Sejak pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengumumkan khabar gembira tentang kehamilan anak sulungnya, sehari demi sehari terserlah seri ibu mengandung di wajahnya.

IKLAN

Melihat fotonya ketika menghadiri majlis nugerah Meletop Era 2021 (AME 2021) semalam, jelas terserlah seri ibu mengandung.

Menggayakan dres labuh rona merah rekaan Shanell Harun, Uyaina turut dicalonkan untuk anugerah Pelakon Meletop di samping Dini Schatzmann, Fasha Sandha, Mira Filzah dan Uqasha Senrose.

Terserlah Seri Ibu Mengandung, ‘Mommy-To-Be’ UYAINA ARSHAD Bakal Masuk Trimester Ketiga
Foto: Instagram @uyainaarshad
Terserlah Seri Ibu Mengandung, ‘Mommy-To-Be’ UYAINA ARSHAD Bakal Masuk Trimester Ketiga
Foto: Instagram @uyainaarshad

Walaupun kalah di tangan Fasha Sandha dalam kategori tersebut tetapi penampilan Uyaina Arshad atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad tetap menarik perhatian.

Usia kandungan wajah Ariani yang kini berusia 30 tahun ini bakal masuk trimester ketiga seperti yang telah dikongsikannya di laman media sosial milik peribadinya.

Can’t believe I’ll be entering my third trimester in a few weeks! For now morning sickness dah banyak kurang, alhamdullilah,” tulis Uyaina Arshad yang telah berkahwin dengan penyanyi Raja Syahiran di Colony Star Boulevard di ibu negara pada 21 Disember lalu.

Terserlah Seri Ibu Mengandung, ‘Mommy-To-Be’ UYAINA ARSHAD Bakal Masuk Trimester Ketiga
Foto: Instagram @uyainaarshad
Terserlah Seri Ibu Mengandung, ‘Mommy-To-Be’ UYAINA ARSHAD Bakal Masuk Trimester Ketiga
Foto: Instagram @uyainaarshad

Bakal ibu ini juga tidak terlepas daripada ujian dalam tempoh kehamilannya. Pada tarikh 11 April lalu, pengacara finale Pencarian Nona Superwoman 2021 ini telah menjalani pembedahan membuang apendiks selepas mengalami kesakitan teruk pada bahagian bawah perut sebelah kanan.

IKLAN

Selang beberapa hari selepas menjalani pembedahan apendiks, Uyaina Arshad yang sedang hamil tiga bulan ketika itu sekali lagi diuji apabila doktor memaklumkan dia mengalami keradangan pada dinding rahim. Semoga Uyaina Arshad terus kuat dan tabah serta berjaya mengharungi tempoh kehamilan ini dengan baik.

Terserlah Seri Ibu Mengandung, ‘Mommy-To-Be’ UYAINA ARSHAD Bakal Masuk Trimester Ketiga
Foto: Instagram @uyainaarshad

Juara Puteri Muslimah Asia 2018 ini tidak pernah berselindung dibesarkan dibesarkan oleh ibu tunggal malah bangga apabila dia dan adik-beradik tidak pernah rasa kekurangan.

IKLAN

“Macam ummi, Yana tengok reason dia untuk hidup ialah anak-anak dia. Bukan nak bangga diri tapi ummi memang berjaya besarkan kami empat beradik ni successfully. Abang sulung Yana jadi doktor, abang nombor dua jadi pilot, kakak Yana pula jadi cikgu.

Terserlah Seri Ibu Mengandung, ‘Mommy-To-Be’ UYAINA ARSHAD Bakal Masuk Trimester Ketiga
Foto: Instagram @uyainaarshad

Yana sepatutnya jadi lawyer tapi tersimpang sikit pulak. Ingat lagi dia jual rumah, jual tanah semata-mata nak tanggung anak belajar. Kalau nak rasa keberkatan hidup, kejayaan dalam hidup, you make your mom happy. You bahagiakan mak you and you will see apa yang akan dapat lepas tu,” kata Uyaina yang mesra membahasakan dirinya sebagai Yana.

Baca juga; Setia Menemani Suami, Aura Datin Sri Muhaini Manis & Sopan Tarik Perhatian

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI