Cantiknya penampilan terbaharu penyanyi versatil, Salamiah Hassan, 72 tahun yang kini tampil berhijab! Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, penyanyi yang popular dengan panggilan mama ini sudah berhijab sejak empat bulan yang lalu selepas kehilangan suami tercinta, Allahyarham Gery Hughes.
Menurut Salamiah, dia mengenakan hijab di atas pilihan dirinya sendiri dan lebih memilih isu dirinya berhijab tidak menjadi perbualan di media sosial.
“Tiada apa yang perlu saya komen. Saya memang nak pakai hijab. Saya tak suka perkara ini menjadi satu isu besar,” ujarnya.
Ads
Sememangnya penyanyi yang juga merupakan ibu kepada Atilia Haron ini merupakan seorang wanita yang amat mementingkan hal privasi. Jadi tidak salah sekiranya dia memilih untuk tidak menghebohkan kisah dirinya mengenakan hijab kerana dia menganggap ia merupakan hal peribadi yang tidak perlu dihebohkan.
Ads
Salamiah Hassan juga baharu sahaja selesai menjalani tempoh edah dan kembali aktif memenuhi nyanyian. Meskipun masih berada sedih di atas pemergian suami tercinta akibat penyakit kanser kolon, sebagai isteri, Salamiah tidak mampu menyembunyikan rasa sedih di atas kehilangan teman hidupnya itu.
“Saya okay saja. Kita tiada kuasa dengan apa yang sudah Allah tentukan. Kita harus reda dan menerima hakikat serta meneruskan kehidupan.”
Untuk rekod,Salamiah mendirikan rumah tangga dengan Hughes pada 1 September 2022 setelah 35 tahun hidup sebagai ibu tunggal. Mereka mula berkenalan sejak 15 tahun yang lalu dan jodoh mereka tidak lama apabila Hughes menemui penciptaNya pada 4 November tahun lalu akibat kanser kolon di Tasmania Australia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya kerana anda sudah serasi menggunakan produk perawatan kulit yang sama selama bertahun-tahun, tidak bermakna anda serasi menggunakannya. Terdapat beberapa kes tertentu yang perlu diteliti tentang set penjagaan kulit anda supaya segera menggantikannya dengan produk lain.
Adalah penting untuk anda sedar bahawa produk yang sedang digunakan sebenarnya menjejaskan kesihatan kulit tanpa sedar.
Faktor ini menjadi penting jika anda ingin melancong ke luar negara terutamanya yang mempunyai empat musim. Bukan hanya menitikberatkan soal pakaian malah kosmetik juga perlu diambil kira. Ini kerana kulit berpotensi menjadi lebih kering pada musim dingin. Oleh itu, pastikan anda memakai produk pembersih wajah yang tepat.
Jika kulit menjadi kemerah-merahan dan tumbuh jerawat, besar kemungkinan anda mengalami alergi berpunca daripada rangkaian kosmetik yang dipakai. Ada di antaranya yang menghasilkan alahan tidak terlalu ketara dan hanya muncul di satu bahagian kulit wajah saja. Jika tanda-tanda ini muncul, segera ganti produk kosmetik.
Meski pun anda tidak mahu mengakui hakikat ini namun akan tiba masanya anda memerlukan produk anti penuaan apabila tanda-tanda berkenaan sudah mula kelihatan di wajah. Jika usia sudah menghampiri 30an, lupakan kosmetik yang anda guna sejak zaman remaja dan mulalah beralih serta mencari produk yang tepat untuk kulit anda.
Kulit yang cerah bermaya merupakan tanda perawatan kulit yang dilakukan amat berkesan. Tetapi jika wajah anda tidak secerah sebelumnya, mungkin anda memang perlu menggunakan produk lain. Kulit akan ‘memberitahu’ produk yang dipakai efektif atau tidak. Gantilah produk yang mempercepat pergantian sel, meningkatkan tahap oksigen dan membantu kulit lebih cerah yang dalam masa sama tidak membahayakan kulit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
MashaAllah cantiknya anak gadis Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim. Julai nanti, Marissa meniti usia 16 tahun. Tak dinafikan, semakin meningkat dewasa semakin cantik anak selebriti tersebut.
Malah, wajah Marissa saling tak tumpah rupa paras jelita ibunda tersayang. Sering menarik perhatian peminat kerana statusnya sebagai anak selebriti, Marissa juga menjadi tumpuan kerana penampilannya yang sopan dan menutup aurat.
Disifatkan seorang gadis pemalu dan memiliki wajah yang sejuk mata memandang, Marissa juga sudah bijak memilih gaya yang diinginkan seiring pertambahan usia dan minatnya terhadap kecantikan.
Dek kerana populariti dan mempunyai pengikut yang ramai di media sosial, Marissa menerima bermacam-macam paid review daripada followers. Iyalah, orangnya memang dah sedia cantik. Popular pula tu!
Marissa merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil perkahwinan pertama Norman bersama Abby yang berpisah sekitar tahun 2008. Selain Marissa, dua lagi anak Norman dan Abby ialah Danish Hakim dan Maria Danisha.
Yang pasti, kehidupan anak kedua Abby dan Norman ini penuh dengan warna-warni. Kelahiran Marissa pada tahun 2005 pernah menjadi bualan ramai kerana dilahirkan di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital. Mujur waktu itu Norman bertindak tenang dan sempat menyambut kelahiran gadis cantik ini dengan selamat.
Moga terus istiqamah menjalani ranjau hidup dan menjadi anak yang solehah kepada kedua-dua ibu bapa!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lebih sedekad berlalu sejak Puan Sri Normala Samsudin mengambil keputusan muktamad, bersara dari dunia penyiaran.
Pengunduran itu sampai sekarang masih berbekas di jiwa peminat, lebih-lebih lagi yang membesar dengan wajah beliau sebagai personaliti TV3 paling diminati.
Ibarat sebutir permata yang hilang. Tak mungkin terganti atau diganti oleh sesiapa pun.
Pun begitu, Puan Sri Normala Samsudin (yang mesra disapa Kak Mala), masih kekal dengan auranya yang mempesona. Tetap lembut, merendah diri dan menyenangkan.
Bagi generasi 90-an, masihkah anda ingat dengan suara lunak Normala Samsudin ketika beliau menjadi penyampai berita Buletin Utama TV3 dulu?
Menerusi Instagram rasminya, Kak Mala sendiri ada berkongsi beberapa kenangan manis sewaktu aktif dalam dunia penyiaran dahulu.
Ingat lagi tak, beliau pernah membintangi beberapa filem hebat sekitar awal 2000? Antaranya Gerak Khas The Movie I & II, Idola dan Neon.
Reputasi Kak Mala sebagai pengacara bagi rancangan Nona juga tak pernah terhakis di ingatan. Beliau benar-benar menetapkan standard tinggi untuk program majalah wanita itu!
Kini sungguhpun program Nona masih bersiaran, namun tanpa Normala Samsudin ibarat kurang daya tarikannya.
KEHIDUPAN SEKARANG
Sebagai isteri kepada bekas ahli politik, Tan Sri Azmi Khalid, kini Puan Sri Normala Samsudin memilih untuk menumpukan seluruh masanya buat keluarga. Beliau kini lebih relaks disamping orang tersayang… sambil berkebun, beriadah dan mengikuti kuliah-kuliah agama.
Merenung raut wajahnya yang sentiasa berseri, penulis tahu beliau benar-benar bahagia dengan kehidupan yang dilalui. Kak Mala hanya sering hadir di majlis-majlis formal, itupun demi menemani suami tercinta, serta mengambil pendekatan menyepikan diri dari khalayak ramai.
“Saya bukan personaliti TV lagi. Malah bukanlah penting sangat nak keluar di bawah spotlight selalu. Cukuplah, masa itu sudah berlalu.
Saya sudah berikrar pada diri sendiri. Apa saja yang boleh membahagiakan suami dan anak-anak, saya akan patuh, demi privasi serta kebahagiaan kami. Sebagai isteri, saya perlu bijak membawa diri, bahkan mempelajari apa jua cara terbaik untuk karier suami, walaupun beliau sudah pencen dan kurang aktif berpolitik,” akui Kak Mala dengan ikhlas.
SURI RUMAH
Melirik penampilan Kak Mala yang kini lebih sopan bertudung litup, mengundang rasa kagum di mata penulis. Beliau tampak lebih sofistikated, malah jujurnya menambah rasa hormat pada sesiapa jua yang melihat.
“Sekarang saya lebih suka fesyen yang sesuai dengan usia saya. Apa saja fesyen yang sopan akan buat saya tertarik, apatah lagi jika ia berwarna pastel polos atau nuansa garang. Saya juga senang mengenakan baju kurung pesak.”
Tentang hobi mengumpul beg dan kasut berjenama… “Entahlah, saya rasa saya perlu berhenti. I will stop, I promise! Kerana ia bukan hobi yang menguntungkan,” seloroh Kak Mala ketika menjalani penggambaran cover Majalah Nona Edisi Aidilfitri bersama anakanda tersayang, Dr Ruhila Roslan tempoh hari.
Foto: Instagram @normalasamsudinofficial
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aleeya Zailan membuktikan kejayaan boleh dicapai tanpa cheap marketing. Ketahui perjalanan pengasas Avenys Malaysia daripada penjual sambal kepada CEO yang menjadi inspirasi wanita Malaysia.