Nama sosialit dan influencer Vietnam, Tien Nguyen yang merupakan anak billionaire Johnathan Hanh Nguyen menarik perhatian ramai apabila beliau diterbangkan dari UK untuk mendapatkan rawatan COVID-19 menaiki pesawat peribadi bernilai AS$360,000 (RM1,221,750).

Tidak cukup dengan penerbangan mewah itu, gadis berusia 24 tahun tersebut menjalani kuarantin kendiri di kediaman vila milik keluarga mereka di Vung Tau.

IKLAN

Laksana percutian di vila mewah, perkongsian Tien Nguyen sewaktu tempoh kuarantin ini membuatkan kehidupannya tambah dicemburui.

Sambil berenang di kolam dengan latar pemandangan lautan membiru, alangkah bertuahnya menjadi Tien Nguyen meskipun baru sembuh daripada virus COVID-19.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tien Nguyen (@tiennguyenn)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tien Nguyen (@tiennguyenn)

Tuah Anak Jutawan, Tien Nguyen Kuarantin Kendiri Di Vila Mewah Selepas Dijangkiti COVID-19

Kekayaan keluarga jutawan Vietnam ini bukanlah mengejutkan kerana bapanya terlibat dengan urus niaga membawa masuk label jenama mewah seperti Rolex, Cartier dan Versace, selain perniagaan hartanah yang banyak.

Tien Nguyen juga dikatakan memiliki sebuah rumah agam dengan seni bina diraja Perancis berhampiran Sungai Sai Gon. Rumah agam ini juga pernah menjadi liputan media ketika ia dijadikan lokasi perkahwinan mewah aktres Tang Thanh Ha dan Louis Nguyen, iaitu anak lelaki kedua billionaire Johnathan Hanh Nguyen pada tahun 2012.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tien Nguyen (@tiennguyenn)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tien Nguyen (@tiennguyenn)

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tien Nguyen (@tiennguyenn)

Pada tahun 2017, rumah agam tersebut pernah didokumentarikan oleh syarikat penyiaran KBS News sebagai antara paparan eksklusif gaya hidup dan kerjaya Tien Nguyen. Terpegun menyaksikan dekorasi dalamannya yang elegan, lengkap kamar pejabat, kolam renang, gelanggang tenis, bilik karaoke dan garaj luas yang menempatkan koleksi kereta mewah Tien Nguyen, termasuk Rolls-Royce Ghost dan Bentley.

Tuah Anak Jutawan, Tien Nguyen Kuarantin Kendiri Di Vila Mewah Selepas Dijangkiti COVID-19

Tuah Anak Jutawan, Tien Nguyen Kuarantin Kendiri Di Vila Mewah Selepas Dijangkiti COVID-19

IKLAN

Paling mengujakan, sudah tentulah ketika meninjau walk-in wardrobe gadis bertuah ini, bagaikan mimpi nyata seorang fashionista!

Gaya hidup Tien Nguyen membuktikan betapa hebatnya reputasi bapa tercinta sebagai ahli perniagaan paling berjaya di negara mereka.

Tapi walaupun hidup senang dan dilimpahi kemewahan, keluarga jutawan ini tetap rajin memberi bantuan kebajikan kepada golongan terkesan COVID-19. Syabas!

Tuah Anak Jutawan, Tien Nguyen Kuarantin Kendiri Di Vila Mewah Selepas Dijangkiti COVID-19

Tuah Anak Jutawan, Tien Nguyen Kuarantin Kendiri Di Vila Mewah Selepas Dijangkiti COVID-19

Sumber: Instagram Tien Nguyen (klik sini)

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI