‘Makan hati’ tengok pinggang ramping anak perempuan Rohana Jalil. Sebelum ini cuma tengok gambar Kilafairy di media sosial je. Tapi bila berpeluang bertentang mata ketika pelancaran produk minuman kesihatan miliknya, KilaFit baru-baru ini… memang kagum dengan body curve Kila!
Minuman kecantikan berperisa coklat pisang dengan kolagen dan ekstrak garcinia inilah yang dikatakan Kilafairy berjaya mengekalkan bentuk tubuh dan berat ideal dirinya. Selain selamat diminum dan berfungsi menjaga kesihatan dalaman, KilaFit turut berupaya menurunkan berat badan.
Ads
Menurut Kila, “Sebenarnya dah lama saya hendak keluarkan produk sendiri lebih-lebih lagi bila saya sendiri seorang yang suka makan tapi susah hendak turun berat badan. Sebelum ini saya pernah cuba produk lain juga tapi kesan sampingannya sangat menakutkan. Menggigil, berpeluh… sakit perut.
Saya tak nak orang lain termasuk lelaki yang ada masalah berat badan alami situasi negatif macam ini. Jadi saya terfikir untuk hasilkan satu produk yang boleh kurus tapi dalam masa sama kesihatan terjaga.
Nak buat produk macam tu kena pakai natural ingredients dan alhamdulillah, saya berjaya hasilkan. Setakat ini dah beribu-ribu unit terjual dan tiada yang mengadu alami negative side effects.
Kila sendiri ambil, tak ada rasa pening dan sebagainya. KilaFit bukan saja produk yang menjaga kesihatan tapi juga dapat mengurangkan berat badan dalam jangka masa panjang.”
Tegas Kila lagi, memandangkan dirinya jarang berkunjung ke gymnasium ketika ini akibat kekangan masa tapi berat badan masih terkawal sejak dia mengamalkan KilaFit. Namun untuk kesan lebih cepat… Kila menyarankan pengguna yang sering ke gim untuk turut mengambil minuman ini.
Jika kebanyakan wanita lebih selesa merahsiakan berat badan… Kila tampil berani menyatakan berat terkininya ketika diusik pertanyaan tersebut. “Badan Kila tak pernah lebih 49 kg. Tapi kalau dah sampai 50 kg lebih… memang saya dah ‘gabra’, tak ambil gambar dan duduk rumah je.
Ads
Sebab tu tak ada gambar yang nampak saya naik berat badan sebab tak ambil gambar. Cuma ada satu je saya ada post di IG dulu. Alhamdulillah, sekarang ni dah dapat ideal weight sekitar 46 ke 47 kg.”
Ads
Aktres yang cukup sinonim dengan pinggang bak kerengga ini juga tanpa berselindung menyatakan ukuran pinggang terkini. “Sekarang ukuran pinggang 23 inci. Rahsia? Tentulah KilaFit.” Melihat reaksi tetamu dan rakan media yang hadir pada pelancaran KilaFit tersebut tatkala dia menyatakan ukuran pinggang, sambil berseloroh Kila berkata, “Muda lagi… belum kahwin.”
Ditanya tentang tanggapan dan komen nakal netizen yang menganggap dirinya ‘edit’ gambar sebelum memuatnaik di media sosial agar nampak ramping dan kecil, ini jawapan padu Kila. “Janganlah fitnah. Fitnah tu dosa lebih teruk daripada membunuh!”
Kredit foto: Instagram Kilafairy
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang bahagia tengok kehidupan pasangan suami isteri ini. Melayari alam perkahwinan pada usia muda namun Datuk Latif Romly dan isteri tercinta, Datin Nabila semakin bahagia dan matang menjalani cabaran rumah tangga.
13 Disember lepas genap setahun usia perkahwinan atlet para negara ini di samping suri hati kesayangan yang juga merupakan seorang guru. Lebih bermakna, tarikh berkenaan bukan hanya meraikan ulang tahun perkahwinan mereka.
Bahkan ia juga merupakan hari lahir Datin Nabila atau nama sebenarnya Nurul Nabila Farhana Musaidi.
Bersempena hari istimewa itu, Datuk Latif tidak ketinggalan menitipkan ucapan romantis buat ratu hati di media sosial baru-baru ini.
“Di hari istimewa ini 13/12 I ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada baby omel saya. Baby adalah wanita yang luar biasa selalu bersabar dengan perangai suami awak ni.
Terima kasih selalu menyokong suami awak ini dalam segala hal. Semoga baby terus diberi kesihatan yang sihat dan dimurahkan rezeki. I love you baby sayang.
Dan tak lupa juga Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan kita yang pertama 13/12/2022. Semoga perkahwinan kita sentiasa diredai dan diberkati Allah. Apa yang berlaku pada tahun ini memberi kita kekuatan terus bersama sampai bila-bila dan semoga dipermudah segala urusan kita. Amin.”
Difahamkan pasangan ini mula berkenalan sejak di bangku sekolah lagi. Dalam temu bual Nona bersama Datin Nabila sebelum ini, wanita berusia 26 tahun berkenaan turut berkongsi sisi istimewa suami tersayang.
“Saya mengenalinya sejak dari sekolah menengah. Kenal dah lama tapi mula rapat waktu Tingkatan 5. Masa tu ada beberapa minggu lagi sebelum SPM. Dia (suami) balik semula ke Perlis untuk ambil SPM selepas pulang dari Incheon.
Dari situ kami bertanya khabar dan mula rapat lebih daripada kawan. Dia ni seorang yang sangat bersemangat dan bermotivasi tinggi. Saya akui selepas jadi atlet kebangsaan, Latif banyak berubah jadi lelaki yang lebih matang.
Kadang-kadang rasa macam dia ni tak ada kekurangan. Aura positif Latif ni lah membuatkan dia istimewa di mata saya.”
Tak dinafikan sejak bergelar isteri Datuk Latif, penampilan Datin Nabila menjadi perhatian khalayak. Pastinya rasa bahagia yang dialami wanita ini jelas terpancar di raut wajah sekaligus menyerlahkan aura anggun, cantik dan bergaya.
Datin Nabila ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu.
Semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia sampai syurga.
Isteri kepada pereka fesyen ternama, Rizman Nordin ini sememangnya seorang wanita yang miliki pesona tersendiri. Sejak diperkenal kepada umum yang mereka bakal disatukan sebagai suami isteri kira-kira tiga tahun lalu, ramai yang mengagumi kejelitaan Nurida Suraya.
Sampaikan ada yang berpandangan wanita ini seperti ratu cantik!
Nurida Suraya atau mesra disapa Suraya sebelum ini pernah bekerja sebagai model sambilan. Kecantikan Suraya nyata menambat hati Rizman yang mula melihatnya di media sosial menerusi satu sesi fotografi yang disertai Suraya.
Kenal dalam tempoh singkat, mereka akhirnya memutuskan untuk berkahwin. Kini, Suraya turut terlibat membantu perniagaan suami tercinta dan merupakan pengasas Rizman Ruzaini Beauty.
Disifatkan seorang wanita yang mesra, Suraya ketika ditemui Nona dalam sebuah majlis di ibu negara sudi berkongsi perkembangan diri. Mengulas aktiviti terbaharu, Suraya berkata rutin hariannya kian padat dengan urusan bisnes dan anak tersayang, Rizqaa.
“Since anak pun, Rizqaa dah masuk dua tahun dan Suraya dah terlibat dengan bisnes Rizman Ruzaini, bolehlah bahagikan masa. So far tak ada masalah.
Lagipun Rizqaa ada orang jaga. Jadinya, bolehlah saya bahagikan masa di antara bisnes dan famili. Alhamdulillah.”
Menyentuh regim kecantikan pula, lady boss ini berkata dia seorang yang tidak terlalu rumit dalam menjaga kecantikan diri. “As you know, kita memang ada produk sendiri dan saya consume produk saya everyday. Dalam masa sama, penting juga jaga tidur dan minum air.
Siapa yang kenal Suraya, mereka akan tahu yang saya memang suka sangat minum air kosong. Tak minum air manis. Jadi itulah tip dia.”
Rizman mendirikan rumah tangga bersama Nurida Suraya pada 13 September 2019. Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Rizqaa pada 2 September 2020.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang cakap kalau salah pilih bedak asas wajah kita boleh bertukar menjadi pelakon opera Cina ataupun geisha Jepun. Takutnya kalau orang tengok kita hadir dengan penampilan begitu!
Sebenarnya tahu tak, masalah itu timbul akibat kesalahan memilih bedak asas? Jadi sebelum anda memupuk bedak asas di wajah, pelajari dulu teknik memilih bedak asas yang sesuai. Cara menyapu bedak asas pun ada teknik tertentu tau.
Ramai wanita yang keliru tentang cara memilih tekstur bedak asas yang sesuai dengan jenis kulit. Apatah lagi apabila melihat deretan bedak asas yang beratur di kaunter kosmetik. Nak pilih rona yang sesuai dengan kulit pun susah dan kadang-kadang ada yang beli bedak asas tanpa mencuba terlebih dahulu. Satu lagi masalah yang berkaitan dengan bedak asas adalah tidak tahu cara aplikasi yang betul.
Cara yang tepat untuk mengetahui bedak asas yang terbaik untuk kulit adalah dengan mendapat khidmat nasihat daripada jurusolek profesional. Mereka akan melakukan diagnosis untuk anda dan mengajar bagaimana mahu memilih bedak asas dengan betul serta teknik yang bersesuaian.
(a) Eksfoliasi dan hidrat
Sebelum menyapu bedak asas, pastikan kulit wajah bersih dan jika perlu lakukan eksfoliasi terlebih dahulu. Kulit yang kering, berkuping dan sel kulit mati akan menyebabkan bedak asas tidak dapat disapu dengan sempurna di atas kulit.
Singkirkan segala sel kulit mati dan segarkan kulit dengan menyapu pelembap dan serum. Selepas itu sapu bedak asas. Sebaik-baiknya gunakan bedak asas yang ringan pada waktu siang dan tebal sedikit untuk solekan malam.
(b) Adun dengan span
Mengadun cecair bedak asas dengan span adalah medium yang betul bagi menghasilkan solekan yang halus dan sempurna. Span akan menyerap bedak asas yang tidak diperlukan oleh kulit, seterusnya menyebabkan solekan berkuping-kuping atau bedak asas berlebihan melekat pada kulit. Apabila anda rasa litupan sudah sempurna, biarkan bedak asas seketika di atas wajah. Teliti dengan sempurna setiap perimeter wajah terutama di bahagian tulang rahang untuk mengelakkan solekan yang bercapuk.
(c) Penyamar noda
Menyapu penyamar noda sebelum aplikasi bedak asas akan membuatkan solekan nampak berkuping. Langkah yang betul adalah menyapu bedak asas dulu, kemudian letak penyamar noda di daerah yang diperlukan untuk menutup kekurangan di wajah. Kemudian adun sempurna bagi mendapatkan hasil solekan yang sempurna dan mulus.
(d) Guna berus
Ramai wanita yang tidak menggunakan berus ketika menyapu bedak asas di wajah. Tetapi, kebanyakan jurusolek menggunakan berus untuk menyapu bedak asas agar solekan tampak sempurna dan rapi. Berus pun bukan sebarang berus, anda perlu menggunakan berus yang direka khusus untuk menyapu bedak asas.
Teknik yang betul menyapu bedak asas menggunakan berus adalah dengan gerakan membulat. Teknik ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan bedak asas malah menjadikan sapuan menyeluruh. Jangan lupa bersihkan wajah dengan sempurna daripada sebarang solekan sebelum tidur. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Edry Abdul Halim sememangnya dikenali dalam industri muzik tanah air yang pernah menggegarkan pentas hiburan menerusi kumpulan KRU yang dianggotai tiga adik-beradik berbakat. Sejak kumpulan tersebut dibubarkan pada 2018, adik Datuk Norman dan Datuk Yusry ...