Pemergian Datuk Pahamin Rajab yang meninggal dunia pada 9 Julai lalu sukar dilalui seluruh ahli keluarga. Tidak terkecuali, cucu tersayang yang juga anak pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona. Seorang cucu yang manja dengan datuk, Leona akui kehilangan figura kesayangannya cukup perit untuk dilalui.

IKLAN

Apatah lagi, dia tidak sempat mengungkapkan ucapan dan pelukan terakhir buat datuk tersayang. Meluahkan isi hati di media sosial, perkongsian Kasih Iris Leona baru-baru ini mengundang rasa sebak.

Mesra memanggil Datuk Pahamin Rajab sebagai Tok Pok, luah gadis berusia 21 tahun ini. “It doesn’t feel real that you’re not here anymore. I don’t know how to feel. Thank you for giving me a good life and for always believing in me.

All my life, I just wanted to make you proud and now that you’re not here anymore, I’ll never have the chance to ask. Are you proud of me?

I feel sad that our time together in this world is over. I wish I could’ve said one last goodbye and given you one last hug. I can never turn back time but I will do my best to live as a granddaughter you would be proud of.

Tak Sempat Beri Pelukan Terakhir, Kasih Iris Leona ‘Hilang’ Datuk Tersayang & Mahu Jadi Cucu Membanggakan!
Kredit Instagram @kasihirisleona

If I had one more chance to talk to you, I would want you to know that I am forever grateful for everything you’ve done for me.

Without you, I wouldn’t be half the person I am today. I’m so lucky to have been able to call you my grandpa and I hope you felt the same way about me.

I hope you’re resting well now. I love you. I miss you. I love you forever. See you in my dreams.”

IKLAN
Tak Sempat Beri Pelukan Terakhir, Kasih Iris Leona ‘Hilang’ Datuk Tersayang & Mahu Jadi Cucu Membanggakan!
Kredit Instagram @kasihirisleona
Tak Sempat Beri Pelukan Terakhir, Kasih Iris Leona ‘Hilang’ Datuk Tersayang & Mahu Jadi Cucu Membanggakan!
Kredit Instagram @kasihirisleona
Tak Sempat Beri Pelukan Terakhir, Kasih Iris Leona ‘Hilang’ Datuk Tersayang & Mahu Jadi Cucu Membanggakan!
Kredit Instagram @kasihirisleona
Tak Sempat Beri Pelukan Terakhir, Kasih Iris Leona ‘Hilang’ Datuk Tersayang & Mahu Jadi Cucu Membanggakan!
Kredit Instagram @kasihirisleona

Datuk Pahamin Rajab berusia 77 tahun merupakan bapa kepada isteri Azhar Sulaiman iaitu Chempaka Emalin. Allahyarham ialah bekas Pengerusi AirAsia Berhad dan dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK).

Berita duka itu dikongsi menantunya, Azhar Sulaiman melalui hantaran Instagram (IG) pada awal pagi Ahad iaitu 9 Julai 2023. Difahamkan Allahyarham dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi anak Azhar di London iaitu Andika Rees.

Allahyarham Pahamin yang juga Pengasas Bersama AirAsia pernah berkhidmat dalam kementerian dan agensi kerajaan di Malaysia dalam tempoh lebih 30 tahun, pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998.

IKLAN

Allahyarham turut memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat termasuk LNG Resources Bhd, Forlife Research Sdn Bhd dan Mediscreen Sdn Bhd.

Tak Sempat Beri Pelukan Terakhir, Kasih Iris Leona ‘Hilang’ Datuk Tersayang & Mahu Jadi Cucu Membanggakan!
Kredit Instagram @kasihirisleona
Tak Sempat Beri Pelukan Terakhir, Kasih Iris Leona ‘Hilang’ Datuk Tersayang & Mahu Jadi Cucu Membanggakan!
Kredit Instagram @kasihirisleona

Salah seorang anak Allahyarham iaitu Melor Edina memberitahu jenazah bapa tersayang akan disemadikan di kota London selaras dengan hajat beliau untuk disemadikan di kota terakhir beliau meninggal dunia.

Semoga Allahyarham Datuk Pahamin Rajab ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/27-tahun-kahwin-ada-3-anak-bijak-chempaka-emalin-pahamin-wanita-hebat-azhar-sulaiman/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI