
Bertambah lagi ahli keluarga Dato’ Seri Azmin Ali! 7 Julai lalu pastinya menjadi detik bahagia buat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang ini apabila menerima kehadiran seorang lagi cucu. Ini selepas anak perempuan Dato’ Seri Azmin iaitu Farah Amira selamat melahirkan cahaya mata sulung.
Berkongsi khabar gembira itu di media sosial miliknya, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memuat naik foto dirinya mendukung bayi di dalam wad bersama isteri, anak-anak dan besan.
Kelihatan ruang wad tersebut turut dihiasi dekorasi belon berwarna biru yang melambangkan jantina lelaki.
Dato’ Seri Azmin Ali Timang Cucu Ke-8

Teruja menyambut cucu baharu, Dato’ Seri Azmin menzahirkan rasa syukur atas kurniaan terindah itu.
“Alhamdulillah syukur. Saya dan Shida dikurniakan seorang lagi cucu lelaki. Tepat jam 7.47 pagi. anak perempuan kami, Farah Amira melahirkan anak sulung.
Tahniah Amira dan Hakim. Alhamdulillah ini adalah cucu kelapan untuk kami; 6 lelaki dan 2 perempuan. Kami juga bersyukur kerana Amira dan bayi sulungnya, Wan Aslan Ali sihat walafiat.
Turut tidak dilupakan ialah besan yang setia berada di sisi anaknya dan meraikan kelahiran cucu yang keenam bagi mereka.

“Tahniah juga kepada besan kami, Dato’ Sri Wan Zakariah Wan Muda dan Datin Sri Nurul Hayati Yahya yang menerima cucu yang ke-6 dalam keluarga mereka.
Moga Allah SWT senantiasa memberkati keluarga besar kami dan mengurniakan kebahagiaan kepada kami sekeluarga.”
Rumah Tangga Dato’ Seri Azmin Ali
30 Julai ini genap 38 tahun usia perkahwinan Dato’ Seri Azmin Ali dan Datin Seri Shamshida Taharin.

View this post on Instagram
Hasil perkongsian hidup selama lebih tiga dekad, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Farah Shazliyana, Mohamed Ameer Shazrin, Farah Amira, Farah Afifah, Mohamed Basheer Noor Alhaq dan Mohamed Yusuf Al Sadiq.
Mendekati ratu hati bekas pemimpin berkenaan, Datin Seri Shamshida seorang wanita berjiwa cekal dan ibu penyayang. Dia dan Dato’ Seri Azmin melanjutkan pengajian di universiti yang sama di Amerika Syarikat.
Dari awal pembabitan Dato’ Seri Azmin Ali dalam arena politik sehinggalah menyandang jawatan menteri suatu ketika dulu, wanita ini setia berdiri di belakang suami tercinta.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!





