PRINCESS SOFIA KRISTINA HELLQVIST

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dari seorang gadis biasa dan bintang program realiti TV, kini Sofia Kristina Hellqvist merupakan ahli keluarga diraja Sweden! Semuanya bermula ketika Sofia bertemu putera kacak Sweden iaitu Carl Philip of Sweden semasa beliau mengusahakan sebuah pusat kesihatan yoga di Manhattan.

IKLAN

Mengintai latar belakang Princess of Sweden dan Duchess of Varmland ini, Sofia dilahirkan di Stockholm pada tahun 1984 dan bergiat aktif dalam bidang peragaan. Beliau juga merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik perempuan.

Meskipun pernah melanjutkan pengajian dalam jurusan Perhubungan Antarabangsa dan Perakaunan di dua institut berbeza di Sweden dan Amerika, namun puteri diraja berusia 38 tahun ini tidak pernah bekerja dalam bidang yang dipelajari.

Tambat Hati Putera Raja Sweden, Dari Gadis Biasa Kini SOFIA KRISTINA Puteri Kayangan! Tambat Hati Putera Raja Sweden, Dari Gadis Biasa Kini SOFIA KRISTINA Puteri Kayangan! Tambat Hati Putera Raja Sweden, Dari Gadis Biasa Kini SOFIA KRISTINA Puteri Kayangan!

Sebaliknya, Princess Sofia lebih selesa bekerja sebagai pembantu jualan dan model. Semasa menjadi model, wajah cantik Princess Sofia telah banyak menghiasi banyak majalah di negara kelahirannya. Bersandarkan kepada kecantikan dan tubuh menawan yang dimiliki, Princess Sofia juga dilaporkan menyertai pelbagai pertandingan ratu cantik termasuk pernah menjadi juara Miss Slitz 2004.

Rentetan daripada gelaran ratu cantik tersebut, beliau mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan dan menyertai sebuah program realiti ‘Paradise Hotel’ di salah satu saluran televisyen Sweden.

Bertitik tolak daripada program realiti ini, kelibatnya mula mencuri tumpuan ramai sehingga meraih populariti luar biasa. Princess Sofia kemudian berhijrah ke New York dan membuka sebuah pusat kesihatan yoga di Manhattan. Di sinilah beliau bertemu Carl Philip of Sweden dan masing-masing dikatakan jatuh cinta pada pandang pertama.

Tambat Hati Putera Raja Sweden, Dari Gadis Biasa Kini SOFIA KRISTINA Puteri Kayangan! Tambat Hati Putera Raja Sweden, Dari Gadis Biasa Kini SOFIA KRISTINA Puteri Kayangan! Tambat Hati Putera Raja Sweden, Dari Gadis Biasa Kini SOFIA KRISTINA Puteri Kayangan! Tambat Hati Putera Raja Sweden, Dari Gadis Biasa Kini SOFIA KRISTINA Puteri Kayangan!

Carl Philip mengambil langkah permulaan untuk memenangi hati Sofia dengan mengajak jelitawan tersebut menyaksikan perlumbaan go kart. Hubungan mereka dikatakan semakin serius pada Ogos 2010. Tanggal 27 Jun 2014, pasangan kekasih ini mengumumkan berita pertunangan mereka.

IKLAN

Episod ala kisah dongeng rakyat biasa menjadi puteri kayangan tercetus pada 13 Jun 2015 apabila Princess Sofia secara rasmi menjadi isteri Prince Carl dalam majlis perkahwinan gilang-gemilang yang berlangsung di Chapel of Stockholm’s Royal Palace.

Gaun perkahwinan Princess Sofia direka khas oleh pereka Sweden, Ida Sjostedt. Istimewanya gaun indah berlengan panjang dan rekaan leher V berkenaan diperbuat daripada silk crepe dan sulaman tangan. Mahkota yang dipakai pula merupakan pemberian hadiah daripada Raja dan Permaisuri Sweden.

Dek kerana kehidupan lama Princess Sofia, ada segelintir pihak memberi persepsi buruk terhadapnya dan menganggap beliau tidak layak menjadi puteri diraja. Berbeza pula bagi Carl Philip of Sweden yang digambarkan seorang putera raja sempurna, kacak, ramah dan berpendidikan tinggi. Malah putera kedua King Carl Gustav XVI dan Queen Silvia of Sweden ini juga sangat disenangi keluarga diraja Sweden.

IKLAN

Tambat Hati Putera Raja Sweden, Dari Gadis Biasa Kini SOFIA KRISTINA Puteri Kayangan! Tambat Hati Putera Raja Sweden, Dari Gadis Biasa Kini SOFIA KRISTINA Puteri Kayangan! Tambat Hati Putera Raja Sweden, Dari Gadis Biasa Kini SOFIA KRISTINA Puteri Kayangan! Tambat Hati Putera Raja Sweden, Dari Gadis Biasa Kini SOFIA KRISTINA Puteri Kayangan! Tambat Hati Putera Raja Sweden, Dari Gadis Biasa Kini SOFIA KRISTINA Puteri Kayangan!

Bagaimana pun kecantikan Sofia Hellqvist dan kebaikannya bersama Carl Philip of Sweden lama-kelamaan diterima baik rakyat jelata. Beliau kini mendapat gelaran Her Royal Highness Princess Sofia of Sweden dan Duchess of Varmland.

Kehidupan Princess Sofia berubah sepenuhnya pada 19 April 2016 apabila beliau bergelar ibu. Putera sulung mereka dilahirkan nama Alexander Erik Bertil. Setahun kemudian, pada 31 Ogos 2017, perkahwinan mereka tambah meriah dengan kehadiran cahaya mata kedua iaitu Gabriel Carl Walther. Pada penghujung Mac lepas Princess Sofia selamat melahirkan cahaya mata ketiga.

Dikurniakan suami penyayang, anak-anak comel dan disayangi rakyat membuatkan Princess Sofia teruja dan mahu terus memberikan sumbangan terbaik kepada masyarakat.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI