Terpukau melihat kejelitaan wanita yang sentiasa melemparkan senyuman manis saat bersua muka. Memiliki wajah yang jelita dan lembut membuatkan Bella Dally sentiasa mencuri pandangan. Malah, wanita kelahiran Sabah ini lemah-lembut saat mengatur bicara lantas menyerlah keperibadian seorang wanita Melayu yang beradab dan sopan.

IKLAN
Tubuh Sensitif GULA, Rahsia Kekal Jelita BELLA DALLY Jaga Makan & Rajin Bersenam 
Foto: Instagram @belladally

Sepanjang bergelar selebriti wanita ini sentiasa tampil dengan imej yang bersih. Pernah suatu ketika dahulu bertanyakan Bella Dally tentang persoalan ini. “Saya seorang yang tak mencari masalah. Saya memang tak kacau orang. Selepas saya berhijab dahulu secara tak langsung cara saya berubah.

Tubuh Sensitif GULA, Rahsia Kekal Jelita BELLA DALLY Jaga Makan & Rajin Bersenam 
Foto: Instagram @belladally

Tiba-tiba nak jaga diri namun bila saya tidak berhijab dahulu saya bukan seorang gadis yang ‘nakal’ juga. Saya memang seorang ‘family girl‘ yang jaga nama baik keluarga dan tak kacau oarang pun. Mungkin sebab itu saya kurang kontroversi,” tutur Bella Dally.

Tubuh Sensitif GULA, Rahsia Kekal Jelita BELLA DALLY Jaga Makan & Rajin Bersenam 
Foto: Instagram @belladally

Percubaan mengcungkil rahsia bagaimana wanita ini menjaga kulit wajahnya yang bersih dan cantik itu, nyata berjaya. “Saya suka pakai produk hidrasi. Sebab sebelum ini kulit saya bermasalah juga tapi selepas selalu pakai hydration mask serum kulit menjadi lebih baik.

IKLAN
Tubuh Sensitif GULA, Rahsia Kekal Jelita BELLA DALLY Jaga Makan & Rajin Bersenam 
Foto: Instagram @belladally
Tubuh Sensitif GULA, Rahsia Kekal Jelita BELLA DALLY Jaga Makan & Rajin Bersenam 
Foto: Instagram @belladally

Sebelum ini saya suka pakai tiga benda ini sahaja pembersih, penyegar dan pelembap. Tapi bagi saya itu tidak cukup kena pakai topeng wajah dan serum baru nampak perubahan. Ketika photo shoot saya memang kena banyak mekap dan saya pastikan kulit benar-benar besih daripada sebarang solekan. Saya hanya pergi facial hanya bila perlu sahaja.

IKLAN
Tubuh Sensitif GULA, Rahsia Kekal Jelita BELLA DALLY Jaga Makan & Rajin Bersenam 
Foto: Instagram @belladally

Saya jaga makan dan bersenam. Siang saya makan nasi dan tak pernah sekat pengambilan makanan. Tapi saya kurangkan makanan segera serta makanan berminyak dan gula. Tubuh saya memang sensitif dengan gula. Jika terlebih gula memnag boleh rasa badan saya cepat naik,” ujar Bella Dally yang kini aktif dengan sukan berbasikal.

Tubuh Sensitif GULA, Rahsia Kekal Jelita BELLA DALLY Jaga Makan & Rajin Bersenam 
Foto: Instagram @belladally
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI