
Penyanyi, Noh Salleh selamat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapa, petang semalam.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu berlangsung di kediaman keluarga perempuan di Putra Heights, Subang Jaya dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.
Menurut sumber terdekat yang juga kenalan ibu bapa Fatin menyatakan ahli keluarga terdekat Noh datang dari Kuching, Sarawak membawa bersama dulang hantaran. Difahamkan juga, pasangan ini dijangka diijabkabulkan pada 23 September 2023.
Wanita pilihannya itu bernama Fatin Athira Mustapa yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor
Terdahulu, Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Namun, mereka bercerai pada bulan Ogos tahun lalu. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat yang dikenali sebagai Musa.
Tahniah NONA ucapkan. Semoga perhubungan ini diredhai dan terus ke jinjang pelamin.
Sumber: Berita Harian, Utusan TV
Berjaya Hasilkan 160 Ribu PPE, Pereka Fesyen MELINDA LOOI Terharu Sumbangan Rakyat Malaysia!

Jika selama ini tugas pereka fesyen adalah menjahit busana anggun penuh glamor untuk dijual kepada pelanggan, namun segalanya berubah sejak Covid-19 melanda negara awal tahun lalu. Aneka warna fabrik mewah, aksesori manik dan labuci yang kebiasaannya menjadi ‘mainan’ di atas meja jahit terpaksa ‘ditolak’ tepi demi memenuhi permintaan luar biasa kelengkapan perlindungan diri atau Personal Protective Equipment (PPE). Waktu itu, hanya satu material khusus berwarna biru yang memenuhi ruang kerja kebanyakan pereka fesyen tempatan!
Menceritakan kembali saat getir menyiapkan PPE untuk kakitangan perubatan yang terlibat menangani Covid-19, Melinda Looi selaku Presiden Malaysia Official Designers Association (MODA) yang juga pereka fesyen ternama negara berkongsi kisah. Kata Melinda, momen menyaksikan petugas perubatan bersengkang mata menjahit sendiri PPE mereka di hospital masih segar di ingatan wanita berusia 47 tahun ini sekaligus meruntun jiwanya.

Enggan duduk di rumah tanpa mempedulikan perjuangan frontliners yang menggadai nyawa demi menangani wabak berbahaya berkenaan, Melinda terus menghubungi pihak terlibat dan menyuarakan hasratnya untuk turut serta membantu petugas perubatan. Tanggal 26 Mac, Melinda nekad menghubungi Hospital Kuala Lumpur dan menyatakan kesediaan untuk membantu menghasilkan PPE.
“Jujurnya, saya sangat berterima kasih kepada volunteer dan rakan fashion designer yang telah bertungkus-lumus membantu menyiapkan PPE ini. Bila tengok di TV, jururawat dan doktor yang sendiri buat, potong dan jahit PPE di hospital… saya rasa sedih kerana menjahit adalah kepakaran dan kerja saya. Saya tak boleh cuma duduk diam dan di rumah. Saya kena tolong!
Jadi saya terus telefon HKL dan beritahu mereka, ‘Saya, Melinda Looi. Presiden MODA dan saya ada banyak kawan designer yang boleh tolong’. Selepas mendapat persetujuan, saya terus post usaha tersebut di social media untuk cari dana dan volunteer. Saya sangat terharu melihat sokongan seluruh rakyat Malaysia yang mahu sama-sama membantu dan sangat sayangkan negara. Tak sangka ramai yang menghubungi saya untuk membantu.
Tak boleh buat sebarangan dan kena ikut prosedur yang telah ditetapkan pihak hospital. Bila selesai buat sample, kami minta doktor datang ke kilang untuk periksa seterusnya dihantar ke lab bagi mendapatkan kelulusan. Kami kena pastikan ia menggunakan material yang betul. Begitu juga dari segi jahitan.”
https://www.instagram.com/p/B-sCkKfnBc2/
Ujar Melinda lagi, dua hari selepas menghubungi HKL iaitu pada 28 Mac dia sekali lagi memohon bantuan dan sumbangan daripada masyarakat untuk membeli material di media sosial.
“Orang pertama yang menghubungi saya waktu itu ialah Khoon Hooi. Kemudian, Alia Bastamam diikuti Datuk Rizalman dan ramai lagi rakan designer prihatin lain yang turut sudi membantu. Termasuklah FashionValet yang membantu untuk mencari kutipan dana yang diperlukan menerusi platform e-dagang mereka.”
Difahamkan ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Melinda baru sahaja menggantung koleksi hari raya miliknya di butik. Akui Melinda, dia sangat terkesan dan buntu menghadapi hari sepanjang PKP kerana ia adalah kali pertama negara menguatkuasakan lockdown kepada rakyat.




Biarpun jumlah kes jangkitan Covid-19 semakin mampu diatasi dengan baik hingga ke hari ini namun Melinda bersama para sukarelawan dan rakan pereka fesyen tetap meneruskan usaha menjahit PPE untuk kegunaan pihak hospital kelak.
Kata Melinda, sehingga sekarang pihaknya mempunyai 40 ribu set PPE dalam simpanan stok. Syabas dan tahniah buat pereka fesyen negara yang telah memerah keringat membantu para petugas barisan hadapan menangani wabak coronavirus ini. Semoga usaha murni mereka memberi inspirasi kepada semua untuk turut membuat kebaikan. #KITAJAGAKITA
3 Ramuan Hebat Ini, Punca Mengapa Wanita Tak Boleh MOVE ON Nikmati COKLAT Setiap Hari!

Lebihkan sayur-sayuran, bijirin penuh dan sumber protein yang tinggi dalam diet harian merupakan nasihat biasa yang sering kita dengar daripada doktor setiap kali menyentuh soal pemakanan sihat. Tidak menafikan zat penting yang terkandung di dalam makanan tersebut, seorang pakar nutrisi, Dr Susan Mitchell secara terbuka mengakui diet sihat yang diamalkannya selama ini turut termasuk kudapan coklat gelap. Bahkan katanya, setiap hari dia akan menikmati sekurang-kurangnya satu keping coklat.
Berdasarkan kajian yang dilakukan Dr Mitchell, dia turut mendapati coklat adalah antara makanan utama yang sering diidamkan para wanita. Ini kerana menurutnya ramuan yang ada di dalam coklat cukup ‘berkuasa’ hingga mampu memberi kegembiraan minda yang optimum!
3 Kandungan Hebat Di Dalam Coklat
- Theobromine : sejenis kafein yang mencetus kegembiraan
- Tryptophane: meningkatkan tahap serotonin otak yang membuatkan seseornag berasa gembira
- Phenethylamine : merembes endorphins punca kepada perasaan bersemangat dan penuh rasa cinta
Manfaat kepada kesihatan
Tahukah anda coklat juga mengandungi anti oksidan dan berdasarkan penyelidikan, sebatian dalam coklat gelap melancarkan aliran darah seterusnya membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
Pilih coklat terbaik
Apabila memilih coklat ambil tahu label dan kandungan di dalamnya terlebih dahulu. Sebatian biji koko yang tinggi seperti dalam coklat gelap lebih berkhasiat berbanding coklat susu. Menurut Dr Mitchell, sekeping coklat gelap mengandungi di antara 60 hingga 100 kalori bergantung pada saiz.
Nikmati namun terkawal
Meskipun berkhasiat, coklat gelap mungkin tidak bebas lemak tetapi Dr Mitchell bertegas jika ia adalah makanan yang diidamkan, nikmatilah sebaiknya.
Sumber: www.oprah.com
Hasil Sentuhan Alha Alfa FATIN AFEEFA Anggun Ibarat Barbie Doll Pada Majlis Pernikahannya, Warga Maya Mula Ucap Tahniah

Pelakon Fatin Afeefa dikhabarkan telah selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Aliff Awang pada malam Jumaat. Aliff dipercayai seorang usahawan dan trader. Majlis pernikahan mereka dipercayai berlangsung di Putra Glass Hall, Subang Jaya. Menurut sumber Harian Metro pasangan terbabit selamat bergelar suami isteri kira-kira jam 8.40 malam dengan sekali lafaz. Berita gembira itu turut dikongsikan jurusolek terkenal iaitu Datuk Alha Alfa yang bertindak mencantikkan pengantin perempuan.
Perkara itu didedah dan dikongsikan oleh jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang dipertanggungjawabkan untuk menyolek serta mendandan bagi menaikkan seri pengantin perempuan majlis berkenaan. Yang pasti, Fatin kelihatan sangat anggun menyarung persalinan berwarna putih di samping bertudung litup.
“Fatin Afeefa, congrats dear!” tulis Alha secara ringkas menerusi video dirinya sedang menyiapkan Fatin. Dalam hantaran berbeza, Alha turut memuat naik foto Fatin yang kelihatan jelita selepas mendapat sentuhan jurusolek terkenal itu.
Meninjau di ruangan komen hantaran jurusolek hebat tersebut, rata-rata memuji solekan Alha Alfa yang nyata menaikkan seri pengantin baru Fatin malah ramai juga yang mula mengucapkan tahniah kepada Fatin.
Untuk rekod Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Herra Sophia, 7, manakala daripada perkahwinan sebelum ini Fatin mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian,10. Sehingga kini Fatin tidak memuat naik sebarang perkongsian mengenai hari bahagianya itu.
Apa-apapun NONA ucapkan tahniah kepada Fatin dan pasangan. Semoga kekal hingga ke Jannah.