Perabot laman yang berasaskan kayu menenangkan jiwa dan terasa lebih dekat dengan alam semula jadi yang menyegarkan. Namun begitu, ia memerlukan penjagaan yang rapi agar tahan lebih lama dan tidak rosak. Ikuti tip berikut agar perabot laman anda sentiasa kelihatan baharu dan kukuh.

KERAP MEMBERSIH

IKLAN

Keraplah membersihkan perabot kayu laman agar sentiasa terjaga dengan baik. Gunakan berus halus atau kain lembut untuk mengelap perabot. Lakukan sekurang-kurangnua tiga kali seminggu untuk membuang habuk, debu atau pasir halus. Sekiranya anda membiarkan kekotoran terlalu lama, ia akan sukar untuk dibersihkan kerana telah melekat setelah berembun dan berpanas berulang kali.

BAHAN PENCUCI YANG SESUAI

Pastikan pencuci pinggan atau pakaian jenis cecair menjadi teman setia kerana ia merupakan bahan pembersih yang bagus untuk permukaan perabot atau struktur kayu taman. Manakala untuk kotoran yang degil pula anda boleh menggunakan sedikit cuka.

Tak Lapuk & Masih Kelihatan Baru, Begini Caranya Menjaga PERABOT KAYU Di Laman Pada Musim Hujan

PERABOT DITUTUP JIKA DITINGGALKAN LAMA

Sekiranya anda terpaksa meninggalkan rumah dalam tempoh yang agak lama contohnya dalam tempoh sebulan lebih, sebaik-baiknya perabot kayu tersebut ditutup dengan kain untuk mengurangkan risiko kotoran melekat terlalu lama. Gunakan kain yang mampu membenarkan aliran udara.

BERSIHKAN NAJIS BURUNG SEGERA

Segeralah membuang dan membersihkan tempat yang terkena najis burung. Sekiranya dibiarkan terlalu lama maka ia akan memburukkan lagi penampilan perabot kayu selain meninggalkan kesan yang sangat hodoh. Mungkin juga tiada siapa yang akan duduk di perabot itu lagi kerana ia kelihatan tidak bersih.

KEMBALI BERKILAT

IKLAN

Sudah tentu anda ingin melihat kecantikan perabot kayu terus kekal berkilat sebagaimana baru dibeli, bukan? Caranya ialah rajin rajinkanlah menyapu lapisan nipis varnish mengikut warna kayu kesukaan. Lakukan dua kali setahun untuk hasil yang terbaik. Anda boleh mendapatkan varnish di kedai-kedai hardware.

Tak Lapuk & Masih Kelihatan Baru, Begini Caranya Menjaga PERABOT KAYU Di Laman Pada Musim Hujan

MATERIAL

IKLAN

Pastikan bahan yang digunakan bersifat tahan daripada kepanasan dan hujan. Kebiasaannya  perabot laman akan diletakkan di luar tanpa bumbung. Panas dan hujan akan mengakibatkan perabot kayu mudah rosak serta reput.

FABRIK

Elak memilih kusyen mahupun hiasan fabrik perabot laman untuk ruang terbuka bagi menghindarkan kepudaran warna atau terkena hujan.

AIR SUAM

Sediakan air suam yang dicampur dengan sedikit minyak zaitun atau minyak kelapa. Ambil sehelai kain bersih lalu celupkannya ke dalam air campuran tadi. Lapkan pada keseluruhan perabot kayu di laman anda. Biarkan sapuan itu mengering dengan sendirinya. Perabot akan kelihatan berkilat semula dan baharu. AMY MOHD

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI