Tiada suatu nikmat pun yang mampu menandingi kehebatan mendapat ‘gelaran’ ibu. Nikmat menjadi seorang ibu merupakan momen yang terindah dalam kehidupan seorang wanita. Cepat atau lambat, segalanya telah dirancang indah oleh Sang Pencipta.

IKLAN

Tak Pernah BEZA Kasih Anak Sendiri & Anak Angkat, DS Zizie Izette Bahagia Jadi Ibu

Siapa sangka setelah sekian lama Datin Seri Zizie Izette mengimpikan tangisan dan gelak tawa si manja, Allah SWT kabulkan permintaan wanita putih gebu ini dalam sekelip mata.

Tak Pernah BEZA Kasih Anak Sendiri & Anak Angkat, DS Zizie Izette Bahagia Jadi Ibu
Foto: Instagram @zizieizette

Kehadiran Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette (kembar seiras) serta Aalisa Belle Izette telah menyerikan kehidupan isteri kesayangan Datuk Seri Bung Moktar ini.

Tak Pernah BEZA Kasih Anak Sendiri & Anak Angkat, DS Zizie Izette Bahagia Jadi Ibu
Foto: Instagram @zizieizette

Mengimpikan sebuah keluarga yang besar, Datin Seri Zizie tidak pernah berselindung tentang kedua-dua anak angkatnya. “Ramai orang bertanya tentang kasih antara anak kandung dan anak sendiri.

Tak Pernah BEZA Kasih Anak Sendiri & Anak Angkat, DS Zizie Izette Bahagia Jadi Ibu
Foto: Instagram @zizieizette

Jawapan saya senang saja. Sedangkan anak sendiri pun kita sebagai ibu kadang-kadang tak boleh nak berlaku adil. Maksud saya, pernah tak kita dengar rungutan kawan-kawan, ibu mereka melebihkan kasih sayang kepada kakak atau abang padahal sebenarnya situasi itu tidak berlaku.

Tak Pernah BEZA Kasih Anak Sendiri & Anak Angkat, DS Zizie Izette Bahagia Jadi Ibu
Foto: Instagram @zizieizette

Setiap ibu sayang sama rata kepada semua anak-anak mereka. Cuma kadang-kadang ada hari-harinya seorang terlebih yang ini dan seorang terlebih yang itu. Tapi sebagai seorang ibu, kita cuba beri yang terbaik untuk anak-anak,” tutur Datin Seri Zizie sambil tersenyum.

Tak Pernah BEZA Kasih Anak Sendiri & Anak Angkat, DS Zizie Izette Bahagia Jadi Ibu
Foto: Instagram @zizieizette

Bagaimana agaknya pelakon yang membawakan watak sebagai Puan Sri Mawar dalam drama Hero Seorang Cinderella ini membesarkan kelima-lima orang anaknya. “First of all saya tak boleh ambil kredit untuk diri sendiri sebab saya ada 2 orang pembantu untuk jaga 5 orang anak.

Tak Pernah BEZA Kasih Anak Sendiri & Anak Angkat, DS Zizie Izette Bahagia Jadi Ibu
Foto: Instagram @zizieizette

Tapi walaupun ada pembantu, saya tak lepaskan semua tanggungjawab kepada pembantu. Saya akan monitor setiap pergerakan mereka kerana saya seorang ibu yang sentiasa ada di rumah,” ucap Datin Seri Zizie sambil memandang kelima-lima orang anaknya penuh kasih.

IKLAN
Tak Pernah BEZA Kasih Anak Sendiri & Anak Angkat, DS Zizie Izette Bahagia Jadi Ibu
Foto: Instagram @zizieizette

Bila diajukan persoalan tentang kata orang, “Senanglah ada maid untuk jaga anak-anak,”. Jawab Datin Seri Zizie tenang, “Kalau orang cakap macam tu, jika mereka berada di tempat saya, mereka akan rasa bersyukur.

Tak Pernah BEZA Kasih Anak Sendiri & Anak Angkat, DS Zizie Izette Bahagia Jadi Ibu
Foto: Instagram @zizieizette

Sebab sebagai seorang ibu kita ada banyak tanggungjawab dan saya rasa lebih selesa bila ada pertolongan. Saya benar-benar bersyukur kerana mempunyai pembantu untuk menguruskan anak-anak, alhamdulillah,” tutur Datin Seri Zizie.

Tak Pernah BEZA Kasih Anak Sendiri & Anak Angkat, DS Zizie Izette Bahagia Jadi Ibu
Foto: Instagram @zizieizette
Tak Pernah BEZA Kasih Anak Sendiri & Anak Angkat, DS Zizie Izette Bahagia Jadi Ibu
Foto: Instagram @zizieizette

Seronok melihat cara Datin Seri Zizie melayan anak-anaknya. Jelas terpancar naluri keibuan dalam diri wanita yang mudah tersenyum ini. Bila ditanya tentang perasaannya melahirkan anak di usia 40 tahun, jawabnya, “Saya melahirkan Aalisa di usia 40 tahun.

IKLAN
Tak Pernah BEZA Kasih Anak Sendiri & Anak Angkat, DS Zizie Izette Bahagia Jadi Ibu
Foto: Instagram @zizieizette

Saya tak tahu mengapa ramai wanita yang takut mengandung di usia 40. Pada pandangan saya mungkin ramai wanita takut sebab mereka ada masalah kesihatan. Saya tahu tahap kesihatan saya dan selalu buat medical check-up.

Tak Pernah BEZA Kasih Anak Sendiri & Anak Angkat, DS Zizie Izette Bahagia Jadi Ibu
Foto: Instagram @zizieizette
Tak Pernah BEZA Kasih Anak Sendiri & Anak Angkat, DS Zizie Izette Bahagia Jadi Ibu
Foto: Instagram @zizieizette

So far, saya tidak mempunyai masalah ketika mengandung seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Jika kita tidak mempunyai sebarang penyakit, insyallah sepanjang tempoh mengandung itu akan dipermudahkan,” ujar Datin Seri Zizie yang mengamalkan pemakanan sihat sepanjang tempoh berpantang.

Tak Pernah BEZA Kasih Anak Sendiri & Anak Angkat, DS Zizie Izette Bahagia Jadi Ibu

Pesan Datin Seri Zizie kepada semua ibu, “Sebagai ibu kadang-kadang kita ada perasaan naik turun, just stay positive, take it one of at a time and enjoy every moments. Yang mana ada anak kecil tu, time tu shall pass, kita relax and enjoy saja,” kata Datin Seri Zizie.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI