AIN EDRUCE

Terpaku dibuatnya bila tengok house tour selebriti popular, Ain Edruce. Dalam usia 30 tahun, kemampuan Ain dan suami memiliki rumah indah seperti yang dipaparkan dalam saluran YouTube pengacara tersebut nyata mengundang rasa kagum dalam kalangan peminat.

Malah, daripada paparan video berkenaan juga jelas menunjukkan pasangan suami isteri muda ini mempunyai cita rasa yang tinggi, mewah dan elegan dalam menghias ruang kediaman.

IKLAN

Sejak disiarkan di YouTube Ain Edruce, kisah mengenai rumah aktres ini menjadi bualan hangat dan viral di Internet. Rata-rata peminat juga menyifatkan Ain bukan hanya memiliki personaliti mesra dan lucu bahkan dia juga cukup merendah diri kerana jarang bercerita tentang sisi peribadinya kepada umum.

Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel! Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel! Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel!

Namun, dek kerana sayang dan menghargai sokongan dan permintaan peminat yang sering memintanya berkongsi suasana ruang kediaman… Ain akhirnya akur merealisasikan hasrat 638 ribu subscribers. Sehingga ke hari ini, video house tour Ain Edruce sudah pun melebihi dua juta tontonan!

Mengintai komen peminat, kebanyakan mereka meluahkan rasa teruja dan menganggap mahligai Ain dan suami tercinta, Amirul Hafiz ini ibarat rumah idaman ramai. Pemilihan perabot, dekorasi dan keluasan rumah elit figura ini sememangnya berjaya mencipta suasana tenang.

Ujar Ain, sofa yang diletakkan di rumah tamu rumahnya direka khas mengikut cita rasa dan kesesuaian Ain dan suami.

Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel! Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel! Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel! Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel!

Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel! Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel!

Paling mencuri tumpuan ialah meja makan yang dibeli pasangan ini. Bukan calang-calang perabot kerana ia diperbuat daripada sebatang pokok besar yang utuh, tahan lama dan cantik. Disebabkan keteguhan dan ketahanannya, Ain mengaku ia dibeli dengan harga yang agak mahal.

Ruang dapur juga tidak kurang hebatnya. Selain memiliki ‘island’ yang diperbuat daripada marmar, perkakasan dapur yang ada di rumah Ain juga berteknologi canggih dan terkini. Ruang dapur mereka turut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dapur basah dan dapur kering.

IKLAN

Berkongsi gambar awal sebelum kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan, dedah Ain, “OMG, jumpa balik gambar ni baru sedar dari zero to hero. Aku ni sejenis cerewet tau especially bab-bab nak cantikkan rumah ni.

Sebenarnya concept nak traditional Bali, gelap-gelap gitu tapi Mirul kata rumah gelap rezeki tak masuk. Haha then, we decided to do modern Bali. Thank you to Cosy Forus for making it happen. Worth every penny.”

Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel! Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel! Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel! Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel! Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel!

Menjenguk ke tingkat atas kediaman pula terdapat satu ruang yang masih dalam proses pengubahsuaian selain turut menempatkan ruang tidur utama yang sangat luas, moden dan mewah! Dilengkapi dengan bilik dua bilik air, bersebelahan bilik tidur utama juga telah diubah suai menjadi ruang simpanan baju dan aksesori mereka suami isteri.

IKLAN

Keseluruhannya mahligai dua tingkat ini sudah cukup mengagumkan. Pendek kata, dah nampak seperti sebuah resort dan hotel bertaraf lima bintang!

Selain memiliki mahligai indah dan selesa serta kerjaya yang semakin meningkat naik, kehidupan Ain lebih istimewa sejak kehadiran cahaya mata sulung.

Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel! Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel! Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel! Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel! Terpegun Mahligai Indah AIN EDRUCE, Usia 30 Tahun Dah Ada Aset Mewah & Anak Comel!

Tanggal 19 Mei lalu, Ain selamat bersalin bayi perempuan yang diberi nama Soraya. 4 Ogos lepas pula merupakan ulang tahun kelahiran Ain yang ke-30.

Mengimbas kembali detik percintaan Ain dan Amirul, kedua-duanya selamat bergelar tunang pada tanggal 22 Jun 2019 sebelum sah bergelar suami isteri pada 13 Disember tahun yang sama.

 

Kredit foto: Instagram Ain Edruce

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI