Tak Payah Susah-susah Nak Rambut Cantik Pakai Limau Nipis Jer

Tak Payah Susah-susah Nak Rambut Cantik Pakai Limau Nipis Jer

Limau nipis berkuasa merawat masalah rambut kerana kaya dengan sumber vitamin A dan C. Minyak yang terhasil daripada kulit limau nipis ini berfungsi sebagai agen yang terbaik untuk perawatan rambut. Boleh mula rawatan rambut dengan menggunakan air perahan limau nipis secara teratur. Sapu ke seluruh rambut dan kulit kepala dan biarkan. Lebih efektif jika dilakukan sebelum tidur dan dibiarkan sehingga keesokan harinya. Bangun tidur bilas dengan air sehingga bersih. Antara kebaikannya adalah;

Melebatkan rambut

Peredaran masa kini membuat manusia hidup sentiasa mengejar masa dan sering dihimpit dengan tekanan. Ditambah pula dengan pencemaran alam sekitar banyak mempengaruhi pertumbuhan rambut baharu sehingga menjadi punca rambut gugur dan lebih parah apabila menjadi botak. Walaupun berhijab tetapi masalah rambut yang semakin tipis boleh mengganggu emosi diri. Khasiat limau nipis boleh membantu masalah rambut gugur dan berupaya melebatkan semula rambut. Perahan limau nipis yang disapu ke atas kulit kepala berfungsi untuk menyuburkan kulit kepala dan tidak mengganggu tumbuhnya rambut yang baharu. Jika kerap menyapu perahan air limau ini, kesan perubahan lebih ketara. Namun, jika mempunyai masalah rambut menipis sehingga menyebabkan botak, lebih baik berjumpa dengan mereka yang pakar dengan masalah rambut. Selepas itu, baharu boleh sapu produk penumbuhan rambut baharu yang terbaik. Jika mahu mendapat kesan yang drastik boleh melakukan rawatan pemindahan rambut.

Menghilang kelemumur

Masalah kelemumur adalah suatu yang biasa buat semua wanita termasuk wanita berhijab. Jika rambut dibiarkan berhari-hari tidak bersyampu, kelemumur mudah menempek di atas kulit kepala. Sebenarnya kelemumur adalah tompok putih berada atas kulit kepala yang dihasilkan daripada pengelupasan kulit mati secara berlebihan. Sel kulit mati ini tidak stabil dan menjadi warna putih dalam jumlah yang banyak. Rasa gatal pada kulit kepala sangat mengganggu kerana asyik menggaru. Rasa tidak puas hati timbul apabila sukar menggaru di atas hijab. Menyapu perahan limau nipis di atas kulit kepala dan rambut merupakan alternatif untuk menyingkirkan kelemumur. Ini kerana kandungan vitamin C dan B5 mampu mengurangkan minyak yang berlebihan serta kotoran yang hinggap di atas kulit kepala. Kadang-kadang sejurus selepas meletakkan perahan limau nipis ini kadang-kadang menimbulkan rasa pedih di atas kepala. Rasa pedih ini timbul mungkin kerana terdapat luka-luka kecil di atas kulit kepala akibat menggaru terlalu kasar.

Merangsang pertumbuhan rambut

Masalah rambut biasanya terjadi apabila kulit kepala mengalami iritasi dan berminyak. Masalah semakin bertambah apabila anda tidak rajin untuk membersihkan rambut dan kulit kepala. Apabila minyak dan sel-sel kulit mati bertompok di atas kulit kepala akan mengganggu pertumbuhan rambut yang baru. Pertumbuhan rambut baharu ini juga terbantut apabila anda kulit kepala sensitif terhadap produk yang digunakan. Sekali lagi vitamin C yang terkandung dalam limau nipis sangat bermanfaat untuk menyingkirkan lebihan minyak dan kelemumur di atas kulit kepala demi membenarkan pertumbuhan rambut yang baharu.

 

Nak Kurus Tapi Malas, Buat 30 Hari PLANK CHALLENGE Ni!

Nak Kurus Tapi Malas, Buat 30 Hari PLANK CHALLENGE Ni!

Sebenarnya tidak susah untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal tanpa perlu melakukan diet berat dan rutin senaman yang sukar. Cukup dengan melakukan senaman dengan cara yang betul dan konsisten pasti impian untuk memiliki tubuh badan persis model runaway tercapai! Senaman plank adalah salah satu contoh senaman paling mudah untuk anda yang inginkan pinggang ramping dan kempiskan perut buncit sekaligus mendapatkan bentuk badan yang ideal.

Selain itu, senaman plank juga sangat sesuai terutama bagi wanita yang merungut kerana tiada masa atau tiada ruang dan tempat yang sesuai untuk bersenam, cara ini juga dapat memberikan kesan dalam pembakaran kalori anda. Malahan, kesan mengamalkan senaman plank ini juga sangat bagus untuk memperkuatkan semua kumpulan otot teras dan support tulang belakang anda. Lagipun, senaman plank sangat efektif dan boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan paling penting tanpa menggunakan sebarang peralatan.

 

KELEBIHAN PLANK

1. Plank juga membakar lebih lemak daripada senaman ringan yang lain dan memberi impak pada sistem saraf yang sangat baik untuk mood anda sekaligus meningkatkan semangat untuk bersenam. Senaman ini juga sesuai untuk anda yang ingin mengurangkan ketekanan.

2. Meningkatkan kada metabolisma dengan hanya senaman ringkas kerana terdapat lebih dari 1 otot yang terlibat semasa melakukan plank.

3. Memperbaiki postur tubuh anda kerana senaman plank boleh membaik pulih struktur badan dengan memberi keseimbangan yang diperlukan apabila otot abdomen sudah kuat. Tambahan pula, flexibiliti badan dapat ditingkatkan dengan menarik seluruh kumpulan otot posterior seperti bahu, tulang belikat, selangka, dan meregangkan otot hamstring serta seluruh kaki.

 

Follow jadual ini kalau anda baru saja mahu mula melakukan senaman plank. Syaratnya, lakukan secara konsisten, jaga permakanan anda dan amalkan gaya hidup yang sihat. Ini lah masanya untuk meregangkan kembali otot-otot anda yang sudah lama ‘berehat’ tu.

OSTEOPOROSIS Tidak Kira Peringkat Umur, Jadi Wanita Aktif Untuk Elak Masalah Ni!

OSTEOPOROSIS Tidak Kira Peringkat Umur, Jadi Wanita Aktif Untuk Elak Masalah Ni!

Sekurang-kurangnya 74% daripada rakyat Malaysia hari ini mengamalkan gaya hidup sedentari. Peratusan ini sememangnya cukup mengejutkan serta membimbangkan. Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gaya hidup sedentari?

Gaya hidup sedentari merupakan amalan hidup tanpa aktiviti fizikal atau kurang melakukan aktiviti fizikal. Kebanyakan masa dihabiskan dengan duduk, menonton televisyen, menggunakan komputer dan tidur. Penggunaan mesin dan sistem automasi yang semakin meningkat di dalam kehidupan harian mengurangkan keperluan untuk kita melakukan aktiviti fizikal. Teknologi moden  abad yang ke-21 membolehkan kita melakukan hampir segala-galanya dengan hanya menekan butang.  Meskipun ia menyenangkan hidup kita namun kemudahan ini membawa kesan yang kurang sihat.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II melaporkan bahawa hanya 11.6% daripada responden dewasa di Malaysia kerap melakukan aktiviti fizikal secara  bersenam dengan secukupnya. Kajian selanjutnya mendapati bahawa rakyat dewasa Malaysia menghabiskan sekurang-kurangnya 41% daripada hari mereka dengan duduk serta 33% lagi dengan tidur atau berbaring. Ternyata, angka ini amat membimbangkan. Meskipun terdapat usaha yang ketara oleh rakyat Malaysia untuk mengamalkan tabiat yang sihat, hakikatnya usaha ini tidak mencukupi untuk melindungi mereka daripada kesan negatif gaya hidup tanpa aktiviti fizikal dan pemakanan tidak seimbang.

 

PUNCA OSTEOPOROSIS

Gaya hidup sedentari boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan yang serius dan melemahkan badan antaranya ialah penyakit kardiovakular, obesiti atau kegemukan serta diabetes. Di samping itu juga, ia telah dikenalpasti sebagai faktor risiko keempat bagi kadar kematian global. Bagaimanapun, tahukah anda bahawa gaya hidup sedentari juga boleh menyumbangkan kepada masalah tulang yang lemah?

“Tulang kita adalah tisu hidup. Sungguhpun ia nampak keras, tulang kita sentiasa melalui proses penguraian dan pembinaan semula,” kata Dr. Chin Chee Howe, Pakar Perunding dan Pembedahan Ortopedik dan Trauma di Gleneagles Kuala Lumpur dan Advanced Neuroscience and Orthopaedic Clinic.

Gaya hidup sedentari tidak membantu kesihatan tulang. Kita perlu mula mengambil langkah untuk melindungi tulang sejak dari muda sebaik-baiknya sebelum jisim tulang mencapai puncaknya. Proses pembentukan semula tulang menggantikan tisu yang mati atau rosak membolehkan kita untuk hidup sihat dan aktif.

Kekurangan jisim tulang yang berterusan boleh mengakibatkan osteoporosis iaitu satu proses yang tidak boleh dikembalikan. Hasil penyelidikan Fonterra yang dijalankan secara berterusan untuk pelbagai kempen komunikasinya mendapati bahawa wanita Malaysia memandang ringan terhadap masalah kemerosotan tulang. Bagaimanapun, ramai yang tidak sedar bahawa tanggapan ini boleh membawa kesan pada masa depan.

Wanita Malaysia yang lebih muda terus percaya bahawa kemerosotan tulang adalah satu keadaan yang hanya dialami oleh orang tua. Kebanyakannya menunggu hingga melihat tanda amaran atau merasai kesakitan sebelum mengambil tindakan. Satu-satunya cara untuk melindungi tulang kita ialah mengamalkan diet seimbang dan gaya hidup sihat. Bersenam secara sederhana, mengamalkan tabiat makan yang sihat dan memastikan keperluan kalsium harian dipenuhi.

 

PRODUK TENUSU

Aktiviti fizikal penting untuk membina dan mengekalkan jisim tulang serta membolehkan kita meregangkan dan menggunakan potensi tulang sepenuhnya. Melalui aktiviti fizikal kita dapat mencergaskan badan dan mencerdaskan mental. Selain aktiviti fizikal, pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari juga penting. Selain susu berkalsium tinggi, yogurt dan keju juga kaya dengan kalsium. Ambil vitamin D secukupnya bagi membantu penyerapan kalsium dalam badan.

Menjelang tahun 2050, lebih daripada 50% keretakan tulang pinggul diramalkan berlaku di Asia. Jumlah keretakan tulang pinggul akan meningkat disebabkan populasi penduduk yang kian meningkat. Kos keseluruhan untuk merawat keretakan tulang disebabkan oleh osteoporosis juga semakin meningkat. ,Kemerosotan tulang adalah proses sepanjang hayat. Amalkan gaya hidup dan tabiat makan yang sihat sejak awal. Sudah tiba masanya untuk anda bangun dari sofa dan mula mengambil langkah proaktif untuk melindungi tulang. Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati.

Oh, Ini Sebab 4 Wanita Ni Maintain Cantik & Bertenaga Je. Tak Nampak Macam Umur 40an Langsung!

Oh, Ini Sebab 4 Wanita Ni Maintain Cantik & Bertenaga Je. Tak Nampak Macam Umur 40an Langsung!

Age is just a number. Mungkin ada yang beranggapan apabila usia semakin meningkat, soal penampilan tidak diberi perhatian khusus. Tanggapan itu ternyata meleset kerana soal penampilan diri sememangnya menjadi elemen utama yang diberi perhatian oleh kebanyakan wanita. Tidak kira berapakah usia, soal penampilan menjadi penanda aras untuk menaikkan keyakinan diri di samping menjadi wanita lebih berketerampilan dan yakin berhadapan dengan pelbagai situasi.

 

Nama: Sue Lastri Maun

Umur: 44 Tahun

Pekerjaan: Suri Rumahtangga

 

Sejauh mana keprihatinan anda terhadap kecantikan?

SUE LASTRI: Saya amat mengambil berat soal kecantikan tubuh badan dan wajah. Saya beri perhatian pada setiap inci tubuh badan. kalau terlebih lemak, terkering, terkusam saya akan cepat mengambil langkah membaikpulih keadaan itu. Begitu juga dengan kecantikan wajah.

 

Rahsia anda kekal cantik di usia 40an?

SUE LASTRI: Saya bukanlah cantik sangat. Namun tidak saya sangkal masih terlalu ramai juga yang belum masuk 40an sudah tidak menjaga kecantikan diri. Saya melakukan aktiviti kecergasan dengan berjogging sejauh 6km setiap hari atau sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Saya akan memastikan diet yang seimbang, tidur yang cukup, amalkan rutin penjagaan wajah dan sentiasa berfikiran positif.

 

Bagaimana rutin kecergasan dan gaya hidup mempengaruhi kecantikan anda?

SUE LASTRI: Bagi saya kesihatan itu adalah kecantikan. Apabila kita selalu melakukan aktiviti kecergasan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat ia akan meningkatkan kualiti kehidupan kita.

 

Nama:  Azlina Abdul Aziz 

Umur:  42 

Pekerjaan:  Surirumah 

Sejauh mana keprihatinan anda terhadap kecantikan?

AZLINA: Bekerja di dalam bidang perhotelan bahagian jualan dan korporat selama 15 tahun sekaligus menyebabkan saya amat menitik beratkan penampilan kerana ia memerlukan saya keluar berjumpa dengan pelanggan korporat setiap hari. Tidak biasa keluar rumah jika tidak bersolek dan berkasut tumit tinggi, mungkin kerana sudah biasa.

 

Rahsia anda kekal cantik di usia 40an

AZLINA: Saya percaya bangun tidur di awal pagi adalah kunci untuk kita kekal segar dan cantik.

 

Bagaimana rutin kecergasan dan gaya hidup mempengaruhi kecantikan anda

AZLINA: Kerjaya di bidang perhotelan bahagian Corporate Sales selama 15 tahun semestinya banyak mempengaruhi penampilan harian. Oleh itu, sekarang saya akan pastikan pengambilan makanan harus mengikut waktu.

 

Nama           :         Nik Faizah Nik Mahmood

Umur           :         44

Pekerjaan    :         Pengurus Transformasi

Sejauh mana keprihatinan anda terhadap kecantikan?

NIK FAIZAH: Saya lebih kepada keprihatinan terhadap kesihatan kerana yakin bahawa kecantikan bermula dari tubuh badan yang sihat. Gaya hidup sihat dan pemakanan yang sederhana adalah di antara faktor utama bagi memastikan berat badan yang tidak berlebihan.

 

Rahsia anda kekal cantik di usia 40an?

NIK FAIZAH: Utamakan kesihatan dan sentiasa aktif dalam aktiviti bersukan. Pemakanan yang sederhana di antara faktor utama, walaubagaimana pun saya juga gemar fast food dan makanan mamak yang agak sukar dielakkan. Buah-buahan juga penting di dalam diet seharian dan saya juga akan makan ulam-ulaman yang dipercayai mempunyai khasiat yang boleh mengekalkan kecantikan walaupun di usia 40an.

 

Bagaimana rutin kecergasan dan gaya hidup mempengaruhi kecantikan anda?

NIK FAIZAH: Saya akan cuba meluangkan masa untuk berlatih berlari dengan rakan sepejabat setiap minggu di sekeliling blok pejabat atau di taman yang berdekat. Saya juga mula mengamalkan penggunaan tangga dan kurangkan penggunaan lif. Di hari minggu, saya akan cuba slow jog sekurang-kurangnya 4 – 5km jika tiada acara larian pada minggu tersebut.

 

 Nama: Aliya Zulaikha Alias

Umur: 44 tahun

Pekerjaan: Executive Vice President, Enterprise Risk Management

 

Sejauh mana keperihatinan anda terhadap kecantikan?

ALIYA: Sebagai seorang wanita, sudah tentu saya menitik beratkan soal penampilan diri. Saya sentiasa cuba untuk memastikan supaya tatarias wajah dan pakaian sentiasa kemas serta sesuai dengan tempat, keadaan dan majlis.

 

Rahsia anda kekal cantik di usia 40an?

ALIYA: Sentiasa aktifkan diri dengan pelbagai aktiviti sukan dan gembirakan diri bersama keluarga dan teman rapat.

 

Bagaimana rutin kecergasan dan gaya hidup mempengaruhi kecantikan anda?

ALIYA: Saya amat menitikberatkan rutin kecergasan untuk memastikan saya sentiasa bertenaga. Saya ke gym setiap minggu untuk train bersama personal trainer yang melibatkan weight-training untuk memastikan kecergasan tulang. Selain dari itu, saya juga melakukan senaman yoga di rumah ataupun di studio.

Jiwa Lasak LINDA ONN, Kembali Aktif Bersukan Lepas 4 Bulan Bersalin! Menang Tournament Pula Tu

Jiwa Lasak LINDA ONN, Kembali Aktif Bersukan Lepas 4 Bulan Bersalin! Menang Tournament Pula Tu

Wow, kagum tengok semangat Linda Onn. Barangkali kerana terlalu rindu hendak buat aktiviti lasak dan bersukan, penyampai radio popular ini akhirnya bersetuju untuk menyertai kejohanan badminton Grand Asian Celebrity Charity 2018 baru-baru ini. Lincah betul aksi Linda yang bergandingan bersama kakak kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Saida Tarudin di gelanggang. Memang mantap!

Bertemu aktres cantik, Faye Khusairi dan Shakilla Khoriri pada pusingan final, Linda dan Saida terpaksa akur sebagai penyandang tempat kedua dalam kejohanan tersebut. Mungkin rezeki tidak berpihak kepada mereka tapi apa yang pasti stamina dan kecergasan ibu kepada Ungku Zara ini menjadi inspirasi buat wanita di luar sana untuk tampil aktif dan sihat sepertinya.

Di sebalik kejayaan tersebut, Linda turut berkongsi pengalamannya bermain badminton ketika masih bergelar pelajar sekolah suatu masa dulu. Ada ‘sejarah’ sendiri rupa-rupanya.

“Linda memang suka badminton. Pernah jadi wakil sekolah acara beregu dan menang. Pernah join pasukan badminton untuk belajar jadi pemain profesional. Sebab waktu tu takde pemain pro wanita yang menyerlah kat Malaysia ni. Cuma Linda kena stop berlatih sebab ayah tak kasi pakai seluar pendek. Syaratnya kena pakai seluar pendek time tu. So, sekian sajalah cita-citaku untuk bergelar pemain pro.

Baru hari ni dapat upload video. Swipe left for more videos. First sekali, Linda berterima kasih kepada YKAT dan Datuk DJ Dave sebab sudi ajak Linda masuk tournament Grand Asian Celebrity Charity 2018. Kedua, Linda sangat2 happy sebab time datang ke court pagi tu, memang Linda tercari2 Foo Kok Keong. Maybe generasi muda sekarang tak kenal siapa dia. Tapi zaman Linda umur belasan tahun dulu, memang nama Foo Kok Keong ni tak asing lagi. Linda memang follow match badminton time budak2 dulu. Dan yang lebih membanggakan ialah Foo Kok Keong sendiri kalungkan Linda pingat pada hari tu. Lucky seyyy. Linda memang suka badminton. Pernah jadi wakil sekolah acara beregu dan menang. Pernah join pasukan badminton untuk belajar jadi pemain professional. Sebab waktu tu takde pemain pro wanita yang menyerlah kat Malaysia ni. Cuma Linda kena stop berlatih sebab ayah tak kasi pakai seluar pendek..hehe.. Syaratnya kena pakai seluar pendek time tu. So, sekian saja lah cita2 ku untuk bergelar pemain pro. Dah time sekarang ni lah dapat rasa macam professional player dengan penonton bersorak bagai kat tepi court bagi sokongan hahaha..dengan kamera bagai. Dapatlah jugak merasa. So, dapat tempat kedua. Faye Kusyairi adalah lawanku. Terer dia ni. Dah mak ayah dia coach kan. Anak pun mestilah terer. Tak padan baru lepas beranak. hehe..Anyway, nice game sis! OK, sambung cerita kat next post plak eh.

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7) on

Linda ni kalau suka sesuatu, I will take things seriously. Linda minat badminton, so I wanted to be a professional player for Malaysia. Tapi sebab takleh pakai seluar pendek, ayah suruh berhenti berlatih, kena ikutlah cakap ayah. Then, Linda terpilih untuk sertai SUKMA dalam Taekwando. Eh, sir coach tak kasi pulak, katanya .. ‘No, u got asthma’. Last-last jadi je lah wakil sekolah. Banyak juga bawa balik pingat sukan sama ada wakil rumah atau wakil sekolah.. taekwando, badminton, lompat tinggi, lompat jauh, ping pong, lempar cakera.. lari je tak sebab semput.”

 

Patutlah selama ni Linda Onn langsing dan cantik, aktif orangnya. Sepanjang mengenali personaliti ini pun, memang Linda cukup dikenali sebagai antara selebriti wanita yang sukakan adrenaline rush. Selain suka Muay Thai dan berbasikal, pemilik restoran My Mom Chicken Rice ini juga gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Jadi lepas ni kalau nampak Linda kembali dapat susuk tubuh langsing.. tahulah apa rahsianya, kan?

Sumber: Instagram Linda Onn

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: