Saya terbaca satu artikel menceritakan tentang kebersihan. Timbul pula isu membuang tuala wanita dan dari kebanyakan komen yang diperhatikan, rata-rata wanita masih lagi mempunyai pemahaman bahawa ia WAJIB dibasuh sebelum dibuang.

Isu ini dah lama berlaku terutama di kalangan pelajar-pelajar perempuan di asrama. Kalau dulu, sampai ada sesi khas torture terutama adik-adik junior disebabkan isu ini.

Ads

Sebab apa? Kononnya darah yang tak dibasuh nanti akan dijilat syaitan atau jin. Akan buat badan sakitlah. Migrain juga kepala dengar hujah-hujah ni tapi takpelah, mari la saya terangkan satu persatu.

(a) Dalil Basuh Untuk Kain

Kita lihat semula dari sudut agama. Kita diajar supaya apabila pakaian terkena darah haid, haruslah dibasuh atau dikeruk sehingga hilang darah tersebut dan boleh pula dipakai untuk solat.

Ini kerana darah haid termasuk benda najis, berdasarkan hadis dari Asma’ Binti Abi Bakr, bahawa Nabi bersabda tentang darah haid yang mengenai pakaian.

Ertinya: Hendaklah (perempuan itu) mengeriknya (darah haid tersebut) kemudian menggosoknya dengan air kemudian mencucinya, kemudian ia (boleh) solat dengan kainnya itu.” (Hadis Bukhari dan Muslim)

Dalil yang menunjukkan hal ini, beliau berkata, “Seorang wanita pernah mendatangi Nabi SAW kemudian berkata, “Di antara kami ada yang bajunya terkena darah haid. Apa yang harus kami lakukan?”

Baginda Rasulullah menjawab, “Gosok dan keriklah pakaian tersebut dengan air, lalu percikilah. Kemudian solatlah dengannya.”

Orang dulu-dulu memang pakai kain. Mana ada tuala wanita atau tampon pada zaman itu. Jadi untuk digunakan semula, perlulah basuh terlebih dahulu kain tersebut.

Tuala Wanita Kotor TAK PERLU DIBASUH Sebelum Dibuang? Ini Cara Tepat Yang Sepatutnya Anda Buat

Dan kebanyakan mereka juga mungkin ada kekangan dalam bilangan baju. Bukan macam kita yang ‘sealmari’ bajunya. Jadi bila baju terkena darah, kenalah cuci bagi bersih sebab darah haid adalah najis.

(b) Tak Perlu Basuh Jika Tuala Wanita

Dan ulama’ juga berpendapat, adapun kalau pad disposable yang tak digunakan semula, TIDAK PERLU basuh. Cukuplah dibuang dengan baik atau ditanam.

Jika tak dapat tanam, buang dengan teratur. Kalau di asrama, adik-adik pakai la bekas RENTOKIL yang ada tu. Bukan letak kat tepi pintu tandas, flush dalam toilet atau buang di sinki.

Ads

Macam Ustaz Azhar kata dalam video ni, ada tak orang letak kapas kat luka, then basuh dulu kapas tu sebelum buang? Takda kan?

https://www.youtube.com/watch?v=O2UFo75mLPc&feature=youtu.be

Sama jugalah macam bayi yang buang air besar atas diapers pakai buang, kita cuci dulu ka najis tu bagi bersih-bersih baru buang? Tak kan? Tapi kalau pakai cloth pad, kita akan cuci sebab nak pakai semula.

(c) Jangan Mereka-Reka Khurafat

Pasal hantu la jin la dok jilat, kome dapat mana nih? Cerita-cerita dari Mastika? Itu la banyak sangat tengok cerita hantu.

Kalau dah elok dibuang dengan baik, takde apa hal pun. Tawakal dan baca Bismillah. Allah yang cipta darah kotor tu, dan kita bertanggungjawab jaga dengan membuangnya dengan baik dan tak main campak aje.

Ads

Tuala Wanita Kotor TAK PERLU DIBASUH Sebelum Dibuang? Ini Cara Tepat Yang Sepatutnya Anda Buat

Tapi usahlah memberat-beratkan. Tiada dalil, tiada nas. Guna pakailah jumhur ulama’ punya pandangan ye.

Termasuk dalam kepercayaan khurafat wanita yang beranggapan kain tuala wanita yang dipenuhi darah haid, hendaklah terlebih dahulu dibersihkan sebelum dibuang.

Kononnya untuk mengelak dari dimakan syaitan dan seumpamanya. Kepercayaan ini adalah karut dan bertentangan dengan apa yang dilakukan di kalangan para wanita di zaman Nabi SAW.

Jadi dah terjawab ke mitos ni?

Kalau rasa nak basuh, boleh je basuh. Tapi jangan pula jatuhkan hukum macam-macam sebab ia takde nas dan dalil.

Lebih bagus lagi, pakai la cloth pad. Dah tentu jimat. Sebab pakai disposable pun anda basuh, baiklah pakai yang boleh guna semula, tak gitu? Norzalina Mohd Alias

Sumber: Salwa Saleh

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI