Genap hari ketujuh kelahiran si comel, selebriti Mira Filzah dan suami umum nama bayi mereka – Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar, usai majlis kecil-kecilan yang diadakan hujung minggu lalu.
Bertemakan warna baby blue, majlis ibadah tahnik dan bercukur Wan Khair Amir itu turut dihadiri Ustaz Don Daniyal, ibu bapa serta ahli keluarga terdekat mereka. Si comel ini telah dilahirkan pada Selasa 9 Syawal, bersamaan 10 Mei 2022 jam 3.40 pagi.
IKLAN
Tarikh kelahiran anak pertama Mira Filzah itu juga sama dengan tarikh lahirnya mengikut kalender Islam.
Ustaz Don dan Emir
Bersama Ustaz Don dan isteri
“Khair membawa makna baik dan elok, juga diambil daripada nama arwah Papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar). Amir pula bermaksud orang yang memegang perintah, pemimpin, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah.” Wan Emir & Mira Filzah
Memetik pengalaman ibu jelita ini, Mira mengakui masih cuba menyesuaikan diri dengan waktu tidur barunya.
IKLAN
“Still adjusting my tidur time. Slept for 1 hour je malam semalam, nasib baik sempat panggil @halisa_said makeup jam 7 pagi. Thank you Lisa for the last minute request. Rumah dekat, confident sikit Lisa mesti boleh datang makeup.” Mira Filzah
Meskipun kelihatan sedikit penat, namun seri ibu jelita itu tetap terserlah. Keterujaan jelas tergambar di wajah Mira dan Emir dalam melayari perkahwinan ditemani anak tersayang. Pasangan bahagia ini turut memanjatkan doa terhadap kelahiran bayi mereka.
“Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh, dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air, aamin.”
IKLAN
Kelahiran Amir melengkapi kebahagiaan Mira & Emir
Datuk Mastura turut meraikan majlis cucu kesayangannya
Bersama ahli keluarga Emir
Bersama ibu bapa dan adik-beradik Mira
Tak ketinggalan, ibu Emir iaitu YB Datuk Mastura Tan Sri Dato’ Mohd Yazid turut menyerikan majlis cucu kesayangannya sambil mengenakan pakaian sedondon dengan keluarga kecil anaknya iaitu baby blue. Ibu bapa Mira serta seisi keluarga pasangan ini juga kelihatan dalam majlis istimewa itu.
“Emir and Mira named their first born, a son, WAN KHAIR AMIR. Allah bless. Love you.”
Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), cuaca panas yang dialami sekarang dijangka berlarutan sehingga pertengahan September berikutan monsun Barat Daya yang mengakibatkan iklim panas dan kering.
Cuaca yang sangat panas boleh menimbulkan beberapa masalah kesihatan di kalangan orang ramai termasuk ruam panas, kekejangan, keletihan dan strok haba.
Banyak langkah berjaga-jaga perlu diambil apabila melakukan aktiviti luar, antaranya minum lebih banyak air. Tapi sebaik-baiknya, berlindunglah di bawah tempat redup atau di dalam rumah bagi menjaga kesihatan.
Penghawa dingin adalah pilihan utama bagi kebanyakan orang untuk mengharungi cuaca panas kerana ia sangat selesa untuk kekal sejuk pada suhu pilihan. Walaupun ia memberi kita keselesaan yang tak terbanding, kita mesti sedar tentang masalah yang akan timbul apabila ia digunakan dengan terlalu lama.
Penggunaan penghawa dingin bukan sahaja menyebabkan peningkatan pada bil elektrik akibat tenaga yang diperlukan, ia juga salah satu punca pemanasan global yang merupakan isu alam sekitar utama pada masa kini.
Untuk mengelakkan sebarang masalah seperti yang disebutkan, berikut adalah beberapa penyelesaian alternatif mesra alam dan mesra dompet yang boleh kita lakukan di rumah untuk menyejukkan hari yang panas!
1. Gantikan mentol pijar ke mentol LED
Semua peralatan elektronik menghasilkan haba apabila menjana elektrik dan menyumbang kepada peningkatan suhu bilik. Ini termasuk mentol lampu.
Berbanding dengan mentol pijar tradisional, mentol LED menggunakan lebih sedikit tenaga dan menjana lebih sedikit haba serta lebih cekap tenaga.
Oleh itu, jika anda cuba menyejukkan bilik anda, peralihan kecil seperti pertukaran kepada mentol LED dapat membantu dan ia juga akan mengurangkan bil elektrik anda!
Menukar mentol pijar kepada mentol LED akan membantu mengurangkan haba dan penggunaan tenaga.
2. Pasang bidai atau langsir gelap
Cahaya matahari yang mengalir melalui tingkap akan meningkatkan suhu bilik. Lagi besar tingkap, lagi banyak haba yang akan terkumpul.
Bidai dan langsir gelap adalah salah satu cara paling berkesan untuk menghalang cahaya matahari langsung daripada memanaskan ruang. Sebelum anda meninggalkan rumah, tutup langsir dahulu supaya anda boleh kembali ke rumah yang lebih sejuk.
Tirai gelap atau bidai dapat menghalang cahaya matahari daripada masuk ke dalam bilik sekali gus mengurangkan peningkatan haba.
3. Lekatkan filem gelap pada tingkap
Walaupun langsir adalah cara yang mudah dan berkesan untuk menghalang cahaya matahari yang terik, ramai yang mungkin tidak mahu berada dalam ruang gelap pada siang hari. Pemasangan filem gelap (tinted) pada tingkap di rumah anda boleh mengurangkan haba daripada cahaya matahari sambil mengekalkan cahaya semula jadi.
Secara amnya, filem gelap memantulkan haba untuk mengelakkan peningkatan suhu bilik. Terdapat juga filem gelap di pasaran yang direka khusus untuk melindungi daripada sinaran UV yang langsung dapat memastikan rumah kekal pada suhu yang lebih sejuk.
Tingkap berfilem gelap memantulkan sinaran UV sambil membenarkan cahaya semula jadi masuk ke dalam rumah.
4. Wujudkan kolam dan hiasan air
Pemasangan hiasan air di dalam rumah telah menjadi semakin popular kerana ia bukan sahaja bertindak sebagai sistem penyejukan semula jadi cekap tenaga untuk ruang kediaman kita, malah mewujudkan suasana yang amat menenangkan.
Di samping itu, air menambah kelembapan pada ruang kediaman, meningkatkan kualiti udara sambil menyejukkan udara di sekitar kawasan di mana hiasan air diletakkan. Walau bagaimanapun, faedah ini tidak akan kekal jika hiasan air tidak dipasang atau diselenggara dengan baik.
Menurut Encik Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau Waterco, jika semua peralatan dipilih dan dipasang dengan betul, aliran air pasti lancar dan ia hanya akan memerlukan penyelenggaraan yang minimum pada masa hadapan.
Hiasan air membantu mencipta sistem penyejukan semula jadi dan membawa suasana yang indah ke ruang kediaman.
“Terdapat beberapa faktor yang menentukan hiasan air yang berjaya, dan salah satunya ialah saiz pam. Memilih pam air mengikut reka bentuk hiasan air adalah penting kerana ia akan memastikan kelancaran aliran air tanpa percikan merata.
Sistem penapisan air yang berkesan juga penting untuk memastikan air bersih dan selamat, terutamanya bagi mereka yang ingin menternak ikan dalam hiasan air mereka. Ini untuk mengelakkan bau dan mengurangkan penyelenggaraan yang diperlukan.”
5. Lap kipas siling anda dengan kerap
Tahukah anda lapisan habuk tebal pada kipas siling adalah salah satu faktor utama yang mempengaruhi kesan penyejukan kipas? Pembersihan kipas siling sememangnya menyusahkan dan ramai juga yang mungkin hanya membersihkannya setahun sekali.
Habuk pada kipas bukan sahaja kotor malah ia juga memperlahankan kelajuan kipas kerana lebih banyak tenaga diperlukan untuk berpusing. Bersihkanlah kipas siling anda dengan kerap dan anda pasti akan merasai perbezaannya!
Kipas siling hendaklah dibersihkan untuk mengelakkan habuk bertimbun yang akan memperlahankan kipas dan menjejaskan kebersihan persekitaran tempat tinggal.
Cubalah langkah-langkah mudah ini dan jangan bergantung pada penghawa dingin untuk kekal sejuk di rumah! Anda mungkin mendapati langkah-langkah ini bermanfaat untuk dompet anda, ruang kediaman dan alam sekitar.
Pelakon dan juruhebah Sinar FM, Siti Elizad baru-baru ini menyatakan rasa kesyukuran dan terharunya apabila berkesempatan untuk bertentang mata dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di acara Golf Amal Tengku Azizah Fertility Foundation (TAFF) 2023 anjuran Kuala Lumpur Section Society Petroleum Engineer (KLSSPE) di Impian Golf & Country Club, Kajang.
Apa yang menariknya tindakan Raja Permaisuri Agong mengusap perut Elizad sambil mendoakan dirinya bakal dikurniakan cahaya mata kelak.
Menurut Siti Elizad, Tunku Permaisuri yang baru sahaja kembali ke tanah air setelah menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci Mekah itu telah mengusap perutnya dan mendoakan agar dia dan suami bakal menjadi ibu dan bapa tidak lama lagi.
“Tunku Permaisuri Elizad, saya baru balik dari Haji ni (sambil usap perut kita). InsyaAllah ada rezekinya nanti, ikhtiar lagi. Terima Kasih Raja Permairusi Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas keprihatinan dan doa indah dari Tuanku yang tak henti-henti dari dulu lagi.”- tulis Elizad di Instagramnya.
Perkongsian Elizad tersebut turut dibanjiri dan mendapat respon oleh netizen serta rakan selebriti seperti Bella Astillah, Shima Anuar, Radin ERA, dan ramai lagi yang menitipkan doa buat Elizad agar dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti.
Kami di NONA juta turut mendoakan agar Elizad dan suami bakal dikurniakan cahaya mata kelak. Aaminn.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan ketika melakukan dekorasi ruang tamu. Mungkin ia dilakukan tanpa sedar namun kesilapan-kesilapan tersebut boleh menjejaskan keindahan ruang tamu sedia ada. Berikut Nona kongsi 8 faktor terhadap kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan. Mudah-mudahan anda lebih peka selepas ini.
SALAH PILIH SOFA
Salah memilih sofa boleh menjejaskan konsep ruang tamu. Sebelum membeli sofa pastikan terlebih dahulu sama ada ia sesuai atau tidak dengan konsep interior ruang tamu. Ambil kira juga ukuran, warna, rekaan dan fungsi utamanya. Contoh, anda boleh memilih sofa dengan rekaan ringkas bagi ruang tamu berkonsepkan minimalis.
UKURAN PERMAIDANI
Kesalahan yang sering kali dilakukan ketika dekorasi ruang tamu ialah memilih permaidani yang berukuran terlalu kecil. Permaidani bersaiz kecil hanya sesuai untuk bilik tidur. Seeloknya, sebelum membeli permaidani ketahui dulu ukuran sebenar ruang tamu.
Jangan pilih hanya kerana motif dan warna yang menarik sedangkan ukurannya tidak sesuai dengan ruang tamu.
KOMBINASI GAYA
Anda boleh sahaja menggabungkan motif, warna, tema atau gaya pada interior kediaman agar lebih menarik. Tetapi, jangan sampai kombinasi itu boleh menjejaskan dekorasi ruang. Sesuaikan dengan tema interior ruang tamu agar dekorasinya nampak serasi.
TELEVISYEN
Sering kali kita lihat, ruang tamu dijadikan umpama home theatre. Semua perabot disusun menghala ke arah televisyen. Sebaiknya, berikan sedikit ‘kebebasan’ pada ruang tamu.Tidak semua perabot di ruang tamu perlu menghalake arah televisyen. Jadilah lebih kreatif dalam menyusun atur perabot di ruang utama ini.
MERAPATKAN PERABOT KE DINDING
Tidak semua ruang akan kelihatan menarik dengan cara ini. Ia seolah-olah ada tarikan magnet yang menarik semua perabot ke dinding. Justeru, bijaklah dalam menata gaya ruang tamu khususnya dalam menyusun atur perabot agar terlihat seimbang.
TERLALU BANYAK HIASAN
Aksen dekorasi dan hiasan ruang tamu yang berlebihan boleh mengganggu keindahan dan ketenangan ruang. Lebih-lebih lagi jika anda meletakkan hiasan yang tidak sesuai. Ingat, jangan semata-mata mahu menampakkan kesan mewah pada ruang tamu anda melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan keindahannya.