Gangguan seksual boleh berlaku di mana-mana, pada sesiapa saja! Penyanyi Ara Johari baru-baru ini berkongsikan detik cemas apabila dicium oleh seorang lelaki yang tidak dikenali selepas selesai menjayakan satu persembahan di Nilai, Negeri Sembilan, pada Ahad.
Jelas Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, lelaki itu bertindak menarik dan mengenggam kuat tangannya sebelum mencium sebanyak dua kali.
“Ada seorang lelaki datang pada saya untuk bergambar dan ketika itu ada ahli keluarga dan pembantu peribadi saya di situ. Selepas ambil gambar, dia buat hal sendiri dan saya sambung berbual dengan ibu saya. Kemudian dia datang semula untuk bersalam dan saya mula rasa tidak selesa kerana saya jarang bersalam dengan lelaki tidak dikenali.
“Saya ingatkan lelaki itu akan beredar selepas bersalam, tetapi dia masih ada di situ. Disebabkan rasa tidak selesa, saya minta adik untuk ambil kereta dan beredar.
Ads
“Ketika nak bergerak ke kereta, dia datang semula dan fist bump (laga penumbuk) dengan pembantu peribadi saya. Jadi saya sangka dia nak buat perkara sama dengan saya.
“Ternyata dugaan saya salah apabila dia terus menarik tangan saya dan mengenggam dengan kuat serta mencium tangan saya dua kali. Bukan cium biasa, sebaliknya cium bersungguh,” cerita Ara menerusi Insta Story miliknya.
Ads
Tambah Ara, 26, dia cuba untuk menarik kembali tangannya namun tidak berjaya kerana lelaki berkenaan bertindak memegang tangannya dengan kuat.
“Selepas berbuat demikian, lelaki berkenaan terus melarikan diri, tapi saya sempat memukul belakangnya sebelum menjerit.
Berterima kasih kepada individu yang membantunya semalam, penyanyi lagu Bunga itu turut mengingatkan kaum wanita untuk lebih berhati-hati.
Ads
“Pengajaran dari cerita ini, wanita di luar sana, tolonglah lebih berhati-hati. Terutamanya public figure sebab kita tak tahu niat orang dekat kita,” ujarnya yang turut meminta bantuan anggota polis untuk memadamkan semua gambarnya daripada telefon bimbit lelaki terbabit.
Sumber: Sinar Plus
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Atas usaha Kemanusian Sejagat, Ummah Ikhlas, Sinar Karangkraf, Karya Bestari, TV Al Hijrah dan My Aqsa Defenders bekerjasama menganjurkan #QuranHour untuk Gaza di Shah Alam.
Dengan mesej ‘memanusiakan manusia’ menerusi pengisian Surah Al Insan, acara dijangka berlangsung pada Ahad, 22 Oktober 2023 bertempat di Dataran Karangkraf mulai 8.30 – 9.30 pagi.
Jemputan dibuat kepada semua Muslim untuk hadir ke sesi #QuranHour khas ini, berdoa dan bersolat hajat untuk saudara yang sedang menderita di Gaza.
Solusi secara bersama ini diharapkan dapat menghentikan keganasan, mencapai gencatan senjata, juga kemanusiaan ini dapat sampai kepada ratusan ribu wanita, kanak-kanak dan lelaki yang tidak bersalah di sana.
Peserta disarankan membawa Al-Quran dan payung sendiri dan berkumpul di Dataran Karangkraf. Atau boleh bersama menjalankan misi ini di tempat masing-masing pada waktu yang sama.
Sabtu lepas, selepas pejuang Hamas berjaya ‘menembusi’ wilayah Israel dari Gaza, Presiden Israel, Benjamin Netanyahu telah mengisytiharkan perang terhadap Hamas. Pihak Palestin melaporkan serangan Israel telah menyebabkan sekurang-kurangnya 2,778 orang meninggal di Gaza dan angka kematian terus meningkat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kanser Ginjal turut dikenali sebagai antara 10 penyakit pembunuh yang utama di seluruh dunia, jawapan untuk mengenalpasti punca-punca penyakit ini masih samar serta sukar diterangkan.
FUNGSI
Ginjal merupakan sepasang organ kumuh berbentuk kacang merah dan terletak betul-betul di bahagian atas pinggang, tiap satunya di setiap sebelah tulang belakang. Fungsi utama organ ini ialah untuk menapis darah dan menghasilkan air kencing bagi membersihkan tubuh daripada sisa kumuhan. Semasa darah ditapis, bahan sisa dan air yang tidak diperlukan akan di asing keluar. Bahan yang diasingkan, air kencing, akan terkumpul di bahagian tengah setiap ginjal di dalam satu kawasan yang dikenali pelvis renal. Ginjal ini juga menghasilkan sejenis bahan yang membantu mengawal tekanan darah dan mengatur pembentukan sel-sel darah merah.
KEHADIRAN KANSER
Beberapa jenis kanser boleh berkembang di dalam ginjal. Antaranya kanser sel renal, kanser sel karsinoma, kanser pundi kencing dan Tumor Wilm yang lazimnya berlaku pada ginjal kanak-kanak. Sungguhpun penyakit-penyakit ini tidak berjangkit dan tidak diwarisi sejarah keluarga, adalah penting untuk anda mengetahui faktor-faktor risikonya sebagai langkah berjaga-jaga.
Seperti juga dengan kebanyakan jenis kanser yang lain, kajian menunjukkan bahawa risiko kanser ginjal tercetus seiring peningkatan usia. Ia terjadi hampir biasanya di antara usia 50 – 70 tahun. Malah ia juga menjejaskan dua kali ganda kepada lelaki berbanding wanita.
Faktor-faktor risiko lain:
Tembakau – Individu yang merokok berisiko dua kali ganda untuk mendapat kanser ginjal berbanding mereka yang tidak merokok. Tambahan pula, lebih lama seseorang merokok, lebih tinggi risikonya,
Obesiti,
Dedahan tempat kerja – Bukti menunjukkan bahawa kehadiran asbestos di tempat kerja boleh dikaitkan dengan kanser paru-paru dan mesotelium (sejenis membran yang mengelilingi organ-organ dalam tubuh), juga meningkatkan risiko sesetengah kanser ginjal.
Sinaran – Wanita yang telah menerima terapi sinaran bagi pemeriksaan uterus mungkin berisiko mendapat kanser ginjal.
Dialisis – Pesakit yang menggunakan dialisis bagi tempoh jangka panjang untuk merawat kegagalan fungsi ginjal yang kronik juga berisiko untuk menghidap sista renal dan kanser renal.
Penyakit Von Hippel-Lindau (VHL) – Pesakit yang menghidap penyakit warisan ini lebih berisiko tinggi untuk mendapat karsinoma sel renal, serta tumor di dalam organ lain.
GEJALA
Pada peringkat awal, kanser ginjal selalunya menyebabkan tanda-tanda yang tidak nyata atau bermasalah. Namun adalah mustahak untuk anda TIDAK menunggu sehingga berasa sakit sebelum berjumpa doktor. Lebih awal kanser didiagnosis dan dirawat, lebih cerah peluang pesakit untuk sembuh sepenuhnya. Berikut antara gejala-gejala yang boleh diperhatikan apabila tumor ginjal mulai membesar:
Kencing berdarah – Darah mungkin hadir sekali-sekala ketika pesakit membuang air kecil. Di dalam beberapa kes, seseorang itu boleh melihat sendiri darah tersebut, atau kesan-kesannya boleh ditemui di dalam ujian air kencing.
Suatu gumpalan atau ketumbuhan di dalam kawasan ginjal.
Letih.
Hilang selera makan.
Penurunan berat badan.
Demam yang berulang-ulang.
Rasa sakit / tidak sihat yang berlarutan.
Tekanan darah tinggi atau jumlah sel darah merah di dalam darah yang tidak normal (anemia).
DIAGNOSIS
Lazimnya doktor akan mengarahkan ujian-ujian yang menghasilkan visual ginjal dan organ-organ berhampiran. Ia biasanya dapat menunjukkan perubahan di dalam ginjal dan tisu-tisu sekitar. Contohnya siri x-ray IVP (pielogram intravena), arteriografi, ujian-ujian imejan seperti imbasan CT, MRI dan ultrasonografi. Sekiranya keputusan ujian berjaya mengesan kehadiran kanser ginjal, suatu biopsi mungkin dilakukan untuk mendiagnosis kanser (ujian dilakukan oleh pakar patologi ke atas sampel tisu tumor untuk mengesan sel-sel kanser).
Selain daripada rawatan di atas, terdapat juga kaedah biasa yang dilakukan di hospital seperti:
Pembedahan nefrektomi – rawatan yang paling biasa bagi kanser ginjal. Pakar bedah akan mengeluarkan keseluruhan ginjal bersama-sama dengan kelenjar adrenal dan tisu-tisu sekitar yang dilanda tumor. Ginjal yang masih tinggal biasanya dapat melakukan tugas kedua-dua ginjal dalam satu masa,
Embolisasi arteri,
Terapi sinaran/radioterapi – sinaran bertenaga tinggi untuk membunuh sel-sel kanser. Rawatan menerusi pancaran radioaktif di luar tubuh ini lazimnya dijalankan lima hari seminggu selama beberapa minggu,
Terapi biologi/imunoterapi – menggunakan keupayaan semulajadi atau sistem daya tahan badan untuk menentang kanser,
Kemoterapi – penggunaan dadah untuk membunuh sel-sel kanser,
Terapi hormon – hormon digunakan dalam usaha untuk mengawal tumbesaran sel-sel kanser.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas presiden MIC, Tun S Samy Vellu meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun di kediamannya kira-kira pukul 8 pagi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Berita kematian itu dimaklumkan menerusi laman sosial Facebook S Subramaniam, setelah dimaklumkan oleh anak Samy, S Vell Paari.
“Dengan rasa sedih dan pilu saya menerima berita kematian Tun Samy Vellu, bekas presiden MIC dan menteri legenda dalam Kabinet Malaysia, daripada anaknya, Vell Paari.
“Bagi kami, dia adalah mentor utama,” tulisnya.
Trivia Mengenai Mendiang Tun S. Samy Vellu:
1.Ahli Parlimen Sungai Siput dari 1974 hingga 2008 dan berkhidmat sebagai menteri kerja raya dari 1983 hingga 1989 dan sekali lagi dari 1995 hingga 2008.
2.Mendiang adalah presiden MIC paling lama berkhidmat selepas memegang jawatan itu selama 31 tahun dari 1979.
3.Mendiang pernah menjadi budak pejabat di sebuah firma arkitek. Tanpa berputus asa beliau belajar secara sambilan sehingga berjaya menjadi seorang arkitek yang bertauliah. Ini bukanlah satu pencapaian yang mudah terutama sekali kepada anak keluarga India Malaysia yang bukan sahaja miskin malah dari keluarga estet.
4. Beliau mempunyai dua orang anak iaitu Datuk Seri S Vell Paari dan seorang anak perempuan.
5. Mendiang merupakan bekas Menteri Kerja Raya.
6. Mendiang menerupakan penerima Darjah Kebesaran Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran ‘Tun’ pada tahun 2017 bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
7.Mendiang juga pernah menyandang jawatan sebagai Duta Khas ke India dan Asia Selatan dalam bidang infrastruktur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih kekal berbisa dan tiada tandingan! Itulah ungkapan paling tepat yang boleh menggambarkan kehebatan persembahan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada...