Membuat keputusan untuk berhenti makan gaji semestinya bukan mudah. Bagi kebanyakan orang, kerjaya makan gaji setiap bulan lebih memuaskan dengan pendapatan lebih terjamin.

Namun bagi wanita hebat ini pula, dia tekad melepaskan jawatan sebagai seorang jurubank demi mengejar impian mengubah kehidupan, dengan terjun dalam bidang perniagaan dan kini mengalas jawatan Pengasas dan Pengerusi agensi perundingan sendiri iaitu Angel Group Agency, yang membantu dalam solusi pemulihan ekonomi.

IKLAN

Menurut Aida Abd Karim yang lahir di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Ulu Langat ini, dia sedikit pun tidak menyesal berhenti kerja kerana niatnya hanya satu, untuk membesarkan anak-anak selepas melalui fasa penceraian dalam rumahtangga termasuk minat mendalam terhadap bisnes malah yakin masanya akan lebih fleksibel andai punya masa dan perniagaan sendiri.

“Angel Group bermula pada tahun 2020 dan mula memperkenalkan Konsep QM pada masyarakat, dan kini merupakan agansi terbesar di dalam organisasi tersebut,” jelas Aida membuka bicara.

Tinggal RM15 Dalam Simpanan Lepas Berhenti Makan Gaji, AIDA ABD KARIM Bangkit Buat Sales Berjuta Bersama Angel Group

Dengan azam mahu melihat lebih ramai orang berjaya dan mencipta aset menggunakan platform emas, Aida mengabdikan dirinya untuk melatih beribu-ribu perunding melalui satu siri program latihan dan bimbingan bertaraf dunia di Malaysia dan luar negara.

Melihat pada aura kepimpinannya, NONA menyaksikan sendiri semangat dan kejujuran Aida yang cukup bermotivasi, profesional, cekap merebut peluang dan berdaya maju untuk pengembangan dan inovasi dalam industri emas fintech. Namun untuk berada di tahapnya kini, sudah semestinya tidak mudah.

Aida mengimbas perjalanan kehidupannya dari seorang yang tiada punya apa, kini mengemudi syarikat dengan lebih 5000 penasihat dalam masa kurang dari 2 tahun, dengan jualan pada tahun 2022 mencecah RM3.3 billion.

Tinggal RM15 Dalam Simpanan Lepas Berhenti Makan Gaji, AIDA ABD KARIM Bangkit Buat Sales Berjuta Bersama Angel Group

“Saya bermula sebagai seorang jurubank, lompat dari satu bank ke bank yang lain. Bermula dari Affin Bank seterusnya ke Bank Bumiputera namun selepas seketika, saya mula tiada hati makan gaji, sampaikan bos pun tegur sama ada ada saya mahu kerja atau meniaga.

Jadi saya buat keputusan untuk mula meniaga. Macam-macam bisnes saya buat, mula dari bisnes cybercafé dengan 200 ribu dilaburkan tapi akhirnya tutup. Seterusnya saya pernah buat bisnes spa, restoran, kuih raya, jual anak patung tepi jalan sampai kena halau balik, tapi semuanya tak menjadi.

Bila anak-anak dah besar, dan ketika anak keempat berusia tiga bulan, saya dan dan bekas suami membuat keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Ketika itu kehidupan cukup sukar. Bayangkan duit simpanan pernah tinggal seribu saja dalam simpanan untuk saya dan anak beranak,” akui Aida yang berkelulusan Diploma Perakaunan daripada Institut Teknologi Mara (ITM).

Hampir dua tahun tidak berbuat apa-apa akhirnya Aida temui cahaya di lorong gelita. Pada tahun 2019, dia diperkenalkan untuk menyertai Quantum Metal oleh pengurus cawangan Bank Muamalat, dan lantas menjadikan ia kerjaya hakikinya pada Mac 2020.

Melalui kerjaya keusahawanan serta kepakaran selama 22 tahun, Aida memperoleh pengalaman berharga dalam menguruskan perniagaan dan kewangan orang ramai.

Kenapa emas, soal penulis Nona. “Allah berkata dalam Al-Quran, akhir zaman nanti hanya dua benda saja yang ada nilai, emas dan perak. Andai kita tidak berpegang pada perkara ini, memang rugi.

Malah zaman Rasulullah lagi, 1-dinar boleh beli seekor kambing. Maka emas ini nilainya makin naik sealiran dengan inflasi. Malah zaman sekarang puluhan ribu orang dapat saja gaji, tukar kepada emas kemudian tukar semua kepada cash, emas tetap ada, duit boleh dibelanjakan.”

Mengakui berpegang pada prinsip bersedekah dan keajaibannya walau ketika sedang susah, Aida amat menerapkan amalan tersebut pada keempat-empat orang anak kesayangannya.

IKLAN

Tinggal RM15 Dalam Simpanan Lepas Berhenti Makan Gaji, AIDA ABD KARIM Bangkit Buat Sales Berjuta Bersama Angel Group

“Satu ketika dulu, saya pernah hanya tinggal RM15 untuk ke KL bagi menghantar stok kuih raya. Ketika ingin mengisi angin kereta, ada seorang wanita dengan dua orang anaknya meminta kami duit, tak makan dah beberapa hari dan suami pula sakit.

Tanpa berfikir panjang, saya sedekah RM15 tersebut, dan tak lama kelamaan saya mendapat panggilan dari seorang usahawan yang ingin menempah semperit dalam 28 ribu balang,” ulas Aida lagi.

Aida juga percaya rezeki milik Allah maka tiada apa yang perlu dirisaukan. Yang penting banyakkan berdoa, usaha dan tawakal. Allah memilih seseorang hambanya bukan saja-saja tapi bersebab, dan ia datang dengan tanggungjawab, jadi sentiasa bersangka baik dengan Allah.

Dan kini Aida mengharapkan legasi empayar Angel Group diteruskan oleh darah dagingnya sendiri, di mana anak sulung Aida, Sharifah Alia Zulaika Binti Syed Amir Syahbana, 23 tahun kini mengalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang membantu dalam melancarkan lagi operasi syarikat.

Tinggal RM15 Dalam Simpanan Lepas Berhenti Makan Gaji, AIDA ABD KARIM Bangkit Buat Sales Berjuta Bersama Angel Group
Puan Aida Abd Karim bersama dengan anak sulungnya, Sharifah Alia Zulaika Binti Syed Amir Syahbana, CEO Angel Group Creative Financial Solution

Tinggal RM15 Dalam Simpanan Lepas Berhenti Makan Gaji, AIDA ABD KARIM Bangkit Buat Sales Berjuta Bersama Angel Group

IKLAN

Tinggal RM15 Dalam Simpanan Lepas Berhenti Makan Gaji, AIDA ABD KARIM Bangkit Buat Sales Berjuta Bersama Angel Group

She is a best student with straight As. Kawan-kawan lain semua dah sambung belajar overseas, namun Alia bertegas nak sambung part-time saja. Dia cukup berminat dengan perniagaan ini, jadi tak salah untuk saya ambil Alia sebagai staf, dan besarkan empayar ini bersama-sama. Dia ada kudrat, dan saya ada strategi.

Alia juga seorang yang kreatif, tegas dan saya tahu keupayaannya. Dari tingkatan 3 lagi dia sudah membantu saya. Malah dari awal lagi dia pun dah mula meniaga, Jual make-up, jualan mencecah sampai 20 ribu sebulan. Jadi selalu saya terapkan pada anak-anak, rezeki bukan dari makan gaji saja. Rezeki boleh datang dengan berniaga.”

Melihat pada keupayaan seorang wanita seusianya yang kekal optimis dan punya semangat yang tinggi dalam misi menaiktaraf kehidupan orang ramai, Aida juga sempat menitipkan kata-kata semangat buat semua wanita di luar sana terutama sekali buat golongan ibu tunggal.

Tinggal RM15 Dalam Simpanan Lepas Berhenti Makan Gaji, AIDA ABD KARIM Bangkit Buat Sales Berjuta Bersama Angel Group

Tinggal RM15 Dalam Simpanan Lepas Berhenti Makan Gaji, AIDA ABD KARIM Bangkit Buat Sales Berjuta Bersama Angel Group
Puan Aida bersama kakitangannya.

“Buat ibu-ibu tunggal khususnya, saya faham perasaan dan kepayahan yang dilalui mereka semua. Dulu, bila kita balik saja dari kerja kita fikir nak bagi anak makan apa, jadi nasihat saya kita kena letak diri kita tinggi dengan ilmu. Kerana apa, bila dengan ilmu orang tak berani mainkan you. Jangan biarkan diri kita diperolokkan. Wanita sekarang perlu ada sumber kewangan sendiri. Jangan takut ambil risiko dan sentiasa upgradekan diri sendiri dengan ilmu,” akhiri Aida.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI