DATO' SRI SITI NURHALIZA

Seronok tengok Dato’ Sri Siti Nurhaliza menyambut ketibaan Ramadan tahun ini. Selain sedang menghitung hari menanti kehadiran cahaya mata baru tidak lama lagi, Ramadan kali ini lebih bermakna apabila beliau dapat beribadah bersama keluarga tersayang dalam suasana baharu di surau kediaman miliknya. Apatah lagi dalam situasi pandemik Covid-19 dan PKP, pastinya ibadah secara berjemaah di rumah lebih selamat.

IKLAN

Memuat naik foto terkini ruang surau kediaman di Instagram miliknya baru-baru ini, ibu kepada Siti Aafiyah ini teruja berkongsi dekorasi. “Alhamdulillah, semuanya siap untuk menyambut Ramadan nanti. Terima kasih buat Lantera Creative Home dan Boss 7 Group yang bergabung untuk siapkan surau di rumah saya.

Semoga Allah limpahkan rezeki buat kalian. Hasil kerja yang sangat teliti dan memuaskan hati. Yang nak renovation dan deco rumah atau surau di rumah, anda boleh contact mereka ya. Memang puas hati!!”

Dalam pada itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut menitipkan sedikit perkongsian mengenai usaha membina sebuah masjid. “Al-Hafiz Ibn Hajr al-‘Asqalani juga dalam kitabnya yang sama, iaitu menyebut bahawa ganjaran membina masjid itu tetap juga akan diterima oleh pembuatnya sekalipun ia sangat kecil. Sehingga disebut yang bermaksud, ‘Sekalipun sebesar sarang burung merbuk.’

Namun pengertian yang hendak dikhabarkan dari ungkapan ini sebenarnya ialah sekecil mana pun sumbangan kita dalam membina masjid itu tetap diperkirakan oleh Allah ganjarannya. SubhanaAllah, demikian perhatian dan kemurahan Allah terhadap orang yang melibatkan diri dalam pembinaan masjid ini. Wallahualam.”

IKLAN

1 April lepas merupakan ulang tahun kerjaya Dato’ Sri Siti ke-25 sebagai anak seni. Biarpun sedang sarat hamil anak kedua, namun isteri Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ini ligat mengurus empayar niaga dan menjalin kolaborasi dengan pelbagai pihak.

Antaranya usaha sama dengan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) untuk edisi Emas Istimewa Jubli Siti 25, pelitup muka Jovian edisi Siti Nurhaliza dan jenama hijab Afiya by Siti Nurhaliza serta pelancaran Beaukids Aafiyah Nutri Jelly Drink.

IKLAN

Semoga tahun 2021 ini memberi lebih banyak kejayaan dan kehidupan bermakna buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekeluarga!

 

 

Kredit foto: Instagram ctdk