Cantiknya penampilan terbaharu penyanyi versatil, Salamiah Hassan, 72 tahun yang kini tampil berhijab! Melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, penyanyi yang popular dengan panggilan mama ini sudah berhijab sejak empat bulan yang lalu selepas kehilangan suami tercinta, Allahyarham Gery Hughes.
Menurut Salamiah, dia mengenakan hijab di atas pilihan dirinya sendiri dan lebih memilih isu dirinya berhijab tidak menjadi perbualan di media sosial.
“Tiada apa yang perlu saya komen. Saya memang nak pakai hijab. Saya tak suka perkara ini menjadi satu isu besar,” ujarnya.
Ads
Sememangnya penyanyi yang juga merupakan ibu kepada Atilia Haron ini merupakan seorang wanita yang amat mementingkan hal privasi. Jadi tidak salah sekiranya dia memilih untuk tidak menghebohkan kisah dirinya mengenakan hijab kerana dia menganggap ia merupakan hal peribadi yang tidak perlu dihebohkan.
Ads
Salamiah Hassan juga baharu sahaja selesai menjalani tempoh edah dan kembali aktif memenuhi nyanyian. Meskipun masih berada sedih di atas pemergian suami tercinta akibat penyakit kanser kolon, sebagai isteri, Salamiah tidak mampu menyembunyikan rasa sedih di atas kehilangan teman hidupnya itu.
“Saya okay saja. Kita tiada kuasa dengan apa yang sudah Allah tentukan. Kita harus reda dan menerima hakikat serta meneruskan kehidupan.”
Ads
Untuk rekod,Salamiah mendirikan rumah tangga dengan Hughes pada 1 September 2022 setelah 35 tahun hidup sebagai ibu tunggal. Mereka mula berkenalan sejak 15 tahun yang lalu dan jodoh mereka tidak lama apabila Hughes menemui penciptaNya pada 4 November tahun lalu akibat kanser kolon di Tasmania Australia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sophia Latjuba antara artis yang sering mendapat pujian kerana penampilannya yang awet muda.
Ternyata, usia sekadar angka bagi pelakon, penyanyi dan model ini. Kulit wajah kekal glowing dan kurang kedutan.
Pada 8 Ogos 2023 genaplah usia selebriti kelahiran Berlin ini yang ke-53 tahun.
Berusia lebih setengah abad, penampilan ibu kepada dua anak ini masih menawan dan awet muda.
Pada hari lahirnya, Sophia berkongsi beberapa foto peribadi di Instagram peribadinya yang mencecah 3.5 juta pengikut.
Walaupun kelihatan seperti baru bangun tidur, wajah Sophia tetap cantik dengan rambutnya yang kusut masai.
“Bangun pagi ini berasa sangat bersyukur.
“Terima kasih untuk satu tahun pengalaman dan pertemuan menakjubkan yang mengajar saya tentang penerimaan, tujuan, kekuatan, kebijaksanaan dan rahmat,” tulis Sophia dalam hantarannya di Instagram.
Sophia juga kelihatan sangat gembira dan berjanji untuk menjadi seorang yang lebih baik.
Hantaran itu telah menarik menarik perhatian para peminat serta pengikutnya.
Sedang sibuk menyelesaikan tugasan, tiba-tiba mata Idzarra berasa pedih. Air mata seperti tidak dapat ditahan-tahan merembes laju dan merecik-recik pada lensa kaca matanya. Ia benar-benar merimaskan.
Mungkin ramai di kalangan anda yang pernah melalui situasi sebegini. Mata pedih, sekali gus merembeskan air yang banyak sebenarnya merupakan petanda awal masalah kekeringan mata. Ia boleh terjadi apabila mata gagal mengawal air mata yang cukup dan acap kali dialami oleh individu yang berusia 40-an ke atas khususnya wanita.
Gejala mata kering dan pedih ini bukan sahaja merimaskan, tetapi turut menjejaskan beberapa aktiviti seperti ketika menggunakan komputer atau membaca untuk tempoh masa yang panjang. Bahkan, ia boleh mendatangkan bahaya terutama apabila sedang memandu bila mana situasi ini mengganggu tahap penglihatan.
Jenis-Jenis Gejala Mata Kering
Lapisan air mata terdiri daripada tiga lapisan lain. Ini termasuk lapisan air mata sebenar (bahagian tengah), lapisan lemak (paling luar) dan lapisan mukus (paling dalam). Apabila masalah mata kering berlaku, ini bermakna ada yang kurang pada salah satu daripada komponen tersebut.
Ketiga-tiga lapisan ini memiliki kelenjarnya sendiri dan kebanyakannya berada pada kelopak mata. Lapisan lemak merembes oleh kelenjar meibomian. Air mata pula oleh kelenjar lacrimal. Manakala lapisan mukus dikeluarkan oleh sel goblet. Jika salah satu daripada kelenjar ini rosak ataupun tercedera, fungsinya untuk merembeskan lapisan tersebut akan terjejas dan terhenti.
Kekurangan pada lapisan lemak dan mukus jarang berlaku. Selalunya kerosakan berlaku pada kelenjar lacrimal yang mengeluarkan air mata yang sebenar. Ia mudah rosak disebabkan kemalangan serta infeksi mata yang teruk dan lama. Semua kelenjar pada mata adalah sensitif.
Mata kering boleh dikaitkan dengan:
Radang permukaan mata, kelenjar lacrimal atau konjunktiva.
Mana-mana proses penyakit yang mengubah komponen air mata.
Peningkatan dalam permukaan mata seperti dalam penyakit tiroid apabila mata menonjol ke hadapan.
Penyakit kulit pada atau sekitar kelopak mata.
Pembedahan kosmetik, jika kelopak mata dibuka terlalu meluas.
Selain itu, mata kering turut ada kaitan dengan proses penuaan di samping faktor genetik. Wanita yang sudah hampir, sedang ataupun telah menopaus turut berkemungkinan mengalaminya. Individu yang telah ataupun baru berhadapan dengan masalah mata kering juga akan lebih sensitif pada angin dan pendingin hawa. Keadaan ini akan mempercepatkan lagi kekeringan mata.
Simptom awal pada mata akibat kekeringan
Antara simptom atau gejala mata kering boleh termasuk satu daripada yang berikut:
Rasa pedih atau panas
Terasa seperti berpasir atau seolah-olah ada sesuatu di dalam mata
Air mata merembes berlebihan dalam tempoh berterusan
Sakit dan mata kemerahan
Penglihatan kabur
Kelopak mata terasa berat
Gatal
Banyak mengeluarkan tahi mata
Rawatan Dan Cara Mengatasi
Dari segi rawatan, ia bergantung pada punca-punca mata kering. Biasanya doktor akan menggunakan pelbagai pendekatan untuk melegakan gejala ini.
Terdapat pelbagai kaedah untuk mengenal pasti mata kering. Antaranya termasuk menggunakan pewarna. Apabila pewarna dititiskan ke dalam mata, warna air mata akan berubah. Menerusi warna biru, lapisan mata akan kelihatan. Pesakit biasanya diminta mengerdipkan mata beberapa kali agar doktor dapat melihat berapa lama tempoh lapisan air mata itu tidak pecah. Ini dikenali sebagai tear breakup time.
Selain itu, ujian Schirmer juga boleh dilakukan. Dua helai kertas kecil akan diletakkan pada bucu mata. Masalah mata kering dapat dilihat menerusi berapa jauh kertas itu basah. Kertas tersebut hanya basah sedikit sahaja kalau individu terbabit berhadapan dengan masalah mata kering.
Jika menggunakan ujian ‘marginal tear strip’, akan nampak ada satu lapisan air mata macam bertakung. Jadi, kena lihat ketebalannya. Kalau air mata kering, ia akan nampak nipis. Masalah mata kering boleh dikenal pasti menerusi ujian-ujian tersebut serta simptom yang kelihatan.
Tidak ada banyak kaedah untuk merawat mata kering. Lazimnya, individu yang bermasalah akan diberikan ‘air mata palsu’ berbentuk ubat titis. Ia boleh diperoleh dalam pelbagai bentuk kepekatan. Ada yang begitu likat dan ada yang amat cair. Ia akan diberikan kepada pesakit berdasarkan keperluannya.
Air mata palsu ini boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti jeli. Biasanya ia diberikan secara kombinasi. Pesakit juga akan sentiasa bergantung dengan ubat. Pembedahan boleh dilakukan seandainya tahap kekeringan mata begitu kritikal. Jika air mata terlampau kering, saluran keluar air mata (drainage duct) boleh ditutup menerusi pembedahan. Dengan ini, air mata dapat ditakung supaya mata tidak kering sementara air mata lain merembes.
Selain itu, memakai cermin mata atau cermin mata hitam yang sesuai berhampiran dengan muka atau yang mempunyai perisai sisi, boleh membantu memperlahankan penyejatan air mata daripada permukaan mata. Elakkan keadaan kering bagi membolehkan mata anda berehat apabila melakukan aktiviti yang memerlukan anda menggunakan mata untuk jangka masa yang lama.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mencegah jerawat daripada tumbuh bukannya mudah, lebih-lebih lagi kalau 7 tabiat buruk ini masih dilakukan. Gunalah produk paling mahal sekali pun, kalau tabiat-tabiat ini tidak ditinggalkan ia boleh mengakibatkan jerawat kian parah.
Tabiat buruk ini menjadi punca jerawat semakin berleluasa yang mungkin anda sendiri tidak pernah sedari. Jom semak 7 kebiasaan berikut yang mungkin sedang anda lakukan tanpa sedar.
MENYENTUH WAJAH DENGAN TANGAN KOTOR
Selain gemar menyentuh wajah dengan tangan kotor, apa saja yang melekat di kulit wajah seperti telefon bimbit, solekan mahupun peluh boleh menyebabkan munculnya jerawat. Sebaiknya, bersihkan secara rutin agar tidak menjadi sarang bakteria yang boleh mengakibatkan wajah semakin berjerawat.
RAMBUT YANG TIDAK DICUCI
Tidak semua orang mencuci rambut setiap hari sehingga menyebabkan rambut yang kotor melekat pada kulit wajah seterusnya menimbulkan jerawat. Cucilah rambut anda secara rutin dan sebaiknya elak menggunakan produk rambut di sekitar dahi.
MUDAH KALAH DENGAN UBAT JERAWAT
Untuk merawat jerawat memerlukan jangka masa tertentu sebelum menampakkan hasilnya. Secara normal, perubahan atau hasil tidak mungkin dapat dilihat hanya dalam masa sehari mahupun seminggu. Jangan terburu-buru untuk ganti ubat jika tak nampak hasilnya. Sesetengah ubat ada yang memakan masa selama sebulan atau lebih untuk menampakkan hasil.
TERLALU KERAP CUCI MUKA ATAU SKRUB
Boleh mengakibatkan kulit semakin sensitif dan iritasi kerana wajah mengeluarkan minyak untuk melembapkan serta melindungi wajah. Cukup sekadar mencuci dua kali sehari dengan air dan sabun yang sesuai dengan keadaan kulit. Jika berjerawat elak menggunakan skrub.
MENCUCI WAJAH DENGAN CARA YANG SALAH
Jika anda mencuci wajah menggunakan tuala pastikan lihat dulu kebersihannya. Bakteria yang ada ada padanya mungkin akan berpindah ke wajah sehingga menimbulkan jerawat. Selain itu, jika anda terlalu kerap melakukan eksfoliasi, kulit mudah mengalami keradangan dan rosak.
GEMAR MEMICIT JERAWAT
Sebaiknya tinggalkan jauh-jauh tabiat ini. Memicit jerawat bukan boleh menghilangkannya malah menyebabkan kerosakan dan bekas luka pada kulit wajah. Gunakan ubat yang betul untuk mengurangkan jerawat seterusnya mengelakkan bekas luka.
TERLALU BANYAK MAKAN MAKANAN MANIS
Kajian menunjukkan kandungan gula dalam makanan seperti roti putih, kek, coklat dan makanan manis yang lain boleh menimbulkan jerawat. Sebaiknya hadkan pengambilan makanan dengan kandungan gula yang tinggi. Selain patuh saranan doktor jangan lupa perhatikan tabiat-tabiat yang boleh menyebabkan jerawat agar perawatan anda tidak sia-sia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!