH JAGAAN PENGASUH

Jika bilangan anak yang diasuh terlalu ramai, mungkin akan menyebabkan anak kita terabai. Pihak kerajaan juga ada menetapkan pengasuh hanya boleh menjaga tiga orang sahaja. Ini kerana menguruskan anak-anak ramai secara serentak adalah sukar. Dan pengasuh perlu mendapatkan bantuan suami atau anak-anak yang lain jika mahu menjaga lebih.

 

5. RUTIN HARIAN PENGASUH

Pastikan anda tahu rutin harian pengasuh anak anda untuk memastikan keselamatan anak anda. Adakah akan ada sentiasa ada orang di rumah untuk menjaga anak-anak. Pastikan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak anda pada setiap hari adalah perkara yang boleh membantu mereka dalam proses anak-anak untuk membesar dan selesa ketika berada di bawah jagaan pengasuh.

 

Semua ini adalah untuk keselamatan dan kebaikan anak anda. Jika anak berada di bawah jagaan orang yang dipercayai pasti kita dapat melakukan kerja dengan aman tanpa perlu risau tentang banyak perkara.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: