Melakukan kerja-kerja interior bagi sesebuah hunian sememangnya bukan mudah. Namun jika bijak mengendalikannya anda akan terasa mudah. Apatah lagi jika melibatkan interior bagi ruang dapur. Ini kerana terdapat banyak perincian yang perlu diberikan perhatian.

IKLAN

Antaranya ialah jangan melakukan kerja-kerja interior sambil lewa sehingga menyebabkan dapur kelihatan kusam dan tidak kemas. Justeru, ruang dapur seharusnya direka dengan teliti, kemas serta bersih.

Untuk menjadikan ruang dapur tampil elegan serta mewah tidak semestinya memerlukan kos yang tinggi. Jika anda bijak boleh melakukan beberapa trik antaranya dalam pemilihan material dapur yang boleh menjadikan ruang dapur tampak hebat.

MATERIAL TAHAN KARAT

Jika anda mahukan penampilan dapur yang mewah dan mahal boleh memilih material serba tahan karat sebagai elemen utama. Warna berkilat dan tampilan yang halus serta licin menjadikan ruang dapur serba tahan karat sekaligus mencetuskan impak yang mahal.

Tak Susah Pun Hendak Hias DAPUR Agar Kelihatan MAHAL, Cuba Ikut 5 Tip Dekorasi Ini!

APLIKASI WARNA PUTIH

Untuk menjadikan penampilan ruang dapur tampak mahal dan bersih, kehadiran warna putih sangat membantu. Dengan pengaplikasian warna putih di ruang dapur adalah sangat membantu untuk memberikan penampilan dapur yang kelihatan mahal serta bersih. Namun anda perlu sentiasa beringat kerana warna putih semestinya mudah kotor jika tidak diberikan perhatian sebaiknya.

IKLAN

MAMAR UNTUK MEJA

Bagi pemilihan material kitchen table countertop, material marmar sangat sesuai untuk penampilan ruang dapur yang mahal. Dengan memilih marmar, meja kerja di dapur akan kelihatan lebih chic, edgy serta elegan.

JUBIN

IKLAN

Satu lagi cara yang boleh dilakukan agar ruang dapur kelihatan menarik dan mahal ialah dengan mengapikasikan jubin di bahagian backsplash dengan sedikit finishing glossy. Pasti anda sendiri berpuas hati dengan hasilnya sekaligus membuatkan anda rajin untuk ke dapur. Ia juga memberik keselesaan yang maksimum buat para hunian.

LANTAI VINYL

Untuk material penutup lantai anda boleh memilih lantai vinyl daripada seramik. Selain harganya lebih murah, lantai vinyl juga lebih mudah dari segi penjagaannya. Sememangnya lantai vinyl mempunyai karakter penampilan permukaan yang berbeza dengan seramik namun ia mempunyai warna serta corak yang boleh menjadi aksen dekoratif untuk penampilan ruang dapur yang lebih menarik dan eksklusif. AMY MOHD

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI