
Khabar angin yang mengatakan kononnya rumah tangga kakak Neelofa, Noor Nabila sedang menghadapi masalah kini terjawab apabila empunya diri mengesahkan masih bahagia di samping suami tercinta, Engku Emran.
Seperti diketahui peminat, media sosial milik Nabila tiada lagi gambar suaminya sehingga menimbulkan spekulasi mengenai rumah tangga mereka yang dikatakan dilanda badai.
Bagaimana pun Nabila menjelaskan tindakannya memadam foto berdua adalah kerana berpunca daripada salah faham yang berlaku di antara mereka sebelum ini.



Dedah ibu Jebat Jayden ini, “Biasalah dalam perkahwinan, masa itu memang saya geram. Bukannya padam gambar pun, hanya simpan dalam arkib (archive) sahaja.
Rasanya mana-mana wanita pun akan melakukan perkara sama. Apabila bergaduh, perkara pertama yang dibuat adalah buang gambar di laman sosial.”
Mengulas lanjut, “Saya faham apabila menjadi perhatian, perkara kecil pun akan diperbesar. Tak terkejut kerana kami sekeluarga tahu implikasi ini.”




Tidak mendedahkan permasalahan mereka kepada umum sebelum ini, namun perkongsian Nabila yang memuat naik video suaminya ketika menunaikan solat di rumah mereka tidak lama dulu jelas memberi gambaran hubungan pasangan sama cantik sama padan ini kekal utuh.
Nabila dan Emran mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu. Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 namun berpisah tiga tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden.
Tolak ‘JEEP’ 2300 KG Dengan Tangki Minyak Penuh, Rejim Workout BRIE LARSON Dapatkan Susuk Tubuh CAPTAIN MARVEL!

Wow, boleh tahan ‘berat’ rejim senaman Brie Larson untuk menjayakan watak superwoman Captain Marvel ini! Boleh dikatakan setaraf latihan kecergasan kaum lelaki. Mana tidaknya, salah satu workout yang perlu dilakukan aktres berusia 29 tahun ini adalah menolak sebuah jip seberat 5000 paun atau hampir 2300 kilogram yang berisi tangki minyak penuh dengan seorang pemandu di dalamnya selama 60 minit! Fuh, memang luar biasa stamina Brie.
Mengambil khidmat jurulatih popular Hollywood iaitu Jason Walsh yang terkenal dalam kalangan bintang wanita terkenal seperti Emma Stone dan Alison Brie… Brie hanya mengambil masa sembilan bulan saja untuk mendapatkan susuk tubuh Captain Marvel.
Kalau kebanyakan selebriti wanita di dalam dan luar negara lebih tertarik membuat senaman yang memfokuskan kepada bahagian bawah badan seperti punggung… lain pula bagi superwoman ini. Memetik laporan Insider, rutin senaman yang diberikan Walsh kepada Brie lebih tertumpu di bahagian atas tubuh seperti bahu, pinggang, lengan, perut dan seangkatan dengannya.
Untuk memastikan bahagian tersebut fit dan menyerlahkan kegagahan Captain Marvel, Walsh merangka beberapa teknik kecergasan yang bersesuaian dengan keadaan diri Brie antaranya melalui rutin push ups dan hip thrusts.
View this post on InstagramGetting stronger is a process I’m committed to showing up for everyday. ???
A post shared by Brie (@brielarson) on
“Ia merupakan rutin terbesar yang perlu saya buat untuk menjayakan filem ini. Walsh sangat komited dengan tugasnya dan setiap hari dia akan berikan latihan senaman berbentuk bebanan (deadlift) yang berbeza-beza. Menariknya, bila dapat lakukan senaman berat itu… ia berjaya mengubah perspektif dan membuatkan saya lebih memahami keupayaan diri sendiri,” ujar Brie yang terkenal dengan jolokan nama Carol Denvers dalam filem blockbuster tersebut.
Bermula dengan hanya 20 rutin push ups, Brie turut dipaksa membuat tekan tubi sambil dililit dengan rantai besi yang berat di bahagian pinggangnya. Selain membuat hip thrusts dengan beban berat 400 paun.
Meskipun sudah selesai menjalani penggambaran filem Captain Marvel pada 6 Julai tahun lalu tapi Brie masih konsisten menjalani senaman bersama Walsh di samping rakan gimnya, Alison Brie.
Kredit: Instagram Brie Larson
Diuji Fibroid, Nora Danish Tak Serik Mengandung Lagi & Impi Anak Perempuan Sebelum Umur 40

Tidak berkelip mata setiap kali melihat kelibat figura yang cantik menawan ini. Nora Danish sentiasa tampil menawan dan bijak mengadun gaya yang sesuai dengannya. Berkesempatan bertemu dengan ibu kepada tiga orang anak ini, Nona tidak melepaskan peluang untuk bertanya khabar.
Nora khabarnya baharu sahaja selesai penggambaran filem terbaharunya. “Saya baharu sahaja shooting filem Polis Evo 3 dan selepas ini saya akan masuk set semula untuk sebuah telemovie dengan Osman Ali (ketika temu bual ini berlangsung),” tutur Nora Danish lembut.
Menurut Nora Danish selain berlakon pelakon berkulit putih ini sibuk menguruskan dua perniagaan iaitu Salun Karva dan jenama pakaian OwlbyNd. “OwlbyNd kini sedang sibuk dengan Raya Collection dan sekarang saya juga ada keluarkan produk terbaharu iaitu Tara V-mist. Jadi sekarang saya sedang tumpukan perhatian pada produk tersebut,” kata Nora Danish.
Bila ditanya tentang keinginan Nora Danish untuk tambah anak, sambil tersenyum jawab Nora Danish, “Itu lah seperti mana kata orang, seorang ibu selalu lupa kesakitan masa melahirkan sebab bila tengok anak dah besar rasa rindu nak ada baby balik.
Macam sekarang, anak saya dah berusia dua tahun, rasa macam cepat masa berlalu. Daripada baby kemudian dah boleh berjalan. Rindu nak ada baby especially baby girl sebab saya dah ada 3 anak lelaki. Kalau diberikan rezeki Nora nak anak perempuan. Insyaallah sebelum berumur 40 tahun ni,” ucap pelakon yang berusia 37 tahun ini.
Menyingkap kisah kelahiran Nora Danish terdahulu, “Kalau ikutkan saya ada rasa takut nak mengandung lagi sebab lastest baby lahir di usia 8 bulan sebab ada komplikasi fibroid. Saya ada pendarahan yang sangat teruk, so memang takut. Takut tapi macam nak juga, macam mana?” tutur Nora Danish berseloroh.
Nora Danish sempat menitipkan nasihat kepada semua wanita agar sentiasa menjaga kesihatan, “Nasihat saya kepada semua wanita agar selalu buat medical check up, pap smear dan sebagainya.
Ini penting supaya kita tahu tahap kesihatan dalaman. Kalau ada benda-benda (ketumbuhan) macam tu elok kita buang sebab takut boleh mendorong kepada kanser. Sentiasa buat check up sekurang-kurangnya setahun sekali.
Saya sendiri tak buat check up sebab tu tak tahu ada fibroid. Jangan amalkan sikap selalu ambil sambil lewa tahap kesihatan kita. Ingatan ini penting terutama wanita yang lepas melahirkan anak wajib buat check up,” ungkap Nora Danish yang sudah membuang fibroidnya.
Nora Danish sentiasa berpenampilan cantik, ketika diajukan sukarkah untuk kelihatan cantik, ujarnya, “Susah, memang susah. Paling susah untuk saya nak jaga berat badan. Sebab lepas melahirkan anak makan sikit saja tapi berat badan cepat naik,” bicara Nora Danish mengakhiri perbualan kami.
Anak Lelaki Lebih RINGKAS Emosinya. Ibu Ibu MESTI BELAJAR Ilmu Ini Untuk Didik Mereka

Ibu dan bapa, tunjang utama membentuk akhlak kanak-kanak. Lahirnya seorang anak kecil ke dunia mengukir senyuman kegembiraan buat mana-mana pasangan yang sudah berkahwin.
Namun, kebimbangan buat para ibu adalah untuk mendidik anak lelaki. Sifat berlawanan di antara ibu dan anak lelaki sering kali membuatkan si kecil sering mencari bapa sebagai ‘geng sekepala’.
Ada beberapa tip yang boleh para ibu curi daripada si ayah agar anak lelaki anda tidak merenggangkan hubungan anda berdua. Para ibu, sila ambil perhatian!
(a) Fikirkan caveman
Wanita dewasa mempunyai 1001 peringkat emosi termasuklah anak gadis anda. Tetapi, berlainan pula dengan sifat seorang lelaki. Hanya tiga perasaan wujud dalam diri mereka iaitu marah, sedih dan gembira. Jangan pamerkan emosi kompleks anda kepada anak lelaki kerana isu anak anda pada ketika itu tidaklah sekompleks yang disangka.
Si kecil hanya mahu membuang air, berlari dan makan. Ada hari-harinya, dia berlawan dengan beberapa orang teman kerana mengambil permainan tanpa pengetahuannya. Dia juga tidak duduk di jendela dan memerhatikan orang yang lalu-lalang, seperti kebanyakan anak-anak perempuan berusia lapan tahun akan lakukan. Anak lelaki lebih ringkas reaksinya.
(b) Perhatikan gaya badan, bukan bicara
Seperti lelaki dewasa, perasaan anak lelaki juga ditonjolkan menerusi bahasa badan. Melompat sana sini, berlari dan menunjukkan keriangan. Bagi mereka, duduk mendiamkan diri, tidak menggembirakan dan menjerit keriangan adalah sesuatu yang baik dengan bersikap mendiamkan diri maknanya mereka memerlukan perhatian.
(c) Apabila dalam kesedihan atau keraguan, peluklah
Lelaki biasanya sukar menzahirkan perasaan secara lisan. Baik sedih, marah atau gembira, kebanyakan lelaki lebih-lebih lagi anak-anak kecil lebih memilih untuk memendam perasaan. Perhatikan anak-anak lelaki anda, sekiranya mereka sedih, tanpa disedari air mata terus mengalir, tidak seperti kanak-kanak perempuan.
Gunakan kesempatan ini untuk memeluk mereka. jangan paksa mereka mencurahkan perasaan pada ketika dia menangis. Berikannya waktu kemudian hampiri mereka dengan pelukan mesra tanpa perlu berkata apa-apa. Selepas itu, mereka mula ceria kembali dan mungkin akan berkongsi perasaan sedih dengan anda.
(d) Ceritera kisah di bilik air
Kanak-kanak perempuan mula potty train seawal enam hingga sembilan bulan lebih awal dari kanak-kanak lelaki. Sekali kanak-kanak lelaki potty train, mereka sukar melepaskannya dan mula menyoal bertalu-talu.
Waktu yang diluangkan di dalam bilik air merupakan salah satu aktiviti kegemaran kanak-kanak lelaki. Pelbagai persoalan pasti diutarakan si kecil termasuk cara sistem penghadaman. Bersedialah dengan pengetahuan yang tinggi untuk disampaikan kepada anak-anak.
(e) Adi wira selamanya
Kanak-kanak lelaki dan superhero tidak dapat dipisahkan. Pada usia yang masih kecil, kanak-kanak sudah mula mengenali kepentingan kuasa kekuatan. Mereka percaya kepada kewujudan sikap kebaikan.
Sedikit sebanyak ia membantu membina sikap kebaikan dalam diri kanak-kanak. Perhatikan juga sekiranya anak-anak lelaki anda terikut-ikut keganasan yang dipaparkan. Pemerhatian ibu bapa masih penting dan relevan dalam situasi begini.
(f) Kemenangan bukan keutamaan
Di sekolah, kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti melibatkan pementasan. Kanak-kanak lelaki biasanya tidak mengambil pusing mengenai pertandingan yang diwakili. Mereka lebih tenang dan tidak terlalu teruja aktiviti yang dilakukan, apalagi melibatkan pentas persembahan.
Bahkan, mereka juga kurang memperkatakan mengenai hal ini berbanding kanak-kanak perempuan. Paling penting, sekiranya mereka mula bercerita mengenai persembahan yang bakal dilakukan, sebagai ibu anda perlu menerapkan kebaikan dan sikap terpuji yang boleh ditonjolkan.
Galak mereka berlatih bersungguh-sungguh agar peranan mereka di atas pentas boleh memberi pengajaran kepada kawan-kawan yang lain.
(g) Gaya itu penting
Hakikatnya, pakaian untuk kanak-kanak perempuan lebih banyak pilihan berbanding kanak-kanak lelaki. Dan kebanyakan ibu mengambil jalan mudah dengan hanya memberi mereka seluar denim dan kemeja.
Tetapi anda perlu pastikan mereka diberi seluar denim dan kemeja yang sesuai. Pilih fabrik yang selesa untuk mereka mengikut kesesuaian tempat yang ingin dituju. Tidak dinafikan, kanak-kanak lelaki sangat cenderung untuk kelihatan cool!
(h) Tidak menjadi perhatian
Cuba perhatikan anak perempuan anda. Mereka seakan lebih menyerlah apabila berada di khalayak ramai contohnya apabila berkumpul bersama saudara mara, teman mahupun orang yang tidak dikenali. Aktiviti begini seolah-olah memberi tenaga positif kepada mereka untuk bergaul dan bermesra.
Berbeza dengan kanak-kanak lelaki, mereka lebih pemalu dan sukar untuk berbual mesra. Proses ini mengambil masa dan kemudian baru anda boleh melihat anak lelaki mula bergaul dan berkomunikasi.
(i) Masa tidur membahagiakan
Kanak-kanak lelaki cukup lasak. 10 minit sebelum tidur adalah masa terbaik untuk diluangkan bersama mereka. bacakan buku-buku cerita kegemaran mereka dan bertanya mengenai aktiviti mereka seharian. Pasti kan mereka diberi pelukan mesra yang membahagiakan sehingga mereka tertidur. KR