Raut wajahnya cantik dan susuk tubuh Shilpa Shetty Kundra pun tidak ubah seperti anak dara, kekal langsing! Bergelar isteri kepada Raj Kundra, Shilpa cecah usia 48 tahun pada 8 Jun depan dan ibu kepada 2 anak comel.
Apalah agaknya rahsia Shilpa sampai boleh sentiasa tampil anggun seperti zaman bujang dulu.
Lepas diselidik dan meneliti gaya hidup Shilpa, rupa-rupanya jelitawan ini cukup disiplin soal pemakanan dan rutin senaman. Malah, aktres jelita India ini juga ada menerbitkan buku resipi ‘The Diary of A Domestic Diva’ yang memaparkan 90 jenis resipi sihat.
Sudahlah berbakat dalam bidang lakonan, di dapur pun dia lincah beraksi. Ada bermacam-macam jenis sajian dikongsikan Shilpa dalam rangkaian media sosial Youtube, Facebook, Instagram dan Twitter di bawah nama ‘The Shilpa Shetty’.
Jadi, buat wanita yang sedang berusaha menurunkan berat badan dan mahu menjalani gaya hidup sihat, anda patut jadikan Shilpa Shetty sebagai inspirasi dan ikuti platform media sosial berkenaan.
Sesekali, bolehlah cedok resipi sihatnya sebagai diet harian. Confirm dengan usaha gigih dan komited, anda pun mampu milik tubuh ideal sepertinya.
Ads
Antara sajian yang pernah dihasilkan Shilpa termasuk Mushroom Bruschetta, Vegan Pumpkin Curry & Rice, Nutrition Bar, Chickpea & Sweet Potato Chaat dan sajian pencuci mulut Baked Karanji.
Mencungkil lagi rahsia kecantikan, dia juga tekun mempelajari rutin senaman baru dan kardio terutamanya melibatkan senaman yoga. Kini petua kecantikan Shilpa Shetty bukan lagi rahsia.
Asalkan konsisten bersenam dan menjaga pemakanan, impian memiliki tubuh idaman berada dalam genggaman.
Ads
Kalau tengok media sosial The Shilpa Shetty, ia umpama medium gaya hidup sihat yang sarat dengan pelbagai rutin senaman, pilihan menu berkhasiat dan sisi hidup Shilpa di samping keluarga tercinta.
Dalam kalangan peminat Bollywood, kekayaan yang dimiliki Shilpa Shetty bukan lagi perkara asing. Suaminya iaitu Raj Kundra merupakan usahawan kelahiran British yang menjalankan pelbagai pelaburan termasuk kelab kriket dan seni bela diri.
Raj berkahwin dengan Shilpa pada tahun 2009 dan sepanjang 14 tahun melayari rumah tangga, mereka dikurniakan anak lelaki, Viann Raj Kundra yang kini berusia 11 tahun dan Samisha Shetty Kundra yang lahir pada 2020 menerusi ‘ibu tumpang’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita dan lipstik memang tidak dapat dipisahkan. Jika anda mengaku sebagai beauty lover maka wajib menyimpan paling tidak sebatang lipstik di dalam tas tangan.
Memiliki lebih daripada satu warna lipstik memang sangat diperlukan kerana ia perlu padan dengan baju yang dipakai. Setiap warna juga memiliki efek yang berbeza dalam penampilan.
Sebelum itu kita perlu semak jenis lipstik yang perlu dipakai. Bagaimana memilih lipstik tahan lama di bibir dan bagaimana pula ingin bibir tampil penuh? Setiap lipstik mempunyai bentuk dan kelebihan yang berbeza.
(a) Lipstik Matte
Lipstik jenis ini biasanya didatangkan dalam bentuk batang. Lipstik jenis matte memiliki warna yang solid dan berbagai. Kebiasaannya lipstik jenis ini tidak berkilat dan hanya memiliki sedikit pelembap.
Bagi memelihara kelembapan bibir elok menyapu pelembap bibir terlebih dahulu sebelum mengoles lipstik di bibir. Lipstik jenis ini memiliki kelebihan tahan lama sepanjang hari sehingga tidak perlu sering menambahnya.
(b) Lipstik Satin
Kewujudan lipstik jenis satin ini hampir sama dengan jenis matte. Cuma lipstik jenis satin mempunyai tekstur yang berkilat dan mengandungi pelembap yang lebih banyak berbanding lipstik matte. Lipstik jenis ini tidak melekit dan sangat popular kerana tidak perlu gusar bibir kering selepas dioles.
(c) Lipstik Glossy
Bentuk lipstik jenis glossy ini tidak padat serta mempunyai tekstur cair dan kental. Mempunyai warna yang pelbagai dan memberi efek berkilat. Terdapat juga lipstik jenis ini disertakan sekali glitter untuk kesan yang ketara.
Kelebihan lipstik jenis ini memberi efek bibir kelihatan penuh dan seksi. Cuma perlu berhati-hati kerana lipstik ini mudah melekat apabila tersentuh. Selain itu, ia tidak tahan lama dan perlu sering mengoles jika sudah hilang dari bibir.
(d) Pensel bibir
Pensel atau pengalit bibir berfungsi untuk membingkai bibir agar boleh melukis bentuk yang dikehendaki. Tidak semua orang memiliki bibir yang sempurna maka pensel bibir boleh menebalkan bibir yang nipis dan simetri bibir jika tidak sempurna.
Setelah melukis bibir sapu lipstik agar tampil semakin cantik dan bergaya. Jangan sekali-kali tidur tanpa membersihkan lipstik di bibir.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alahai, comelnya buah hati Mawar Karim ini! Makin menginjak usia makin terserlah kecomelan Wan Maryam. Melihat wajah terkini anak tunggal usahawan Tudung Fareeda berkenaan jelas kelihatan Maryam seorang kanak-kanak yang membesar sihat dan ceria.
Sebagai ibu, Mawar juga tidak terkecuali seperti ibu bapa lain yang gemar berkongsi telatah anak tersayang di media sosial. Malah rata-rata followers setia terhibur dengan sikap buah hati Mawar ini yang pandai bergaya.
Tidak kira apa jua perayaan, pasti terselit aksi Maryam di samping ibu kesayangan.
Terbaharu, Mawar memuat naik gambar memaparkan dirinya menyambut ulang tahun kelahiran Maryam yang keenam pada 29 Disember lepas.
Tidak ketinggalan menitipkan doa dan ucapan sempena hari lahir ialah bapa Maryam, Fizo Omar. Dalam perkongsian di media sosial, aktor ini mengimbau momen ketika anak sulungnya itu berusia dua tahun.
Anak kelahiran Pulau Pinang ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar namun berpisah selepas enam tahun bergelar suami isteri. Hasil perkongsian hidup, dia dikurniakan Wan Maryam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lepas main course, mulut ni masih lagi nak mengunyah. Niat hati nak kurangkan berat badan tapi bila asyik nak mengudap, terus hilang niat asal untuk kurus. Jangan bimbang, snek untuk kurus banyak dan mudah di dapati. Pilih yang terbaik ok!
Memilih snek yang sihat mudah saja. Sama ada rajin atau tidak menggunakan carian Google untuk buat kaji selidik paling mudah dan cepat. Di bawah ini ada banyak pilihan snek mengenyangkan dan menyihatkan!
Kacang campur
Kacang adalah snek bernutrisi paling ideal untuk anda. Ia mnegurangkan risiko penyakit jantung dan mengelakkan kanser, depresi dan penyakit lain. Pilih kacang-kacang seperti badam, gajus dan kacang cerdik sebagai snek baru anda!
Yogurt Greek dan beri campuran
Buah-buahan beri memang sangat enak dinikmati bersama yogurt asli. Strawberi, beri hitam, beri biru atau rasberi adalah kombinasi untuk kesihatan dan keenakan. Ia diperkaya dengan kalsium dan potassium.
Epal hijau dan mentega kacang
Bukan kanak-kanak saja gemarkan mentega kacang, golongan dewasa pun boleh menjilat jari bila menikmati mentega kacang bersama epal hijau. Rasa masam epal dikurangkan dengan perisa mentega kacang yang manis.
Saderi dan krim keju
Saderi dan krim keju adalah snek rendah karbohidrat. Walaupun ramai yang tak menyukai rasa saderi tetapi anda pasti tidak boleh katakan tidak pada krim keju!
Coklat gelap dan badam
Coklat? Ya, coklat gelap juga snek yang bagus dan rendah kalori. Tetapi ia kaya dengan flavanols yang membantu mengurangkan kadar tekanan darah dan mengurangkan risiko jantung. Coklat gelap dan badam tinggi dengan magnesium.
Timun dan hummus
Timun dan hummus adalah nutrisi yang menjadi kombinasi terbaik. Timun kaya dengan cucurbitacin E, kompaun yang mempunyai anti-kanser manakala hummus diperbuat dari kacang chickpea, minyak zaitun dan bawang putih. Ia mampu meningkatkan tahap kesihatan.
Tomato ceri dan keju Mozzarella
Never say no to cheese! Keenakan tomato ceri sangat sesuai digabungkan dengan krim Mozzarella. Tomato kaya dengan vitamin C, potassium dan lycopene, anti-oksidan yang boleh mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung. Keju Mozzarella pula tinggi kalsium, protein dan vitamin B12.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terletak di Setia Alam, mahligai mewah Dianah Hanani, founder Dians Signature bukan sekadar tempat berteduh tetapi sebuah mahligai impian yang memancarkan ketenangan.