Bersandarkan rupa paras cantik, pengaruh dan cita rasa mewah yang sering digayakan, tidak hairanlah Ameera Khan selalu diundang menghadiri majlis pelancaran eksklusif dan Fashion Week pelbagai jenama fesyen mewah.
Antaranya Fendi, Louis Vuitton, Christian Dior, Balenciaga, Valentino, Prada dan Longchamp. Untung empunya diri!
Tak dinafikan adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor ini ada pesona tersendiri. Kecantikan Ameera bukan saja jadi perhatian golongan lelaki. Bahkan kaum wanita juga mengagumi kejelitaan anak perempuan bongsu Datin Noor Kartini dan Dato’ Abdul Halim Khan ini.
Ternyata Ameera atau dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) mengikut jejak langkah kakak tersayang, Neelofa yang sering menerima undangan label fesyen ternama antarabangsa sebelum mendirikan rumah tangga.
Ads
Meniti usia 23 tahun, populariti Ameera dalam industri fesyen kian melonjak naik. Kebanyakan posting di media sosial miliknya juga memaparkan aktiviti Ameera bergaya sofistikated ketika berada di luar negara dan menghiasi kempen terbaharu fesyen mewah antarabangsa.
April lalu, dia menghadiri pertunjukan fesyen LV Prefall 2023 di Korea Selatan yang hanya dihadiri golongan kenamaan dan selebriti terkemuka saja.
Walau tanpa solekan tebal dan aksesori, penampilan Ameera tetap menarik tumpuan. Pendek kata apa saja yang disarungkan ke tubuh badan rampingnya pasti terletak cantik dan menjadi ikutan penggemar fesyen.
Baru 10 minit bersenam, dah terus makan nasi lemak atau roti canai dengan teh tarik. Lagi sedap makan kalau makan dengan geng sekepala. Akhirnya masing-masing pun timbullah rasa bersalah kerana makan selepas penat berhempas pulas bersenam.
Persoalannya, adakah benar makan setelah bersenam akan membuat tubuh bertambah gemuk dan senaman menjadi sia-sia?
Sebenarnya makan setelah bersenam amat penting kerana dapat membantu tubuh menerima nutrien yang betul dan membantu menghasilkan otot protein dan penyimpanan glikogen. Sumber nutrisi ini juga membantu merangsang penghasilan otot baru.
Pentingnya makan selepas bersenam
Selepas bersenam, tubuh boleh mengalami keletihan dan gula dalam darah menurun. Tanpa kemasukan nutrisi juga menghalang proses pembaikan otot dalam badan. Jika secara rutin mengelak makan selepas melakukan senaman, ia akan menjadi lebih sukar untuk mencapai matlamat kecergasan tubuh badan anda.
Berikut adalah tip pemakanan selepas bersenam
(a) Pastikan anda makan sesuatu
Badan anda baru saja menggunakan tenaga yang diperlukan untuk mencapai kapasiti yang maksimum. Seeloknya, ambil snek dalam masa 20 minit sebelum daripada latihan senaman dan kemudian makan makanan yang seimbang 3 jam hingga 4 jam selepas senaman.
(b) Tambahkan dengan karbohidrat dan protein
Semasa bersenam, tenaga telah digunakan daripada glikogen dan memberi kesan kepada otot. Oleh itu, hidangan selepas senaman adalah penting dan anda perlu mengambil makanan yang tinggi dalam karbohidrat kompleks seperti roti bijirin penuh, oat, quinoa dan ditambahkan dengan protein yang sihat seperti tofu, ikan dan sebagainya.
(c) Jangan berlebihan
Pengambilan snek selepas bersenam adalah sangat mudah tetapi perlu berhati-hati dengan kandungan kalori makanan tersebut. Ini kerana kemungkinan kalori makanan tersebut adalah lebih tinggi daripada kalori yang telah dibakar melalui senaman. Cuba untuk menyimpan snek selepas latihan anda sekitar 150 kalori seperti 1 gelas jus epal, dan makan pasca kerja anda di bawah 500 kalori seperti sandwic tuna.
(d) Hidrasi dengan segera
Minum air secukupnya selepas bersenam. Mendapatkan air secukupnya selepas latihan bergantung kepada banyak faktor, iaitu panjang dan intensiti latihan, keadaan persekitaran, dan fisiologi individu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekarang ambil cermin muka dan lihat wajah anda. Perhatikan bahagian pipi dan dagu. Adakah ia berbentuk V atau U? Trend sekarang siapa yang memiliki raut wajah runcing, dagu berbentuk V, putih gebu dan kurus ramping itulah yang dipandang cantik.
Raut wajah berbentuk U atau kendur khususnya di bahagian pipi dan dagu berlapis pastinya membuat wajah tampil tua dari usia. Tidak dapat dinafikan, apabila usia kian meningkat, kebanyakan kita mudah menjadi gemuk di mana lebihan lemak juga boleh berkumpul di bawah dagu, rahang dan pipi. Lebihan lemak ini menyebabkan dagu menjadi berlapis, lebih besar dan tidak menarik.
Namun, ada sesetengah orang mempunyai otot pipi yang tebal dinamakan otot masseter yang berfungsi untuk mengunyah dan mengetap mulut. Ada individu dilahirkan dengan otot pipi yang tebal tetapi ada juga individu yang suka mengunyah gula getah atau mengetap gigi.
Perbuatan ini boleh menyebabkan otot pipi menjadi tebal dan besar. Mempunyai otot masseter yang tebal menampakkan seseorang itu mempunyai dagu yang bersegi.
Malah, tidak dinafikan semakin usia meningkat, kulit muka mula kehilangan elastisiti sekaligus menyebabkan pipi jatuh akibat isi pipi berkurangan dan otot pipi menjadi lemah serta lembik. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan dagu yang runcing berbentuk V, bertukar bentuk tebal dan besar menjadi bentuk U.
Ada beberapa faktor yang dikenal pasti penyebab kulit kendur dan kehilangan elastisitinya. Antaranya:
Usia yang bertambah. Kebiasaan, kulit mula menjadi kendur apabila usia mencecah 35 tahun dan ke atas. Namun, individu berusia 20 tahun juga mempunyai keberangkalian yang sama.
SENAMAN MERUNCINGKAN MUKA
TIP KECILKAN PIPI
TIP HILANGKAN DAGU BERLAPIS
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak seperti Che Ta, ibu kepada tujuh orang anak ini sebenarnya seorang yang tak banyak cakap. Tapi jiwanya sarat dengan naluri keibuan dan mudah tersenyum dengan sesiapa saja. Meskipun jelas kelihatan garis usia di raut wajah Zabedah Saad, namun jika diamati fizikal ibu kepada selebriti popular Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah ini… memang cantik orangnya. Tak hairanlah, kelima-lima anak perempuan beliau sering mendapat perhatian ramai. Mewarisi kecantikan ibunda tersayang rupa-rupanya!
Saat diaju petua cantik dan sihat yang diamalkan selama ini, ibu berjiwa penyayang ini membongkar rahsia. Mengaku tidak mengambil sebarang ubat-ubatan, ini sebenarnya yang dipraktikkan. “Tak ada rahsia dan makan apa-apa pun. Tak ambil jamu dan tak ambil juga ubat. Cuma masa dalam pantang lepas bersalin tu je jaga makan. Dulu, waktu berpantang memang tak sentuh ‘makanan-makanan sejuk’ sampai tiga hingga enam bulan.
Sayur pun tak makan termasuk laksa. Rasanya, lebih daripada setahun kot baru makan. Lagi satu, saya amalkan bertungku 4 kali sehari. Makan pula hanya dua kali. Waktu pagi tu minum kopi O yang ada sedikit gula dengan biskut kering. Tengah hari baru makan nasi. Itu pun dengan lauk ikan masin bakar dan lada. Ikutkan petua orang dulu-dulu, makanan berkuah seperti gulai pun mereka tak bagi ibu lepas bersalin makan. Sudahnya, memang ikut saja apa yang mak ajar.
Bukan kena jaga makan je, masa berpantang dulu pun tak digalak minum air. Sampai kadang-kadang tu terlupa nak minum. Tahu-tahu saja dah sedu,” terang Puan Zabedah. Sambil tersenyum beliau berkata amalan sama masih diterapkan kepada kesemua anak perempuannya terutama sekali selepas mereka bersalin.
“Che Ta masa saya sedang berpantang, dia akan tunggu je kalau nasi saya tak habis makan. Dia memang suka lauk orang berpantang ni. Dari dulu lagi pun dalam adik-beradik, Che Ta ni lain sedikit. Saya tak bagi sangat anak-anak pegang adik mereka yang baru lahir. Tapi Che Ta, dia beria tolong basuhkan adiknya bila buang air besar atau mandikan mereka. Sebab dia suka pegang baby.”
Pernah lalui hidup susah ketika membesarkan ketujuh-tujuh orang anak memaksa beliau membuat bermacam-macam pekerjaan demi menyara keluarga. Salah satu cara mendapatkan wang adalah dengan mengambil tempahan baju. “Dulu ada juga ambil tempahan baju daripada jiran-jiran. Dalam sehari tu, dapatlah siapkan tiga pasang. Ada yang hantar minta buat baju kurung, mini kurung, kebaya dan sebagainya. Bab sediakan baju raya anak-anak, ada antara mereka yang tak kisah ada juga yang minta pattern tertentu.
Biasanya, Che Ta yang paling suka berfesyen. Kalau orang lain suka satu keluarga pakai warna sedondon tapi kami hanya tetapkan bunga saja perlu sama tapi warna baju boleh lain-lain. Anak-anak tak berapa pandai jahit baju tapi kreatif cantikkan baju dengan jahitan labuci.”
Sebelum menutup bicara, beliau yang selesa berbual dalam loghat Kedah ini berkongsi resipi sihat. “Kalau nak buang angin dalam badan, boleh cuba resipi telur ni. Ambil telur ayam sebaiknya ayam kampung dan campurkan bersama lada hitam, halia dan bawang putih.
Pastikan bahan-bahan kering ni ditumbuk sampai lumat sebelum dimasukkan dalam telur. Bubuh garam sedikit dan kacau rata. Goreng tanpa menggunakan minyak dan makan dengan nasi. Ini adalah petua turun-temurun dan anak-anak saya pun masih makan hidangan ni sampai sekarang.”
Pada pertengahan Julai lepas, ibu Che Ta ini baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-67. Seperti kebiasaan, hari bersejarah tersebut diraikan penuh meriah bersama anak-anak, menantu dan cucu tersayang. Moga Puan Zabedah Saad terus diberi kesihatan yang baik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!