Gelaran pensyarah muda yang memiliki PhD (Doktor Falsafah) menjadi status terhebat buat wanita berusia 30 tahun ini sekaligus menjadikan dirinya sebagai figura inspirasi buat seluruh kaum wanita. Dr Nur Kamilah Yusuf atau lebih mesra disapa sebagai Dr Kim menggalas peranan sebagai pensyarah di jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Dr Kim berjaya membuktikan bahawa kemampuan wanita juga setanding kaum lelaki khususnya dalam kerjaya bagi mengemudi tanggungjawab besar sebagai seorang ketua.

IKLAN

LATAR BELAKANG

Pada usia yang masih muda Dr Kim berjaya menggenggam PhD serta bergelar pensyarah muda dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Beliau kini mengajar subjek Matematik Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Etika Profesional (Pembuatan Pesawat) dan Instrumen Pesawat.

‘Terbanglah Setinggi Mana Pun, Usah Lupa Selalu Tunduk Ke Bawah!’ Pesan DR NUR KAMILAH YUSUF

‘Terbanglah Setinggi Mana Pun, Usah Lupa Selalu Tunduk Ke Bawah!’ Pesan DR NUR KAMILAH YUSUF

Dr Kim dilahirkan sebagai anak kepada pasangan pendidik iaitu bapanya, Yusuf Md Sheh serta ibu, Salbiah Mostam. Beliau dibesarkan dalam suasana persekitaran yang penuh dengan ilmu. Tahun lalu Dr Kim menerima penganugerahan Doktor Falsafah Kejuruteraan Mekanikal daripada UTHM.

Bukan calang-calang jurusan yang diceburi iaitu kejuruteraan serta sektor penerbangan dan aeronautik membuktikan kemampuan Dr Kim sebagai seorang superwoman. Dr Kim berjaya membuktikan kemampuannya memecahkan monopoli kaum lelaki dalam bidang kejuruteraan.

“Di UTHM saya merupakan pensyarah termuda yang memiliki PhD di situ. Seperkara lagi, saya turut memiliki lesen mengendali kapal terbang. Ia merupakan satu perkara agak jarang dilakukan oleh golongan wanita.

Pada mula saya mengambil jurusan kejuruteraan ini ramai yang menjangkakan bahawa saya tidak mampu melakukannya kerana ia merupakan satu perkara yang agak lasak. Sekiranya ada kesungguhan dan mendapat restu ibu bapa pasti segalanya dipermudahkan,” bicara Dr Kim.

IKLAN

‘Terbanglah Setinggi Mana Pun, Usah Lupa Selalu Tunduk Ke Bawah!’ Pesan DR NUR KAMILAH YUSUF

CABARAN

“Seperti yang kita tahu, cabaran bekerja di dalam bidang kejuruteraan ialah apabila kerjaya ini dimonopoli oleh kaum lelaki. Untuk bertahan di dalam bidang ini seseorang wanita itu haruslah bersedia dari segi fizikal dan juga mental. Saya bersyukur kerana ibu dan bapa menjadi pendorong serta tulang belakang yang paling kuat sejak kecil.

Terbanglah setinggi mana yang dimahukan tetapi usah lupa untuk selalu tunduk ke bawah,” kongski Dr Kim yang turut aktif dalam aktiviti lasak seperti mendaki gunung.

IKLAN

‘Terbanglah Setinggi Mana Pun, Usah Lupa Selalu Tunduk Ke Bawah!’ Pesan DR NUR KAMILAH YUSUF

RUTIN & GAYA HIDUP

“Setiap hari saya akan bangun dengan secawan kopi dan merangka to-do-list bagi hari tersebut. Ini bagi memastikan segala tugasan dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan. Aktiviti di gim, joging dan hiking dilakukan empat kali seminggu. Inilah sebenarnya masa untuk diri saya atau me time,” jelas Dr Kim.

HARAPAN

“Saya tidak akan berhenti dalam menuntut ilmu dan berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi. Tiada istilah berhenti menuntut ilmu dalam kamus hidup saya,” akhiri Dr Kim.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI