Meskipun pandemik COVID-19 memberi kesan besar terhadap ekonomi global, namun kedudukan dua pemerintah dari negara jiran ini terus bertahan dalam senarai kerabat diraja paling kaya di dunia.

Menurut laporan Daily Star, Raja Thailand iaitu Raja Maha Vajiralongkorn menduduki tempat pertama dalam senarai lima kerabat diraja paling kaya di dunia, dengan nilai kekayaan lebih AS$43 bilion (RM174.10 bilion).

IKLAN

Dikenali sebagai Raja Asia Tenggara atau Rama X, bayangkan jumlah kekayaan yang dimiliki oleh Raja Maha Vajiralongkorn adalah lebih 100 kali ganda berbanding Ratu Elizabeth yang dianggarkan sebanyak 350 juta Pound (RM1.93 bilion). Baginda juga mempunyai 38 pesawat jet dan helikopter.

Thailand, Brunei Duduki Tangga Teratas, Ini Senarai 5 Billionaires Dari Istana Terkaya Di Dunia
Nilai kekayaan baginda mengatasi nilai kekayaan Ratu England

Menurut laporan Fortune, sebahagian besar kekayaan Raja Maha Vajiralongkorn adalah daripada 23 peratus pegangan saham di Bank Komersial Siam dan Kumpulan Siam Cement.

 

(2) Sultan Brunei

Sementara itu, Sultan Hassanal Bolkiah berada pada senarai kedua dengan mengekalkan jumlah kekayaan sebanyak AS$28 bilion (RM113.37 bilion) yang kebanyakan adalah hasil daripada industri minyak dan gas.

Sultan Hassanal terkenal dengan perbelanjaan mewah dan dilaporkan mempunyai 5,000 kenderaan termasuk ratusan buah kereta Rolls Royce.

Thailand, Brunei Duduki Tangga Teratas, Ini Senarai 5 Billionaires Dari Istana Terkaya Di Dunia
Tuanku Sultan Brunei sudah bertakhta selama 54 tahun

 

(3) Raja Arab Saudi

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al Saud menduduki tempat ketiga dalam senarai tersebut dengan memiliki kekayaan yang bernilai AS$18 bilion (RM72.88 bilion).

Thailand, Brunei Duduki Tangga Teratas, Ini Senarai 5 Billionaires Dari Istana Terkaya Di Dunia
Hasil kekayaan dari sumber minyak

 

IKLAN

Sumber kekayaan Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud adalah melalui perniagaan keluarga yang dianggarkan bernilai AS$1.4 trilion (RM5.5 trilion) yang merangkumi syarikat gergasi minyak, Saudi Aramco.

 

(4) Presiden Emiriah Arab Bersatu

Thailand, Brunei Duduki Tangga Teratas, Ini Senarai 5 Billionaires Dari Istana Terkaya Di Dunia
Billionaire Arab yang mengumpul hasil minyak (Foto: REUTERS)

Emir Abu Dhabi, Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan berada di tempat keempat dengan kekayaan dianggarkan bernilai AS$15 bilion (RM60.73 bilion).

IKLAN

Sebahagian besar kekayaan Sheikh Khalifa adalah daripada pengurusan rizab minyak berlebihan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Panama Paper mendakwa beliau memiliki banyak harta tanah mewah di London yang bernilai lebih AS$ 1.7 bilion (RM6.8 bilion).

 

(5) Raja Maghribi

Thailand, Brunei Duduki Tangga Teratas, Ini Senarai 5 Billionaires Dari Istana Terkaya Di Dunia
Raja Mohammed VI menjalin hubungan diplomatik dengan negara penjajah

Raja Mohammed VI menduduki tempat kelima kerabat diraja paling kaya di dunia yang dikatakan memiliki kekayaan bernilai antara AS$2 bilion dan AS$8 bilion (RM8.09 bilion dan RM32.39 bilion).

Raja Mohammed VI mewarisi 35 peratus kepentingan dalam syarikat Société Nationale d’Investissement (SNI) daripada mendiang ayahnya, Raja Hassan.

Maghribi menjadi negara Arab keempat sejak Ogos 2020 yang mengumumkan perjanjian bersama Amerika Syarikat (AS) untuk menormalkan hubungan dengan Isr4el, selepas Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Sudan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI