Ramai wanita memandang remeh tentang pemilihan tali pinggang yang betul. Pemakaian tali pinggang yang bersesuaian akan menjadikan keseluruhan penampilan anda tampak sempurna. Gabungan rona, kedudukan tali pinggang serta gaya helaian anda perlu seiring bagi memastikan ia kelihatan sempurna. Beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum mengenakan tali pinggang. Nona berkongsikan panduan memilih tali pinggang yang tepat dan sempurna.
IKLAN
KETAHUI PARAS PINGGANG
Jika anda mempunyai badan yang pendek atau rendah, kedudukan tali pinggang di hadapan seeloknya direndahkan sedikit manakala di bahagian belakang perlu jatuh di atas garisan pinggang. Bagi mereka yang tinggi pula,anda perlu memakai tali pinggang pada paras pinggang sebenar anda
KELEBARAN TALI PINGGANG
Kelebaran tali pinggang mempengaruhi keseluruhan penampilan andak. Bagi anda yang mempunyai badan yang besar, anda dinasihatkan agar memilih saiz tali pinggang yang sedikit lebar. Pada mereka yang kurus, tali pinggang yang sesuai buat anda ialah jenis skinny belt.
IKLAN
PERMAINAN RONA
IKLAN
Pemilihan rona bergantung pada apa yang ingin anda tonjolkan. Jika anda mengenakan helaian polos, jadikan tali pinggang sebagai item statement dengan memilih rona yang terang atau bercorak. Ia akan memberikan penampilan anda lebih seimbang dan kelihatan sempurna.
TAMBAH LAPISAN HELAIAN
Anda boleh menambah lapisan helaian seperti kardigan atau pun jaket bagi menyempurnakan penampilan anda. Selain itu, ia mampu menambah dimensi tekstur yang boleh menyelamatkan keseluruhan gaya. Rona lapisan helaian yang dipilih harus senada dengan gaya anda. Jangan memilih rona yang terlalu garang dan terang khuatir anda akan tampak seperti badut.
Lumpur sedang hangat dirasai. KLFW22 kali ini menampilkan pelbagai rekaan menarik dari pereka-pereka terkenal tanahair.
Antara selebriti yang mencuri tumpuan lensa ialah Ummi Nazeera. Bukan dirinya sahaja bahkan suami, ibu serta abangnya turut mencuri tumpuan. Mereka hadir bagi memberi sokongan kepada pereka-pereka fesyen tempatan iaitu Fiziwoo dan Kit Woo.
Malah, penampilan ibu Ummi Nazeera iaitu Datuk Seri Maziah Musa tidak kurang hebatnya. Awet muda!
Hitam menjadi warna utama dalam penampilan mereka. Memang sangat gorgeous! Jom kita lihat gaya mereka di acara berprestij ini.
Jenama Hatta Dolmat tidak perlu diperkenalkan lagi dengan karya fesyen agung yang sering diperkatakan oleh penggemar fesyen. Saban hari, pereka yang berasal dari Melaka sering melahirkan idea kreatif dan inovatif dalam memartabatkan seni fesyen tanah air. Ketika berbicara mengenai koleksi lebarannya, beliau mencetuskan kelainan yang bakal menjanjikan kepuasan buat penggemar jenama terkemuka ini.
Jika dilihat tahun sebelumya, rekaan lebaran Hatta Dolmat bertemakan Vintaj Inggeris dimana beliau menzahirkan bakat seni melukis ke atas fabrik lalu digarap indah dalam siluet warisan melayu tradisi. Untuk koleksi lebaran 2018, pereka fesyen terkenal ini mengilhamkan sesuatu yang lebih segar dan tentunya relevan untuk digayakan pada abad ini. Potongan ringkas dan minimalis menjadi tunjang buat koleksi lebaran beliau dengan memperlihatkan penampilan wanita yang ringan dalam suatu rekaan yang cukup elegan.
TREND FESYEN YANG HANGAT PADA TAHUN INI?
Pada saya, Penggunaan fabrik sheer ataupun fabrik yang bersifat ringan bakal hangat pada tahun ini. Ia lebih dikenali sebagai fabrik Organdi dan sudah memasuki pasaran tempatan. Fabrik ini kelihatan seperti organza tetapi ia tidak begitu berkilat dan sedikit tebal daripada Organza. Ia amat cantik apabila dipakai dan memberi ilusi lembut buat si pemakai. Selain itu, potongan dan jatuhan fabrik menampakkan sesuatu rekaan labih menarik. Fabrik ini sering digunakan oleh pereka fesyen terkenal seperti Zuhair Murad dan Elie Saab dimana fabrik ini digunakan sebagai lapisan dalam sesuatu busana untuk menampakkan rekaan tersebut tidak terlalu berkilat.
CERITAKAN SEDIKIT MENGENAI KOLEKSI LEBARAN HATTA DOLMAT TAHUN INI
Untuk tahun ini saya membuat kesinambungan daripada koleksi RTW Petals by Hatta Dolmat. Ia merupakan koleksi kedua Petals dan saya memberikan suntikan eksklusif untuk koleksi ini dimana saya memberi penekanan pada potongan dan teknik jatuhan kain agar ia memberi efek yang lebih ringan. Berbeza dengan tahun lepas, saya menggunakan motif-motif yang saya lukis sendiri tetapi pada tahun ini saya lebih selesa untuk mereka sesuatu yang lebih ringkas dan minimalis.
APAKAH KELAINAN REKAAN LEBARAN HATTA DOLMAT PADA TAHUN INI?
Rekaan kali ini lebih terhad di mana saya hanya menghasilkan enam ke lapan helai sahaja. Ia tampil cukup eksklusif dimana saya fokus dengan penggunaan fabrik Organdi dan mula jatuh cinta untuk bereksperimen dengan fabrik tersebut. Saya melihat fabrik ini jarang digunakan dan mengambil langkah berani dengan menghasilkan koleksi lebaran menggunakan fabrik Organdi. Saya menterjemahkan sifat petals atau kelopak dalam setiap rekaan dengan menekankan potongan yang sedikit berbeza seperti teknik layering, flair dan lain-lain lagi. Namun saya masih mengekalkan ciri-ciri tradisional seperti kebaya yang diberi nafas baharu.
SILUET, PILIHAN FABRIK DAN PILIHAN RONA BUAT KOLEKSI LEBARAN
Selain fabrik Organdi, saya juga banyak menggunakan fabrik tulle dan juga broked. Saya mengilhamkan teknik potongan berlapis yang diinspirasikan dari kelopak bunga (petals). Dari segi pemilihan rona, seperti kita tahu bunga bersifat lembut dan disukai wanita. Jadi, saya memilih rona-rona pastel seperti biru cair, teal, pic, bloom, champagne, lavender dan juga putih.
KONGSIKAN SEDIKIT TIP FESYEN SEMPENA AIDILFITRI YANG BAKAL MENJELMA TIDAK LAMA LAGI
Saya sarankan untuk semua wanita di luar sana untuk mengembalikan busana klasik untuk disarungkan di hari lebaran seperti baju kurung dan baju kebaya. Walaupun kini terdapat pelbagai busana klasik yang mendapat sentuhan moden namun harus diingatkan ia janganlah terlalu tersasar dengan rekaan asal busana. Apa yang boleh dikatakan di sini ialah fesyen raya sesuatu yang minimal dan ringkas. Paling penting ia cukup selesa untuk digayakan dan bukan bersandar pada fesyen semata-mata.
APAKAH PERSEDIAAN PALING PENTING UNTUK MENYAMBUT HARI LEBARAN?
Persediaan paling penting ialah dari segi bajet dan perbelanjaan. Sebaiknya, senaraikan terlebih dahulu kos-kos penting yang perlu diberi keutamaan. Dengan keadaan ekonomi yang kurang baik kebelakangan ini, saya nasihatkan supaya anda bijak memilih fesyen busana raya. Seperti kita tahu, mungkin ada sesetengah busana raya yang dijual di luar sana dengan harga agak mahal. Sekiranya suka dengan busana tersebut, cukup sekadar membeli satu atau dua pasang sahaja. Tidak perlu bazirkan duit dengan membeli busana raya terlalu banyak dan akhirnya tidak pakai. Hari raya adalah momen untuk berhimpun bersama keluarga dan bukan medium untuk anda bergaya hingga boleh menyebabkan pembaziran.
PESANAN HATTA DOLMAT BUAT MEREKA DI LUAR SANA DALAM MENCARI BUSANA LEBARAN YANG TEPAT DAN SEMPURNA
Memilih pakaian yang tepat dengan potongan bentuk badan ialah dengan cara menempah baju dan bukan membeli koleksi RTW yang berada di pasaran. Ini kerana koleksi RTW adalah satu himpunan fesyen yang mempunyai basic saiz seperti saiz S,M,L,XL dan sebagainya. Tetapi proportion bentuk badan wanita Malaysia tidak sama. Contohnya saiz S mungkin mempunyai bentuk pinggul yang besar dan sebaliknya sekaligus menjadikan siluet dan potongan tidak sama. Sebaik-baik potongan ialah potongan busana yang ditempah dan betul-betul mengikut saiz badan anda. Namun, persediaan yang lebih awal perlu dibuat sekiranya anda ingin menempah baju dan elak menempah di saat-saat akhir.
Wow, makin ‘deras’ langkah Neelofa membawa nama dan imej wanita berhijab di mata dunia. Turut serta dalam New York Fashion Week yang berlangsung kini, kelibat dan penampilan Neelofa telah mencuri perhatian pereka fesyen antarabangsa, Tommy Hilfiger. Ternyata, aura Noor Neelofa Mohd Noor bukan biasa-biasa… sampaikan designer terkemuka ini pun terpukau dengan pesonanya!
“You look great,” itulah yang ucapan yang terpacul dari bibir Tommy Hilfiger saat kali pertama bertentang mata dengan Neelofa. Pertemuan secara santai itu berlangsung ketika selebriti popular berkenaan sedang mencuba busana Tommy Hilfiger.
Bergambar bersama Tommy Hilfiger
“Ketika sesi fitting berlangsung, beliau tiba-tiba muncul dan memberi komen-komen positif kepada busana yang telah saya cuba. Beliau sangat baik. Saya berasa sangat merendah diri dan berbesar hati apabila beliau mempelawa saya untuk bergambar bersama.
Team Tommy Hilfiger juga sangat membantu ketika proses fitting tersebut. Mereka sangat natural ketika menggayakan hijab untuk saya,” kata Neelofa yang kini berada di kota fesyen New York.
Menurut Neelofa, dia turut menggemari kebanyakan busana yang ada dalam koleksi terkini Tommy Hilfiger. “Koleksi yang diperagakan semalam terdiri daripada busana kasual.
Jadi, saya boleh melihat diri saya menggayakan koleksi berkenaan, terutama koleksi busana kasual lelaki,” ujar pengasas Naelofar Hijab ini yang turut menamakan baju panas dalam koleksi terkini Tommy Hilfiger sebagai antara busana kegemarannya.
Neelofa tiba di New York dua hari lalu dan telah menghadiri pertunjukan fesyen dari label ternama termasuk Longchamp, Tory Burch, Tommy Hilfiger dan sebagainya. Antara selebriti Malaysia yang turut kelihatan menghadiri New York Fashion Week 2019 ialah Scha Alyahya dan Awal Ashaari.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...